Para mahasiswa dan mahasiswi tahun pertama kuliah perubatan mula memenuhi dalam dewan auditorium. Aku tiba awal 5 minit sebelum kelas. Tempat duduk hadapan yang kosong mula diserbu pelajar termasuk juga aku.
Sememangnya tempat duduk yang paling hadapan sentiasa menjadi pilihan aku. Bukan nak berlagak pandai. Tak, bukan macam itu. Duduk di hadapan bagi aku adalah sentiasa advantegous. Dekat dengan lecturer, and senang kalau ada soalan boleh direct bertanya. Orang kata air liur guru ini mahal. Setitis kena dekat muka, dua tiga tahun kau akan ingat nilainya. Lebih-lebih lagi bila kelas pertama ini oleh Madam Zainura, antara pensyarah kegemaran aku. Of course la, aku bersemangat gila pagi itu.
Tidak lama kemudian seorang wanita berusia lingkungan 40-an melangkah masuk melalui pintu utama auditorium. Jubah ungu dan bertudung labuh merah jambu memperlihatkan penampilannya yang professional dan muslimah. Walaupun usianya sudah memasuki akhir pertengahan, tetapi dirinya masih kelihatan muda seperti 30-an. Nama pada kad matriknya yang tergantung luar tudungnya jelas tertulis Nur Zainura Bt Azhar atau lebih dikenali sebagai Madam Zai di kalangan pelajarnya.
Namanya cukup dikenali di universiti ini. Lemah lembutnya dengan student, dan penyampaiannya dalam kuliah yang sememangnya high class, membuktikan beliau sebagai pensyarah terbaik di kampus. Madam Zai meminta semua pelajarnya membuka buku dan melembarkannya pada halaman yang diarahkannya. Buku yang bertajuk ‘The Consequences of Modernity ‘, sebuah buku pelajaran Sosiologi tulisan Anthony Giddens aku belek pada muka surat 197. Anthony Giddens ialah pakar sosiologi yang sangat dikenali ramai dari England. Aku pernah baca bukunya yang berkait dengan sosiologi. Beliau antara orang yang aku kagumi dan antara yang aku ingin jumpa jika ada peluang. Bukunya tak pernah mengecewakan aku dan sentiasa padat dengan maklumat yang logik akal.
Madam Zai memulakan sesi kuliah dengan presentation slide show yang disediakan beliau dan penerangan darinya yang diselang selikan dengan setiap slide. Waktu kelas sedang lancar berjalan selama 10 minit sehinggalah tiba-tiba semua diganggu dengan bunyi pintu utama dewan dirempuh agak kuat juga oleh dua orang pelajar wanita. Aik Athirah? Lewat?
Macam tak percaya saja aku. Biasa dia awal. Nak cakap dia jumpa Arfan, tadi dah jumpa sekali dengan aku. Datang awal pun boleh lewat juga masuk kelas. Yang perempuan sekali dengan dia itu, aku tak kenal. Pakai tudung lilit warna merah dengan pakaian kasual. Putih jugak kulit dia tapi kurang sikit daripada aku. Tak pernah pula aku nampak dia sebelum ini dengan Athirah. Apa-apa je la. Bukan hal aku.
Madam terhenti seketika sesi pengajarannya sebelum memandang ke arah Athirah dan kawan dia barangkali yang masih berdiri di hadapan pintu. Garang juga aku lihat matanya membeliak melihat mereka berdua. Pandangannya seolah-olah seperti ingin menelan kedua-dua orang pelajarnya itu. Athirah dan kawannya tertunduk menahan malu diperhatikan oleh pelajar dalam dewan yang berjumlah 56 orang kecuali aku. Tak kuasa aku nak layan drama tak best. Daripada aku layan mereka, baik aku fokus compose soalan untuk tanya Madam nanti.
Sedang aku sedang menulis sesuatu di atas buku catatan, aku tersentak seketika apabila suara Madam tiba-tiba meninggi sedikit. Taklah terlalu kuat, tapi nyaring lah juga.
“Pukul berapa sekarang ni?" soal Madam memecah kebisuan dua orang gadis itu. Tegas nadanya. First time aku dengar suara Madam marah.
Tiba-tiba aku jadi terpengaruh juga ingin tahu kejadiannya. Alang-alang dah ramai penonton, tambah seorang lagi bukannya jadi isu pun. Membisu dua orang itu. Yang aku nampak diorang cuit satu sama lain seperti meminta salah seorang untuk membalas soalan Madam.
“P..p..pu...pukul 8.16 Madam. Kami minta maaf, saya terlewat bangun tadi," lirih perlahan gadis yang bertudung merah itu. Tergagap-gagap dia menjawab. Kan padan muka. Siapa suruh buat hal datang lewat kelas Madam.
Eh, Astaghfirullahal azim! Apa aku cakap ni? Mana aku belajar kutuk orang macam ni? Kutuk dalam hati pula tu. Aku pukul dada aku perlahan.
Athirah yang setia di sisi kawan dia kaku macam patung aku tengok. Satu badan dia tak bergerak kecuali jari jemarinya. Mungkin dia rasa takut dikenakan tindakan atau kena denda dengan Madam Zai. Tapi aku respect dia sebab backup kawan. Dia yang datang awal pun sanggup berkongsi kesalahan dengan kawan dia yang tak tentu hal datang lewat. Patutlah Arfan nak sangat dekat dia.
Tapi aku tahu, segarang-garang Madam Zai, beliau bukanlah jenis yang tegar untuk menghukum pelajarnya.
“Lain kali jangan lewat lagi. Please take note of your class schedule next time and be punctual" sindir Madam memandang si tudung merah sebelum mengisyaratkan mereka supaya mereka berdua mengambil tempat duduk. Drama dah habis, so back to the point la. Madam Zai meneruskan sesinya semula. Aku mencatat setiap apa yang diajarkan oleh Madam dalam buku. Aku jenis yang mudah belajar melalui catatan ringkas. Tambahan pula penerangan Madam yang sememangnya sangat jelas untuk membolehkan aku faham dengan setiap apa yang disampaikannya.
Selama satu jam lima belas minit kelas ongoing. Terima kasih la kepada Athirah dan kawan dia yang tudung merah, gara-gara mereka, aku dapat ilmu extra untuk lima belas minit yang bermanfaat. Seusai kelas, aku terus berlari menuju ke jabatan sains. Aku perlu cepat untuk hantar assignment kepada Prof Takiyuddin. Padahal masa banyak lagi. Tapi biarlah. Aku tak suka buat kerja last minute. Kan lengah-lengah nanti jadi sia-sia, susah. Sampai di depan lif, aku tekan butang lif. Lama aku tunggu lif terbuka, tapi tak juga terbuka.
‘Rosak ke?’ gerutu aku sendirian.
Tak peduli pasal lif, aku berlari menaiki anak tangga dari tingkat 2 menuju ke pejabat Prof yang berada di tingkat 5. Tercungap-cungap aku berlari. Setiba di tingkat 5, aku rehat sekejap dan mengutip semula oksigen. Dah rasa okay, barulah aku teruskan berjalan menuju pejabat Prof Takiyuddin. Syukur, masa aku sampai di luar pejabatnya, aku lihat kasutnya masih ada lagi. Maknanya beliau masih belum meninggalkan pejabatnya. Tapi di sebelah kasutnya, ada sepasang sepatu perempuan. Saiznya sedikit kecil dari saiz sneaker yang aku pakai. Colour pink pulak tu. Tapi aku tak fikir banyak. Aku buka kasut sebelum mengetuk pintu pejabatnya. Dari luar, aku mendengar suara Prof mengarahkan aku masuk. Sebaik aku membuka pintunya, mata aku bertentangan dengan seorang gadis yang juga sedang cuba untuk membuka pintu yang sama. Terbeliak mata aku melihat dia. Dia ni? Apa dia buat dekat sini?
Share this novel