Bab 8

Romance Series 5815

Muka Shila tampak bengis macam singa. Dia pandang aku seperti bersedia untuk menerkam ke arah aku. Athirah nampak macam sedikit gusar berdiri di sisi Shila. Aku dan Arfan berdiri sedikit jauh dari kedudukan mereka.

“Kau memang sengaja kan cari masalah dengan aku!” tegasnya dengan nada marah sambil jarinya ditudingkan ke arah aku. Namun begitu dia masih lagi dalam posisinya. Belum masa untuk menyerang lagi kot. Kalau dia datang dekat, aku sudah bersedia untuk melawan balik.

“Eh! Sape cari masalah sape sekarang ni? Engkau tu yang buat kecoh. Apa kau tak puas lagi ke nak menunjukkan bakat teater kau? Dah la. Aku tak berminat langsung nak tengok drama sinetron kau. Jujur aku cakap, kau tak pandai langsung berdrama. Yang kau tahu cuma buat kecoh je” hujah aku dengan sindiran yang bertubi. Riak wajahnya semakin bengis sebaik aku menjawab balik kata-katanya. Jelas dia terasa annoying dengan kata-kata aku.

“Shila jom la pergi. Orang lain tengok ni. Nanti orang kata apa!” nasihat Athirah kepada Shila sambil memeluk tangan Shila cuba untuk membawanya pergi dari situ. Memang pun ada student yang lalu lalang di situ mula memerhati tingkah laku kami. Tetapi, nasihat Athirah langsung tak berkesan kepada Shila. Shila tetap dengan kedegilannya.

“Aku taknak pergi mana-mana selagi aku tak settle dengan mamat ni! Kalau aku blah, nanti mamat ni akan rasa dia dah menang. Aku taknak jadi PENGECUT” tengkingnya kuat. Tergamam Athirah. Aku pun tergamam.

Wah, dia ni ayat nak berperang ke apa? Over sangat.

“Kau nak settle dengan aku? Haa okay. Cakap, kau nak settle cara macam mana. Aku ready je. Susah-susah kalau kau takleh brain, meh kita kahwin jer la. Kita settle dalam rumah. Lepas dah settle kita cerai balik,” ujar aku bergurau dengan sindiran. Aku pandang Arfan. Riak wajahnya terkejut dan tidak percaya mendengar kata-kata dari aku. Athirah juga melopong. Muka Shila merah menahan malu. Pelajar lain semua mendengar apa yang aku cakapkan. Apa ingat dia seorang je ke bole buat orang lain tergamam dengan ayat dia?

“Kau nak main-main dengan aku eah?” ujarnya geram. Mata dia melilau ke tanah mencari sesuatu sebelum dia membongkokkan badannya dan mengutip sesuatu di tanah. Aku yang sudah mengagak tindakan dia segera memberi amaran kepada Arfan.

“Pan, take cover! Take cover!” arah aku kepada Arfan sambil berlari anak. Kami berdua bersembunyi di belakang bangku di wakaf tadi.

“KAU RASA NI!!!” suara Shila mengaum. Kemudian aku dengar beberapa biji batu dilontarkan ke arah aku. Nasib baik ada bangku yang jadi benteng untuk kamu berlindung. Bertalu-talu ia dibaling macam kena tembak dengan machine gun.

“Apasal kita kena rejam ni doe? Apa salah aku? Aku buat apa doe?” ujar Arfan ketakutan. Mukanya kelihatan cuak takut batu itu terkena kepadanya.

“Takyah la merungut. Fikirlah something nak hentikan dia!” balas aku.

“Apa pulak aku yang nak kena fikir? Ni masalah kau dengan dia! Kau la settle dengan dia.” ujarnya menudingkan kata kepada aku pula. Kaku aku dengan si Arfan ni. Tadi kata nak support member. Dah kena camni dah jadi lain pulak.

Haish! Tak boleh jadi ni. Hati aku tergerak untuk mengintai dia dari bawah kaki bangku. Bunyi batuan sudah berhenti. Aku cuba menjatuhkan kepala aku perlahan-lahan ke celahan kaki bangku. Sebaik saja aku menundukkan kepala aku untuk mengintai, PUKK!! Seketul batu sebesar guli betul-betul mengena dibaling ke dahi aku. Sakit lagi aku mendapat!

“Aduhh!! Pedih!!” aku gosok dahi aku yang rasakan mesti kemerahan.

“Pal kau okay ke tak Pal?” tanya Arfan dalam rasa cuak.

“Okay pebendanya! Dia baling betul-betul kena dahi aku doe!" jawab aku geram sambil menunjukkan dahi aku kepada Arfan. Arfan yang melihat dahi aku mula gelakkan aku.

Aku dah mula naik berang dengan Shila. Aku dah nekad. Sama ada dia yang berhenti atau aku yang kena hentikan dia. Aku capai botol yang dibalingnya tadi dan mula mengorak langkah ke arah Shila. Dahi aku berkerut menahan rasa marah.

Arfan cuba menghalang aku dengan menarik tangan aku tapi aku sentak tangan dia. Aku berjalan menuju ke arah Shila. Shila tercengang melihat aku meluru ke arahnya sambil memegang botol. Mata aku hanya fokus kepada satu target saja. Aku berhenti betul-betul di hadapannya sama seperti di kafe tadi. Mata kami bertentangan. Matanya aku tenung tajam tidak berkelip seolah-olah kami sedang berlawan mata.

Kami berdua merenung sesama sendiri bagaikan ingin memulakan perlawanan gusti. Tapi masing-masing terdiam dan tidak bertindak. Botol mineral yang dibalingnya tadi, kemas di genggaman tangan kanan aku. Aku dah fikir masak-masak.

'Apa nak jadi, jadilah' fikir aku.

Tangan kanan aku perlahan-perlahan terangkat bersedia ingin menghentaknya dengan botol mineral kosong itu. Fikiran aku dah kena rasuk dengan macam-macam.

'Hari ni aku akan lunyaikan kau' bisik aku sendirian.

Tangan kanan aku sudah meninggi ke paras dada. Mata Shila mula beralih arah ke tangan kanan aku. Dia mula terkejut dan tidak percaya dengan apa aku cuba lakukan. Anak matanya aku dapat lihat dengan jelas sedang bergetar seperti ketakutan. Sebelum sempat tangan aku mencecah ketinggian bahu, aku jatuhkan semula dengan laju. Aku buka penutup botol mineral dan pura-pura seperti aku ingin minum air.

“Laaa air dah habis rupanya. Ingatkan ada lagi" aku bersuara sambil tersenyum kepada Shila. Pelajar lain di sekeliling tergelak dengan perbuatan aku. Macam aku ni tengah buat stand up comedy. Shila memandang aku dengan penuh kehairanan. Mesti dia pelik kenapa aku tidak jadi pukul dia. Dan aku dapat lihat mukanya yang menahan malu kerana perbuatan aku tadi jelas memalukan dia.Tapi aku membalas dengan senyuman saja kepadanya.

“Kau ingat ini lawak hah!!! Kau rasa ni kelakar ke!!"

“NURSHILA AYANA!!" jeritan suara tegas tiba-tiba memanggil Shila.

Shila terkaku saat mendengar suara itu. Aku cuma mendiamkan diri saja. Pelajar lain mula bersurai melihat pemilik suara itu. Macam anak kucing ketakutan, Shila berpaling ke belakang dan melihat sendiri wajah yang menjerit namanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience