Bab 10

Romance Series 5815

Madam Zai merenung ke arah aku dan beliau seolah-olah sedang scan setiap reaksi atau perlakuan aku yang mungkin mencurigakan baginya. Sejujurnya, sepatutnya aku tidak perlu rasa gelisah atau segan, sebab bukan aku buat masalah disiplin apa-apa. Tapi apabila berdepan dengan pensyarah kegemaran aku ni, aku jadi tak keruan bila ditenung sebegitu oleh Madam. Mata aku melilau kejap kiri kanan, kejap atas bawah, asal boleh elak pandangan penuh makna Madam Zai. Lama juga beliau scan aku, sebelum kemudiannya beliau mengukir senyum tiba-tiba.

“Saya tahu banyak benda yang berlegar dalam fikiran kamu dan persoalan yang kamu fikirkan kenapa saya minta kamu tunggu di sini.” Madam Zai mula bersuara memecahkan keheningan setelah perang mata yang tiada kalah menangnya. Aku mulai memandangi Madam Zai dan senyuman dia masih lagi terukir di wajahnya.

“The best student, yang selalu dapat dekan, yang dibanggakan oleh kami pensyarah-pensyarah di sini, Naufal Aryan.” , aku hanya mampu membisu saat Madam Zai menyebut nama aku.
“Saya sangat yakin, pelajar genius macam kamu, mesti boleh baca dan mengagak tujuan dan kenapa sebenarnya saya minta kamu di sini tanpa saya perlu jelaskan lebih lanjut, betul kan?" ujar Madam cuba mengorek buah fikiran aku yang sememangnya tidak pernah kosong.

Aku terdiam sejenak dengan kata-kata Madam. Memang betul sebenarnya aku tahu tujuan Madam meminta aku untuk tidak meninggalkan pejabatnya apabila si Shila diarahkan meninggalkan bilik pejabatnya.

‘Aduh, asal aku tersepit kat sini pulak! Kalau bukan sebab masalah perempuan tu, tak adanya aku nak kena soal siasat kat sini. Aduh, apa aku nak cakap dengan Madam ni!’ luah suara dalam fikiran aku.

Aku cuba berfikir dengan tenang supaya aku boleh susun ayat dengan baik, agar aku tak terlepas kata-kata yang boleh membuat Madam Zai tersingggung. Tapi aku tak mampu berkata apa-apa.

‘What the hell Naufal! Cakap je la isi sebenar memo tu kepada Madam, selesai masalah. Setakat si Shila tu, masalah temporary saja!’ lagi suara yang muncul dalam fikiran aku memberi cadangan yang tidak pernah aku fikirkan untuk buat.

“Naufal, are you with me?”, Madam Zai mula menyentap apabila melihat aku diam tanpa sepatah kata.

“Y..Yes Madam”, jawab aku gugup sedikit. Madam Zai menggelengkan kepalanya sambal tersenyum melihat telatah aku.

“Saya tak pasti apa yang kamu fikir dan rasa tentang Shila, tapi melihat dari sudut pandangan saya , saya tak rasa pun kamu berkawan dengan dia, am I wrong?”, ujar Madam meneka.

“Tapi, saya perasan tadi, ada sesuatu yang tak kena dengan cara kamu menjawab soalan saya dan saya rasa ada sesuatu yang kamu sembunyikan dari saya. Sekarang dalam bilik ini, hanya ada saya dengan kamu, and I supposed you to have something that I would like to hear and very delighted if you would like to say it, ain’t you?" pinta Madam dengan senyumannya terukir.

Aku terdiam.

Aku lupa sejenak, Madam Zai ialah seorang yang sangat sharp dan sangat peka dengan situasi. Kau tunjuk segan sikit saja, Madam Zai akan nampak benda tu. Kadang-kadang aku rasa aku kena psiko pun ada dengan Madam Zai, tapi aku fikir positif, Madam hanya menuntut jawapan dari aku.

Tapi riak wajah Madam, yang tanya soalan dengan muka tersenyum, buat aku rasa lagi cuak, dan of course aku rasa psiko.

Takkan la aku tak kenal Madam Zai lagi. Dah sah-sah lah Madam dapat detect kalau aku menipu dia. Aduh, Naufal, Naufal. Nasib apa lah kau dapat hari ini.

Bibir aku masih lagi terkunci. Tak dapat aku nak fikirkan ayat untuk cerita pasal kronologi ini. Melihat aku masih lagi terdiam, Madam mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangannnya dan menunjukkannya kepada aku di atas meja. Riak wajah aku terus bertukar.

OMG, I AM SO DEAD!

ITU LAH MEMONYA SI SHILA!

Macam mana benda tu boleh ada dengan Madam? Aduhai, dah tak jadi alibi yang aku baru nak create! Buat kerja tak clean la perempuan tu, menyusahkan orang je!

Aku rasa macam nak bertukar jadi Smurf je sekarang.
Madam memandang aku dengan senyumannya yang masih tidak pudar. Bebola mata aku pula sebolehnya nak mengelak dari melihat tenungan Madam.

“Sebelum saya panggil kamu berdua ke sini, ada seorang student dari cafe datang jumpa saya bagi ni. Katanya Shila tercicir semasa bergaduh dengan kamu dekat kafe." jelas Madam.

Aku mengangguk saja dengan penjelasan Madam. Maksudnya selama ni memo tu ada di tangan Madam dan Madam bertanya sebab nak dapatkan kepastian? Tapi still aku tak boleh brain, perlu ke memo tu sampai ke tangan Madam. Kalau aku jumpa student tu, aku rasa nak buat kelas common sense dengan dia.

Secara tiba-tiba Madam Zai ketawa kecil. Aku pandang Madam Zai dengan penuh tanda tanya yang aku sendiri pun tidak tahu soalannya.

“Saya minta maaf, saya tak boleh tahan bila tengok muka awak macam lost in another world.”jelas Madam masih lagi dengan ketawanya. Aku pun hanya turut serta sekali dengan gelaknya, sebab memang aku dah lost in another world. Kemudian kami berdua terhenti seketika sebelum meneruskan topik yang sepatutnya.

“Macam ni la Naufal. Saya tahu kamu ada soalan yang kamu nak tanya. Apa kata kita buat rundingan. Awak berikan saya jawapan yang saya nak tahu, dan saya akan berikan awak jawapan untuk soalan yang awak teringin nak tahu?” Madam Zai memberi cadangan.

Aku berfikir seketika.

“Saya tak pasti sama ada saya ada jawapan yang Madam inginkan. Tapi saya boleh bagi jawapan sebanyak yang saya tahu sahaja.” akhirnya aku mula dapat berkata. Berkesan juga cadangan Madam.

“Okay baiklah kalau macam tu. Jadi apa kata kita mulakan dari awak dulu?” ujar Madam sedikit tersenyum mendengar reaksi dari aku.

Aku dah tak kisah dah apa nak jadi. Aku pegang hal orang sampai diri aku yang mendapat masalah. Lagipun takkan lah aku sanggup nak menipu lecturer semata-mata nak jaga hal orang yang dah letakkan aku dalam masalah.

Aku menarik nafas perlahan, dan aku ceritakan kepada Madam dari awal tentang peristiwa memo misteri itu. Tidak banyak yang aku mampu ceritakan. Aku hanya sampaikan kepada Madam, yang aku jumpa memo itu dalam sebuah buku dari perpustakan. Madam bertanya tentang maksud memo itu, tapi aku tiada jawapan untuk soalan Madam.

“Saya minta maaf Madam. Saya tidak ada jawapan khusus untuk soalan Madam tentang maksud sebenar memo itu. Saya rasa ada baiknya, Madam dapatkan jawapan itu dari tuan empunya yang menulis memo itu.” jelas aku. Aku tahu jawapan aku masih tidak memuaskan bagi Madam, tapi setelah aku jelaskan hal yang sebenar, Madam dapat faham, yang aku ini hanya terlibat tanpa sedar.

“Baiklah Naufal, sejujurnya saya belum puas hati lagi dengan jawapan kamu, tapi saya percaya kamu dah ceritakan apa yang kamu tahu. Well, deal is a deal. Sekarang giliran awak, tanyalah apa yang awak ingin tanya” ujar Madam mengukir senyuman.

Sejujurnya ada satu soalan ni, yang aku obses gila untuk tanya. Tapi aku kena susun ayat aku betul-betul supaya tak menampakkan sangat yang aku busybody.

“Sebenarnya Madam, tadi saya ada terdengar Shila panggil Madam….Ibu? Atau saya rasa saya salah dengar kot Madam. Saya yakin saya salah dengar. Madam abaikan lah ye soalan saya”, seloroh aku dengan ketawa yang ada makna.

“Tak Naufal, awak tak salah dengar”, jawab Madam membuatkan aku terkedu.

“Apa yang kamu dengar Shila panggil saya tadi, memang betul, Shila memang anak saya. Anak perempuan tunggal dalam keluarga kami. Saya minta maaf kalau kamu terasa saya menyembunyikan hal ini dari kamu" jawab Madam dengan jelas.

Jadi Shila tu anak kepada Madam Zai?

Maksudnya anak juga kepada Uncle Zan?

Okay kepala aku dah boleh masuk besi panas dah ni.

“Tak adalah Madam. Madam tak perlu pun rasa saya kecil hati sebab saya tak tahu hal ini. Lagipun, itu adalah hal keluarga Madam, so saya tak perlu ada sebab kenapa saya perlu terasa. Saya minta maaf Madam, kalau soalan saya dah terlalu kedalam hal peribadi. Saya patut jaga batas saya sebagai seorang student" aku bersuara dengan nada perlahan.
“Naufal. Saya harap sangat kamu tak fikir macam tu. Kamu bukan setakat student saya saja. Saya dah anggap kamu macam anak saya sendiri." luah Madam membuatkan aku terharu.

“Kamu bukan setakat genius, tapi kamu ada satu sifat dalam diri kamu yang buatkan saya kagum dengan kamu. Kamu mementingkan kebahagiaan orang lain lebih dari diri kamu sendiri. Even kamu sanggup meletakkan diri kamu dalam kesusahan hanya semata untuk melihat orang lain senang. It’s not easy to become like that, but for you, it’s not about easy but it’s about importance of doing that. And you proof to me and Uncle Zan, of how reliable you are to the others." ungkap Madam.

Beliau kemudian menterbalikkan sebuah frame gambar yang selama ini berhadapan dengannya ke arah aku membolehkan aku melihat keseluruhan potret dalam frame itu. Frame itu tidak menyembunyikan apa-apa flaw. Ianya sangat jelas.

Ianya sebuah potret keluarga. Madam Zai dan Uncle Zan ketika zaman muda, dan seorang anak kecil dalam lingkungan umur 4 tahun. Mungkin itu lah Shila. Jadi betullah, apa yang Madam katakan, Shila memang anak dia. Anak kandung.

Betullah orang kata, kebenaran memang mengejutkan, tapi itulah perihal dalam mencari apa yang fakta. Hal pertalian antara Madam Zai dan Shila sememangnya mengejutkan aku yang sudah kenal Madam Zai lebih dari 15 tahun. Mungkin sebab aku tak menyangka yang wanita seperti Madam Zai yang baik hati dan penyayang ada pertalian darah dengan Shila, yang kontra dengan sifat Madam.

“Uncle Zan apa khabar? Rasa macam dah lama tak jumpa dengan Uncle?” aku mula bertanya mengenai Uncle Zan. Ye lah, bila dah tengok gambar tu, tiba-tiba teringat dengan Uncle, insan yang banyak membantu mengubah nasib hidup aku.

“Haa, baru teringat nak tanya ye! Uncle Alhamdulillah okay je. Sekarang dia tengah sibuk buat planning gaya hidup baru dia, kononnya nakkan healthy life. Dia ada jugak minta Auntie tanyakan bila kamu free nak jumpa dia. Dia kata kamu dah susah nak contact dia sekarang, takut la orang tua tu kalau dilupakan,”gurau Madam.

Kami berdua ketawa dengan gurauan itu.

“Katanya dah lama tak pekena nasi kukus dengan kopi Vietnam dekat Warung Haji dengan kamu. Padahal baru je singgah minggu lepas. Kamu pun melayan sangat lah dengan orang tua tu. Asyik nak lepak makan luar je sampai dah tak ingat dah rupa pinggan kat rumah dah” kata Madam berseloroh sambal ketawa.

Aku juga terikut sekali dengan dekahan Madam.

“Tak adalah Madam, Uncle muda lagi kot. Macho lagi kot Uncle. Orang lelaki kalau selalu keluar lepak, dia punya style dan macho man tu akan lagi terserlah”, jelas aku membuat teori gurau.

“Habis saya ni nenek ke duduk rumah cuci pinggan?” soal Madam menambahkan lagi hiburan kami.
“Tak lah, Madam pun cun lawa lagi, jaga kulit almaklum” usik aku mencuri hati.
“Banyak la cantik muka!” seloroh Madam tersenyum.
“Naufal, saya tahu awak sangat menjaga formality bila di tempat-tempat yang perlukan formality. Dan saya faham awak menjaga formality tu dengan saya sebab kita berada di universiti dan awak faham sifat saya macam mana yang tak suka campur adukkan personal dengan kerja. Tapi kalau boleh, lepas ni, apabila kita bersembang tentang hal selain kerja atau pelajaran, saya nak awak panggil saya Auntie saja. Tak perlulah nak panggil Madam melainkan hal tentang pelajaran saja, baru panggil. Other than that, you need to issue me as Auntie, okay?”pinta Madam.

“Baiklah Madam, saya faham”, jawab aku tanpa sedar.

“Aipppp!!!” Madam membulatkan matanya memandang aku.

“S…S…Sorry Auntie”, jawab aku semula membetulkan sambil menggaru kepala.

Kami berdua tergelak dengan karenah masing-masing. Kemudian aku melihat jam di tangan, sudah melepasi waktu Asar.

“Baiklah Madam ya, sebab hal pelajaran kan saya boleh panggil?”, ujar aku mendapatkan kepastian.

“ Ya” jawab Madam mengiyakan saja telatah aku.

“Kalau dah tak ada apa-apa, saya nak mintak diri dulu boleh? Takut Arfan nanti tunggu saya lama. And I am absolutely sorry for today.” luah aku dengan masih lagi ada rasa bersalah sambil aku berdiri menggalas beg aku.

“Tak apa Naufal. Life is full unexpected. Tak semua benda terjadi mengikut apa yang kita nak. However, thank you so much for your time. I very enjoyed this little chat and of course also your honesty of answering me. Saya harap awak tak ambil hati dengan tingkah laku Shila hari ni ” kata Madam sambil melakarkan senyuman.

Aku membalas kembali senyumannya sebelum aku perlahan melangkah keluar meminta diri.

Tak sampai sepuluh saat pun selepas aku melangkah keluar dari pejabat Madam, sepasang mata yang tidak menyenangkan terpaksa pula aku hadap. Siapa sangka boleh tahan degil juga perempuan ni. Aku sangka dia dah berambus, rupanya dia sambung bertenggek depan pejabat Madam. Aku syak dia mesti cuba curi-curi dengar perbualan aku dengan Madam. Disebabkan terlalu kecewa dan tidak senang dengan perangai dia, tanpa sedar aku mengeluh panjang sampai dia perasan dengan perbuatan aku.

Aku pun satu hal. Terlalu menonjol sangat tunjuk rasa tak suka tu.

“Apa yang kau borak lama dengan mak aku?” soalnya kasar sambil menjegilkan matanya.

Aku berfikir sekejap, nak jawab ke taknak jawab dengan soalan dia. Kalau aku jawab, akan buang masa aku melayan karenah dia yang jenis takkan puas dengan semua jenis jawapan aku akan bagi.

‘Apa point kau tanya aku, kalau dah sah-sah memang kau takkan suka dengan jawapan aku’ fikir aku dalam diam.

Tapi kalau aku tak jawab, aku fikir adakah lepas ni dia akan keep menghantui hari-hari aku? Kalau melihat dari segi gaya perempuan ni, orangnya jenis berdendam ni.

Lama aku pandang dia dan dia pun masih jegilkan matanya menanti jawapan aku. Aku fikir masak-masak, then aku rasa inilah keputusan yang terbaik.

Aku mengalihkan pandangan aku darinya, dan aku berjalan berlalu pergi dari situ macam tak ada apa-apa. Aku tahu mesti dia tengah bengang sekarang sebab aku tidak mengendahkan dia seolah-olah dia halimunan. Macam lah aku kisah sangat. Tapi siapa sangka dia punya tekad nak korek isi perbualan tadi, dia berani pintas dan menghalang laluan aku. Langkah aku terhenti, tapi mata aku tidak pula memandang ke arahnya. Sebaliknya mata aku melilau sekeliling seolah-olah aku disekat oleh entiti ghaib. Ya, aku sedang mengejeknya. Aku dapat rasakan aura marahnya sedang membuak, tapi aku terus buat-buat tidak nampak dia. Dia menudingkan jarinya ke arah aku dan cuba menengking kepada aku, tapi perbuatannya terbantut.
Bebola matanya yang tadi bukan main bulat menjegil kini tampak seperti kucing baru lepas kena marah dengan tuannya. Dan matanya tertumpu ke arah belakang aku. Tanpa fikir panjang, aku menoleh ke belakang aku dan aku mendapati Madam Zai berdiri betul-betul di luar pintu pejabatnya. Matanya jelas tajam memerhati ke arah Shila.

"We need to talk Shila. NOW!!" ujar Madam Zai dengan nada tegas kepada Shila.

Shila tanpa membantah mengangguk dan menurut saja arahan dari Madam Zai atau more likely ibunya. Dengan wajahnya tertunduk, dia sudah lupa yang aku berdiri di situ, seolah-olah aku pula yang halimunan, dia berjalan perlahan menuju ke dalam pejabat Madam Zai. Kedua-dua mereka berada di dalam membuatkan aku serba sedikit risau jika ada berlaku apa-apa pertelingkahan. Tapi aku hanya fikir positif sahaja. Aku ada terfikir untuk mencuri dengar perbualan mereka, tapi firasat aku mengatakan ia adalah tindakan yang tak beretika. Jadi aku hanya berlalu pergi meninggalkan kawasan itu.
. .
. Harimau makan meninggalkan tulang, manusia pula berjanji melebihkan sembang kencang!

Itulah yang aku rasa sekarang apabila lebih setengah jam aku berdiri menunggu di tempat parking kereta menantikan si Arfan, yang sepatutnya tunggu aku. Patut aku minta kunci kereta darinya tadi, so tak ada lah aku pula yang nak berdiri depan kereta sendiri.

‘Sabar la wahai tuan badan,’ pujuk aku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience