Bab 6

Romance Series 5815

Tamat kelas Anatomi bermakna tamatlah pelajaran aku untuk hari ini. Bersama pelajar-pelajar yang lain, aku juga turut sama keluar menuju ke kafe. Aku mengambil tempat duduk di sebuah meja kosong yang terletak di sudut hujung sekali bahagian kanan kafe. Arfan belum habis kelas lagi. Jadi lebih baik aku tunggu dia habis kelas dulu. Buku yang aku pinjam dari library sebentar tadi aku keluarkan dari beg dan letak di atas meja bersama dengan tray makanan ringan yang aku beli di kafe.

Setiap helaian buku itu aku belek perlahan. Penulisannya sangatlah ringkas dan mudah untuk aku fahami setiap apa yang ditulis. ‘Steal Like an Artist’ adalah sebuah buku yang membicarakan tentang bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dalam kehidupan dan kepentingan menjadi diri sendiri berbanding menjadi genius. Cara aku adalah suka melakukan sesuatu yang unik. Dan aku sukakan kelainan. Being a different is a cool thing that you can be.

Sambil aku menyuap mulut dengan makanan, aku menikmati hasil tulisan Austin Kleon dengan penuh rasa minat.

Memang sangat menarik isi kandungannya. Aku tertarik dengan satu daripada sepuluh benda yang diceritakan dalam buku itu. ‘Be boring. (It’s the only way to get work done)’. Awalnya aku tak faham apa yang cuba disampaikan. Tapi bila dah baca betul-betul barulah aku nampak mesejnya itu. Maksudnya adalah kena selalu stick to the plan.

‘Well, mesej ni nampak kena dengan aku, tapi mungkin boleh improved lagi’, puji aku sendiri dalam hati.

Bacaan aku sangat khusyuk sehingga tak terasa suasana di sekeliling aku. Nak kata betapa menariknya buku Austin Kleon itu. Sedang aku belek kepada muka surat yang seterusnya, tiba-tiba aku terjumpa satu memo kecil yang terselit di celahan muka surat itu.

‘ I love you too and always will miss you. From yours.’ tulisan dari memo itu.

‘Wak luh! Apa benda ni?’ desih aku hampir gelak dalam hati.

Aku rasa nak termuntah-muntah ada, nak tergelak pun ada. Tanpa aku sedar, aku sudah tersengih sendirian sambil tangan menutup mulut menahan ketawa. Serius memang kelakar habis. Aku tak sangka di zaman IT yang makin maju sekarang ini, ada lagi rupanya manusia yang pakai old style macam ini. Nak hantar surat cinta biarlah bertempat. Pakai merpati ke. Ini dia pergi tinggal dalam buku ni, kenapa? Si penulis ni nak suruh siapa sebenarnya yang baca? Dia ingat kekasih dia akan baca ke? Aku sudah tidak mampu tahan ketawa. Tergelak aku seorang dekat situ,tapi taklah kuat sangat. Dengar aku seorang saja. Serius penulis dia memang lawak. Dia ingat confess love macam ini, nampak sweet ke? Tak, bagi aku. Inilah benda paling lucu pernah aku jumpa dalam hidup. Kalau bagi aku ni, konfem aku reject.

Berdekah aku ketawa. Dua tiga minit aku tergelak barulah boleh berhenti slow-slow. Aku terfikir-fikir siapa lah yang tulis memo yang menggelikan hati ni. Di muka kulit buku yang belakang biasanya ada senarai nama peminjamnya. Hairan aku, dia pinjam buku semata-mata nak sampaikan benda ni je ke? Aduhai dunia. Aku tak pasti memo itu dari bila lagi, tapi aku jumpa satu nama yang pernah aku dengar disebut sebelum ini. Tarikh dia pinjam adalah seminggu sebelum aku. Arsyila? Minah tudung merah itu?

Tanpa aku sedar, tiba-tiba memo dari tangan aku disentak mengejut oleh tangan seseorang. Memang sentak habis aku masa tu sebab tiba-tiba jer. Bila aku pandang orang itu, terbeliak mata dia menajam mata kearah aku. So dia nampak aku baca memo dia? Yang dia tenung aku macam tu ingat aku takut ke? Silap besar lah.

“Kau bagitaw aku sekarang, kau dah baca ke belom?” soalnya garang menuding jari ke arah aku. Aku buat diam saja. Tapi jelas dia tak puas hati dengan aku.

“Kau baca ke tidak?” kali ini kuat sergahannya mengejutkan satu kafe. Semua orang mula memandang ke arah kami. Dalam hati aku dah mula rasa tak senang. Tapi aku nekad tak ingin layan dia. Dia jerit sekuat mana sekalipun, aku takkan berminat. Tanpa aku pedulikan dia, aku duduk kembali di kerusi aku dan meneruskan bacaan. Baru saja aku duduk, tiba-tiba kaki kerusi aku ditendang kuat. Nasib baik aku dapat kawal daripada jatuh tersembam. Okay, kali ini, ego aku dah betul-betul rasa tercabar. Minah ni memang betul -betul cabar aku.

“Apasal kau senyap? Takde mulut? Ke kau bisu? Nak aku lempang dulu ke baru kau ada suara?” ugutnya kasar. Wah, dia ni main scene pulak. Baran aku sudah memuncak ni. Aku bangkit berdiri berhadapan dengan dia.

“Kau tanya aku macam nak suruh aku baca jer. Ya aku dah baca. Lagi terang dan nyata. Kenapa? Ada masalah?” aku menjawab lembut. Walaupun dalam hati aku marah, tapi better aku cuba kawal situasi.

“Kau.... Kenapa kau nak menyibuk nak baca hah!,” bentaknya kuat.

“Eh aku pulak dikatanya menyibuk. Yang kau bengap sangat pegi letak dalam buku awam apehal? Dah sah-sah la kau nak orang lain baca. Pastu kau nak salahkan aku pulak. Sengal!" tiba- tiba itu yang terkeluar dari bibir aku.

“Erghh APA MASALAH KAU HAH!” tegasnya lantang.

“Kau tanya aku apa masalah aku? Aku takde masalah. Engkau tu yang bermasalah.” aku cuba melawan.

“Kau ni kan...."

“Haa apa apa? Aku ni apa?" aku memintasnya dalam nada sindiran.

Aku dapat rasakan dia dah hilang sabar. Lama dia pandang aku, kemudian dia sepak keting aku tiba-tiba dengan kaki kanan dia. Pecah ego aku! Maruah tercalar. Sakit itu tak la rasa sangat, tapi menggigil jugak la kaki aku lepas kena sepak. First time dalam hidup aku, aku kena tibai dengan perempuan. Darah aku dah mula menggelegak sangat ni.

“Apa masalah kau? Mental abuse?” tegas nada aku dilontarkan kepadanya dengan kata perli. Berkerut dahi dia kena cabar dengan aku. Baru dia rasa. Ingat dia seorang saja boleh tengking-tengking macam itu. Dia tak kenal aku siapa. Dengan tak semena-mena, tiba-tiba dia gelak seorang diri sambil bertepuk tangan.

‘Sah! Ni kes trauma mental abuse’ sindir aku dalam hati. Entah apa-apa perempuan ini. Pelajar lain memandang dengan rasa pelik.

“Kau cakap aku sakit otak? Kau nak tahu tak orang sakit otak suka buat apa?” katanya membuatkan aku rasa sesuatu akan berlaku.

“Meh aku tunjukkan kau!” dia menyambung sebelum tiba-tiba kedua-dua tangan dia macam sudah dilatih laju mencengkam rambut di kepala aku. Cengkaman dia sangat kuat, sambil dia huyung-hayangkan kepala aku macam budak sekolah. Sakit kepala aku kena tarik rambut masa itu tak rasa, sebab hati aku yang lagi sakit sekarang.

Tapi aku tak biarkan dia menang dengan mudah. Aku pukul kedua-dua pergelangan tangan dia dengan buku tadi supaya dia lepaskan rambut aku. Aku dah tak fikir dia perempuan ke siapa. Aku pukul sampai dia menjerit aduh. Tapi makin kuat pulak dia tarik rambut aku sampaikan rasa nak tercabut kepala aku. Aku pulak yang tak ingin mengalah lagi kuat pukul lengan dia. Pelajar lain bersorak macam tengok WWE live. Lama aku berperang dengan dia sebelum kami dileraikan oleh beberapa orang pelajar.

“Woi sundal pagi! Kau nasib baik kau pompuan. Tu baru sikit aku bagi. Kalau tak, dah lama aku canaikan muka engkau buat lempeng!” bentak aku keras. Entah apa aku mengarut, tapi aku cuba elakkan dari mencarut. Tergelak pelajar lain mendengarkan aku memanggilnya sundal pagi. Merah padam muka dia. Padan muka. Geram aku rasa. Rambut panjang aku sudah berserabut menutupi sebahagian mata aku. Aku cuba mengacah untuk ke arah dia, tapi aku ditahan oleh pelajar-pelajar lelaki di situ.

“Kau cakap apa? Kau panggil aku sundal pagi? Kau nak canaikan muka aku? Mari sini kau!” sanggahnya cuba untuk meluru ke arah aku. Tapi kekuatan lima orang pelajar perempuan yang menyekatnya berjaya menghalang pergerakannya. Kecoh keadaan di kafe. Kawasan kami jadi tumpuan ramai pelajar lain yang kebanyakannya menuju ke kafe selepas kelas. Aku pandang sekeliling dan mula menenangkan diri sebaik menyedari aku sudah jadi bahan tontonan.

“Chill Pal. Rileks. Dia pompuan kot. Takkan kau nak beradu kekuatan dengan pompuan,” perlahan kata seorang pelajar lelaki yang menahan aku tadi, cuba menenangkan aku. Aku mengangguk faham. Aku cuba tenangkan diri sebelum meminta mereka semua melepaskan aku.

Kesemua mereka melepaskan aku sambil berterusan menenangkan aku. Ada yang menepuk-nepuk belakang aku supaya aku sabar. Aku cuba kawal diri dan berlagak seperti biasa sebelum mencapai beg dan terus berlalu pergi meninggalkan kafe.

“Wei mangkuk! Kau nak pergi mana? Aku belum habis lagi dengan kau! PENAKUT!!” pekik dia kuat sebelum aku melangkah jauh .

‘YA ALLAH , tercabar gila aku dengan dia. Rileks Naufal. Rileks. Jangan layankan dia’ bujuk aku sendiri. Langkah aku laju sehinggakan aku tidak sedar yang aku sudahpun jauh dari kafe. Tanpa fikir panjang, aku turun ke tingkat bawah dan berjalan menuju ke arah sebuah wakaf kosong di taman yang terletak di tengah-tengah kampus. Aku sandarkan badan pada bangku kosong di situ. Keluhan kecil aku lepaskan.

Aku cuba sebaik mungkin untuk tenangkan diri kerana drama tadi cukup intense buat aku. Perasaan amarah tadi belum lagi hilang dari dalam diri aku. Muka aku ditelekup dengan kedua-dua tangan. Aku cuba lupakan apa yang berlaku tadi. Tiba-tiba bahu aku ditepuk perlahan oleh seseorang dari belakang. Aku menoleh dan hati aku berasa sedikit lega melihatkan orang itu.

“Kau okay ke tidak ni?”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience