BAB 6

Family Completed 1738

Abang Fakh merupakan seorang pengurus projek a-k-a project manager dan kak Maznah pula baru berjinak-jinak membuka bakery.
Sudah 3 tahun mereka balik Malaysia namun sebelum ni mereka menetap di Kedah. Kami bertukar number telefon sebelum kak Maznah pulang ke rumahnya.

Ya, aku sedar yang abang Fakh mencuri pandang ke arahku. Bukan aku nak perasan cantik tahap diva jet-jet semua nak usya aku tapi beberapa kali juga lah dia terkantoi mencuri pandang ke arahku.

Yang paling menggusarkan hatiku apabila teringat akan kata-kata kak Maznah sebelum dia pulang, ‘akak happy kalau dapat adik ipar secantik Ina’ aku tak tahulah apa sebenarnya maksud dia tapi aku rasa dia hanya main-main.

Masakan adiknya a-k-a abang Fakh mahu memandang aku yang, haish ni yang mula nak rasa rendah diri ni. Masakan enggang boleh terbang bersama pipit? Dah la abang Fakh tu hensem gila. Aku ni pulak, hmmm. Rendah diri eh kau. Haha.

Cuti sekolah selama dua minggu ni aku melepak di rumah ayah dan ibu je. Ya la, bila lagi aku meluangkan masa dengan ayah dan ibu kalau bukan masa cuti sekolah.

Kalau sekolah dah mula aku sibuk dengan kelas tambahan untuk budak-budak PT3 dan SPM. Malam tu aku keluar ke bandar dengan Alif. Nak temankan Alif mencari bahan untuk assigment Alif, penting katanya.

Mulanya aku merungut jugak tapi bila difikirkan balik, apa salahnya kalau aku pergi dengan dia, boleh juga aku beli buku rujukan untuk kegunan aku. Alif merupakan penuntut semester akhir di UiTM Shah Alam. Maknanya adik aku ni jurutera to be la, okay, nak bangga sekejap.

Baru je keluar dari kedai buku, aku rasa seperti diperhatikan namun aku buang rasa tidak enak itu jauh-jauh. Tiba-tiba aku rasakan beg tanganku diragut. Allah! Aku terkedu. Dah la tak ramai orang yang lalu lalang. Biasalah, dah malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience