BAB 1

Family Completed 1738

“Ting tong ting tong” aku memekakkan telingaku.

“Ting tong ting tong” lagi sekali loceng berbunyi, aku merengus kasar, tangan yang ligat memeriksa buku latihan anak muridku terhenti. Mana si Alif ni? Tak reti nak bukak pintu ke. Mulutku membebel perlahan. Ayah dan ibu pula belum balik dari surau.

“Alif” aku melaung kuat.

“Orang dalam toilet kak, kau bukalah pintu tu. Bangla jual carpet kot” Alif melaung dari dalam bilik air biliknya. Huh, jadahnya bangla jual carpet malam-malam? Dengan langkah longlai aku keluar dari tempat pertapaan aku. Ceh, ayat tak nak ngalah. Aku menyelak sedikit langsir untuk melihat keluar. Kelihatan seseorang berpakaian seperti seorang peminta derma yang selalu datang pagi-pagi tapi ni dah malam, dah buang tebiat ke ataupun cara baru nak kutip derma? Aku membuka pintu utama.

“Ya, nak apa?” dia memandang ke arahku namun tak lama kerana dia terus mengalihkan pandangannya daripada mukaku. Eh, buruk sangat ke muka aku ni? Terasa tau tak. Tanganku memegang kepalaku. Maigod, aku tak pakai tudung. Pintu kututup lantas tudung kucapai.

“Rumah Tuan Haji Annuar ?”

“Ya, betullah tu. Tu ayah saya, kenapa?”

“Ni ada kek yang Tuan Haji tempah. Sebenarnya kek ini, Tuan Haji akan ambil esok tapi esok bakery kakak saya tutup jadi saya hantar malam ni”

“Oh” aku terus ke pintu pagar. “Berapa harga kek ni?”

“RM80, duit pendahuluan Haji dah bayar”

“Oh okay, sekejap ye” aku mengambil kotak kek yang disua. Aku mengambil sekeping not 50 dan tiga keping not 10.

“Nah, saya beli. Terima kasih sebab hantarkan” lafaz akad jual beli tidak lupa aku ucapkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience