BAB 10

Family Completed 1738

“Takpalah, ni nak hantar lauk je. Ibu bagi” aku menyerahkan bekas berwarna biru itu kepadanya.

“Buat susah-susah je. Betul ni tak nak masuk?”

“Betul, saya balik dulu. Kirim salam kat pak cik dengan kak Maznah ”

“Panggil papa, Ina” katanya seraya tersenyum manis. Ergh, his killer smile. Mukaku memerah.

“Terima kasih sebab sudi terima abang” katanya lagi. Aku hanya menundukkan kepala lalu terus aku masuk ke dalam kereta. Aku menekup mukaku ke arah stereng kereta. Ya Allah. Awat rasa malu ni?

Malam tu selepas solat tarawih ada whatsapp masuk dari number yang tidak dikenali. Melalui dpnya aku yakin itu abang Fakh dan dari chatnya juga semakin menyakinkan aku yang itu abang Fakh ‘assalamualaikum Ina, terima kasih sbb sudi terima abang. Abang gembira bila papa called abang bgtau yang Ina terima lamaran abang’

Aku balas ‘waalaikumusalam bang, abg pasti ke dgn pilihan abg? Ina ni tk sempurna mana pun, abg. Ina tk sesempurna abg’

‘abang pasti dgn pilihan abang. Allah dh berikan petunjuk kpd abang. Fyi, abang pun tk sempurna sbb tu abang perlukan seseorang utk menyempurnakan abang dan org itu adalah Ina’

Aku tersenyum sendirian membaca chatnya. Aku yakin pilihanku adalah tepat.

Lepas solat sunat aidilfitri ramai yang berkunjung ke rumah. Pada mulanya mak long ke rumahku, tidak lupa jugak keluarga bapak mentuaku, aikkk dah mengaku mentua ke Ina?

Haha. Lepas itu kami sekeluarga ke rumah mak long, abang Haq bawak sekali kak Hanim, tunangnya. Aku mula membahan abang Haq mengusiknya dengan kak Hanim. Padah pula menanti aku apabila beraya ke rumah pak cik Man, abang Haq mula membahan aku balik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience