Bab 5

Romance Series 5815

First time aku lihat gadis tak berkedip mata lima enam saat. First time dalam hidup ni. Dengan Rafania dulu pun aku tak sebegini terpaku.

‘Cantik jugak si tudung merah ni’ fikir aku.

Tiba-tiba aku terasa kaki aku macam kena hempap dengan sesuatu, macam kena tindih dengan batu besar. Apa lagi, meraunglah aku sakit. Terhenjut-henjut aku menahan sakit dibuatnya. Lahanat betul tudung merah ni pergi pijak kaki aku. Harap saiz kaki kecik tapi power macam kaki gajah. Memang tak reti cakap elok-elok ke? Tajam dia pandang aku sebelum melanggar bahu aku dan terus berlalu pergi meninggalkan pejabat. Ishh dia ni suka hati je main langgar orang. Ikutkan hati, nak je aku sembamkan muka dia kat pintu. Tapi bila aku fikir balik,....aku buat salah apa kat dia? Aku pandang je kot. Takkan itu pun kira kesalahan? Apa masalah dia? Ah lantak la dia.

‘Tudung merah ni memang cari pasal betul dengan aku’ keluh aku dalam hati. Geram aku dengan perbuatan dia tadi. Aku menutup pintu pejabat perlahan lalu menuju terus ke meja Prof Takiyuddin dengan geram yang masih memuncak. Dalam aku tengah geram itu, Prof Takiyuddin memandang aku sambil senyum dan tergelak kecil. Kenapa pulak Prof gelak? Kemudian baru aku sedar. Alaa ni mesti Prof enjoy apa yang jadi tadi. Patutlah Prof nampak terhibur semacam. Aduh, malu betul aku. Tudung merah itu memang nak kena dengan aku. Nantilah dia.

Gelak Prof makin memanjang dan agak lama juga dia cuba untuk berhenti dari tawanya. Aku hanya mampu senyum tawar dan perhati saja gelagat Prof. Mudah terhibur rupanya Prof Takiyuddin ni.

“Maaf…maafkan saya…Saya jarang dapat tonton insiden macam ni. Dalam ofis saya pulak tu. Itu yang saya tergelak dari tadi tu,” ujar Prof menyambung lagi dekahnya. Aku tak terkata apa dah. Senyum saja yang boleh.

“Prof ni assignment saya,” aku mula mencelah mengharapkan Prof boleh kawal dirinya semula. And yes idea aku menjadi. Prof terpaksa berhenti ketawa sebelum mengambil assignment yang aku hulurkan kepadanya. Barulah dia tampak serius.

Beliau memakai cermin matanya dan mula meneliti satu demi satu lembaran muka surat assignment aku. Reaksinya mengangguk-anggukkan kepalanya menandakan beliau suka dengan hasil kerja aku. Lega hati. Selesai saja beliau meneliti, beliau memasukkan assignment aku ke dalam failnya. Eh? Kenapa Prof simpan dalam failnya. Bukan ke sepatutnya beliau tanda dan bagi kepada aku semula ke? Tapi aku tak tanya.

“Excellent! Very excellent! Seperti yang saya jangkakan, awak buat lebih dari yang saya mintak. Hasil kerja awak sangat memuaskan. Saya bercadang untuk simpannya untuk dijadikan sebagai contoh kepada pelajar-pelajar lain. Tapi itupun kalau awak benarkan. Kalau tak, saya akan pulangkan semula kepada awak,” pujinya seraya meminta izin aku untuk menyimpan tugasan aku tadi.

“Eh, boleh. Kenapa pulak…tak boleh,” balas aku tersengih.

“Good, I’m expecting you to say that,” katanya melirikkan senyum.

“How about….ermm….my marks?” susur aku menanyakan kepadanya. Sebenarnya itulah yang aku nantikan dari tadi lagi. Nak tahu berapa markah yang aku dapat untuk assignment itu.
Prof Takiyuddin ketawa. Cermin matanya ditanggalkan dan diletakkan di atas longgokan kertas kerjanya.

“Rasanya soalan tu daripada dulu lagi kamu tanyakan yang sama.”

Aku tersengih.

“Saya bukan apa Prof. Sebab saya bertungkus lumus untuk assignment ni. Memandangkan Prof dah baca assignment saya, so teringin la jugak saya nak tahu apa hasil dari kerja saya” jelas aku sambil menyilangkan jari di bawah meja.

“Of course it’s a full mark! A great student like you deserves a full mark,” ujarnya mengejutkan aku. Aku menekup mulut aku dengan tangan bagaikan tidak percaya dengan markah aku. Senyuman mula terukir di sebalik tangan yang menutupi mulut aku itu.

“Kamu selalu dapat markah penuh untuk setiap tugasan yang saya bagi. Tapi saya hairan kenapa hari ni kamu rasa terkejut?” Prof bertanya melihatkan reaksi aku yang jarang dilihatnya.

“ Saya memang macam ni Prof. Terkejut plus excited. Even benda yang saya boleh expect pun saya boleh rasa terkejut. Tabiat lama zaman kecik-kecik,” terang aku membuatkan Prof sekali lagi geli hati.

Aku juga turut bersama dalam irama gelaknya.

“Kamu memang sebijik serupa dengan Arsyila. Terkejutkan benda yang sememangnya boleh dijangka,” ucapnya sambil ketawa.

Arsyila? Siapa pula Arsyila? Kenapa rare sangat nama dia?

Aku berhenti ketawa dan mula mengingat nama kawan-kawan aku yang bernama Arsyila. Tapi tak ada pula yang aku kenal dengan nama itu. Siapa yang Prof maksudkan? Aku memandang Prof dengan wajah kekeliruan. Prof seakan dapat membacanya dan tahu aku perlukan jawapan.

“Kamu ni… Arsyila la. Anak perempuan Madam Zai. Yang pijak kaki kamu tadi depan pintu tu. Tu la Arsyila,” jawab Prof.

Tudung merah itu nama Arsyila? Anak Madam Zai? Biar betul! Macam tak kena je. Madam Zai lemah lembut kot. Tapi tudung merah tu? Berlagak!

“Kamu biar betul tak kenal dia. Satu kampus tahu dia anak Madam Zai. Cantik pun cantik. Bijak pun bijak, macam kamu. Dia pun dapat full mark macam kamu jugak untuk tugasan ni,” kata Prof lagi.

“Dia pun dapat full mark? Jadi maksudnya, dia datang sini tadi sebab hantar assignment jugak ke?” soal aku pada Prof dengan rasa terkejut bagai tak percaya apa yang aku dengar.

Prof Takiyuddin tersenyum mendengarkan pertanyaan aku.

“Ya…Dia punya assignment pun saya simpan dalam fail ni jugak,” balasnya mengangkat fail biru yang mana assignment aku tadi dimasukkan.

“Owww…camtu ke..” pendek aku membalas.

‘Uishh…ada saingan nampak gayanya aku kali ni’ bisik aku sendiri.

“Okay la Prof, saya minta diri dulu ya. Terima kasih Prof sebab masih ada kat sini lagi. Saya dah naik risau dah tadi takut Prof dah keluar pejabat awal,” anjur aku kepadanya. Tersenyum beliau.

“Macam mana saya nak pergi dengan tenang kalau saya tak dapat assignment student terbaik saya,” pujinya lagi. Makan pujian banyak aku hari ini. Aku tersengih menampakkan gigi. Nasib baik gigi aku putih. Aku memberi salam terakhir kepada Prof sebelum keluar meninggalkan pejabatnya.

Aku menggunakan tangga untuk turun ke tingkat 2 memandangkan lif masih rosak. Turun tangga taklah sepenat semasa aku naik tadi. Apapun, gap masa untuk next class lama lagi. Ini time yang perfect untuk pinjam buku dekat library. Lekas aku berjalan menuju ke perpustakaan yang tak jauh dari tangga yang aku gunakan tadi. Aku masuk perpustakaan dan menuju terus ke bahagian rak buku yang mungkin memiliki buku yang aku cari. Aku membelek di sebalik aturan buku di rak mencari buku yang aku inginkan. Nah, nasib ada jumpa. ‘Steal Like an Artist’ oleh Austin Kleon. Aku mengeluarkan beberapa buah buku yang aku pinjam sebelum ini dari library dari beg. Dah habis baca, kenalah pulangkan. Kemudian aku menuju ke kaunter.

“Hai Naufal, dah habis baca ke buku Shakespeare? Tempoh pinjam panjang lagi ni,” ujar petugas di situ yang aku kenal sebagai Kak Nab sewaktu aku menyerahkan tiga buah buku Shakespeare kepadanya. Aku sering pinjam buku di perpustakaan, jadi kebanyakan petugas di sini kenal dengan aku.

“Dah habis baca dah. Nak pinjam buku lain pulak ni. Nak baca jap lagi lpas abis kelas last,” jawab aku seraya melirikkan senyuman kepadanya. Respon yang sama diberikan oleh Kak Nab kepada aku.

“Amacam, best tak baca buku Shakespeare? Setahu akak, buku dia banyak buku cinta,” ujar Kak Nab sambil menjongketkan keningnya kepada aku.

‘Main jongket kening pulak Kak Nab ni’ aku bermonolog sendiri. Tersengih malu aku dibuatnya. Tapi aku diamkan diri saja. Tak ingin aku jawab, nanti dia lanjutkan perbualan kearah benda lain pulak. Kak Nab pandang aku bersilih ganti dengan komputernya.

“ Nah, dah beres. Nanti dah habis baca, macam biasa la ye,” kata Kak Nab senyum sambil menghuluirkan buku yang aku ambil dari rak tadi.

“Ya tahulah saya. Macam tak biasa pulak akak dengan saya,” ujar aku mengambil buku seraya membalas senyumnya.

Aku membelek sepintas pandang lembaran buku itu sebelum menuju ke kafetaria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience