BAB 7

Family Completed 1738

Alif mengejar peragut tu tapi aku rasa macam tak dapat je sebab peragut tu dah menaiki sebuah motosikal yang menunggunya di tepi jalan. Aku terduduk. Rasa terkejut masih ada.

Aku rasa seperti ada seseorang di depanku. Aku mengangkat muka. Abang Fakh.

“Are you okay Ina?” aku hanya merenung mukanya.

“Ina tunggu kejap, abang belikan air mineral” dia berlari ke arah seven eleven yang terletak di sebelah kedai buku.

“Kak, sorry, aku tak dapat kejar. Kau okay tak kak?” soal Alif. Aku menggelengkan kepalaku. Air mineral sejuk disuakan ke arahku. Aku meneguk sedikit. Aku dah boleh berfikir secara rasional sekarang ni.

“Ada apa barang penting dalam hand bag tu?” soal abang Fakh prihatin.

“Nothing penting pun dalam tu. Kunci kereta ada kat Alif, my purse ada dalam plastik tu, phone ada dalam poket cuma ada sikit je duit dalam beg tu” aku mengucapkan syukur.

Kalaulah kunci kereta ada dalam beg tangan tu, aku pun tak tau nak menangis ke meraung. Kunci kereta ada kat Alif kerana dia yang memandu tadi, purse dalam plastik lepas aku selesai membayar harga buku dan handphone aku memang masukkan dalam poket seluar.

Kunci rumah ada dalam kereta. Alhamdulilah, terima kasih ya Allah.

“Nak report polis tak?”

“Tak payahlah. Tak der apapun dalam beg tu”

“Kak, kau betul ke okay ni?” soal Alif lagi.

“Im okay. Don’t worry. Kami balik dululah” aku pantas bangun dari dudukku. Alif membukakan pintu sebelah pemandu kepadaku. Aku memegang dadaku, kenapa jantung aku macam buat OT je? Laju semacam je dup-dap-dup-dapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience