BAB 2

Family Completed 1738

“Saya jual. Sama-sama. Dah tugas saya” dia memandangku lantas dia menghadiahkan aku sebuah senyuman.

Ahh, hensemnya dia dengan lesung pipit di sebelah pipi kirinya. Aku terpanar sebentar. Aku terus menonong masuk ke dalam rumah. Satu yang aku perasan tentang dia, dia amat menjaga penglihatannya. Argh, apa yang kau fikir sangat Ina, dah dia tu orang alim.

Tak nampak ke cara pemakaian dia, stok mamat kaki masjid, dengan jubah putih segala. Hati jahatku bersuara. Ala, cuba fikir baik sikit, dia dari masjid kot, lepas solat isyak berjemaah. Hati baikku membela mamat tadi.

“Ayah tadi ada orang dari bakery datang hantar kek” terus aku serbu ayah selepas ibu dan ayah balik dari surau.

“Ya Allah kamu ni kakak, terkejut ayah. Kek? Allah, maaflah ayah lupa nak bagitau kamu. Tadi petang memang owner bakery tu telefon ayah bagitau dia nak hantar kek tu malam ni”

“Takpalah ayah tapi kek tu untuk apa?” setahu aku, esok bukan ada hari penting pun.

“Esokkan hari lahir Mak Long kamu, lupa ke?”

“Allah, ayah, orang lupalah” aku terus menepuk dahiku. Macam manalah boleh lupa?

“Ha, besar dah anak dara sorang ni” aku hanya tersengih. Haish mak long aku ni, macamlah dah setahun tak jumpa aku.

“Sejak duk kat Kuala Lumpur liat benar nak balik sini, bukan jauh pun KL dengan Kedah ni” aku tersengih lagi sambil menggaru kepalaku yang bertudung ni.

“Kak long, dah la tu, dia sibuk mengajar. Cuti sekolah dia baliklah” ibu menyampuk membelaku. Ohh ibu, I love youuu. Selalu selamatkan aku bila aku diserang dengan soalan-soalan panas, zassss.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience