Bab 9

Romance Series 5815

Shila terpaku dengan kehadiran Madam Zai. Perlakuan Athirah gelisah melihat wajah Madam Zai. Aku masih lagi berdiri diam di belakang Shila. Botol mineral aku disorokkan ke belakang. Sebenarnya itulah sebabnya aku tidak jadi memukul si Shila. Sebab aku ternampak Madam Zai sedang berjalan menuruni tangga sepertinya hendak pulang.

Dan aku pun apa lagi, aku buat-buat macam aku nak minum air. Ye la, Madam Zai kan lecturer favourite aku. Takkan aku nak tunjuk perangai tak elok depan dia kan. Nasib baik aku tak sempat hempuk si Shila. Kalau tak, dah lama benjol dahi dia tu.

“Kenapa jerit-jerit ni Shila?" sergah Madam Zai kepada Shila.

Shila terdiam. Aku tidak dapat melihat reaksi wajahnya kerana aku di belakangnya. Tapi aku dapat melihat mata Madam Zai menajam kepada Shila. Athirah cuba bersuara bagi pihak kawannya.

“Sebenarnya Madam....”

“Saya tak tanya kamu Athirah. Saya tanya dengan Shila" tegas Madam Zai memotong ayat Athirah sebelum sempat dia menghabiskan ayatnya.

Shila masih terdiam dan tertunduk. Barangkali mungkin dia tidak berani atau malu untuk berhadapan dengan Madam Zai.

Tapi, aku kadang terfikir juga. Kenapa Madam Zai garang dengan Shila? Waktu kelas pagi tadi pun Shila kena tegur dengan Madam. Setahu aku Madam Zai tak pernah garang macam ni dengan studentnya yang lain. Kalau ditegur salah pun, jarang sekali tegas macam Shila ni. Cara Shila dimarahi sama macam aku kena marah dengan Umi waktu kecil dulu. Ada pertalian apa-apa ke antara Shila dengan Madam Zai? Curious pula aku.

“Saya nak jumpa kamu dalam office saya. SEKARANG!" tegas beliau kepada Shila. Shila agak kaget sedikit dengan nada tinggi Madam. Tapi dia mengangguk perlahan menurut arahan.

“Bb..B..Baik Madam..." jawabnya perlahan.

Melihat situasi sekarang, tiba-tiba aku teringat pulak dengan si Arfan ni. Mana pulak dia pergi? Tadi ada elok je menyorok belakang kerusi. Tiba sekarang dah lesap. Mata aku melilau mencari dia sekeliling.

“Kamu juga Naufal!" Madam Zai tiba-tiba mengajukan kepada aku.

Aku terkejut. Lagi terkejut dari si Shila. Mata aku membulat besar.

“Saya?" aku hairan.

Madam Zai menganggukkan perlahan. Kemudian beliau mengarahkan dengan jarinya kepada kami berdua untuk mengikut beliau. Athirah cuba ikut sekali tapi Madam Zai melarangnya.

Shila kemudiannya mengikutnya dari belakang. Tapi dia sempat menjelingkan matanya ke arah aku. Aku buat muka apabila dia melihat aku. Tanpa sepatah kata aku mengikut mereka setelah mereka beberapa langkah jauh dari aku.

Di dalam pejabat Madam Zai...

Kami berdua duduk berhadapan dengan Madam Zai. Masing-masing tidak membuka suara. Madam Zai memandang kami silih berganti. Shila
masih lagi tertunduk memandang lantai. Aku lihat dia sedang bermain dengan jari jemari dia.

‘Eh, dia ni boleh pulak main jari! Tadi bukan main garang.' bisik aku dalam hati dengan muka annoying melihat tingkah lakunya.

Kemudian aku memandang ke arah Madam. Madam membalas dengan senyuman sindiran seperti menanti apa yang aku ingin perkatakan. Aku hanya mampu membalas saja senyumannya, dalam fikiran aku tak mampu nak fikir sepatah ayat pun.

“Are we gonna be silent until tomorrow?" ujar Madam Zai menyindir kedua kami.

Shila masih tertunduk. Dah buat salah tapi taknak mengaku. Tak boleh harap!

“Saya minta maaf Madam. Saya sedar tingkah laku saya agak keterlaluan sehingga mencetuskan kekecohan kat kampus. Saya mengaku kesilapan saya, and saya betul-betul minta maaf" ujar aku memecah kebisuan kepada Madam .

Kalau aku jawab dengan rush, boleh menampakkan bahawa aku salah sepenuhnya. So aku susun ayat dengan elok dan mohon maaf.

Madam menganggukkan kepalanya setelah mendengar dari aku. Shila mengangkat kepalanya dan memandang aku dengan wajah terkejut. Dah kenapa dia ni? Tak puas hati lagi dengan aku? Dahinya berkerut memandang aku.

“Shila"

Shila terus mengangkat kepalanya apabila namanya dipanggil. Tapi mata dia tidak mampu menahan lama sebelum dia kembali tunduk seperti tadi .

“Adakah kamu nak senyap macam ni sampai Subuh? Okay! Kalau kamu taknak bercakap, kamu duduk sini diam-diam sampai Subuh, saya nak balik!" ujar Madam mengemas begnya seperti ingin pulang. Shila mula gundah.

“Ibu, nanti dulu" Shila bersuara sambil memegang tangan Madam Zai menahannya pulang.

Aku terkejut. Otak aku tak boleh nak refresh. Buffering keep coming. Ibu? Dia panggil Madam Zai ibu dia? Aku melihat ke arah mereka berdua. Shila sedang memegang tangan Madam Zai. Nampak erat. Madam Zai kembali duduk di kerusinya sebelum meleraikan tangan Shila perlahan.

“Did I reminded you before? Jangan panggil 'ibu' bila di kampus. Panggil Madam seperti pelajar-pelajar yang lain" jelas Madam Zai kepada Shila. Shila tertunduk lagi. Dia ni tak lenguh ke leher tu?

“You can call me anything if we are at home. But not here, at my workplace, Shila. Ibu sudah cakap banyak kali kan? Ibu taknak student lain fikir sebab kamu anak ibu, kamu diberi layanan special. I don't want something like that Shila!" tegasnya tapi masih dalam nada yang lembut. Aku masih cuba sedang brain apa yang aku dengar. Anak dan ibu. Brain is loading. Brain is shutting down.

“Baik, Ibu. Ss..Sorry! Madam" balas Shila perlahan. Madam Zai melepaskan keluhan nafas yang pendek.

“Now, you wanna talk or not?" soal Madam lagi.

“Saya minta maaf" ujarnya kemudian menjeling lagi kepada aku.

‘Tolonglah jangan jeling aku camtu lagi. Otak aku dah la tengah lag ni' bisik aku sendirian.

“Minta maaf saja? Kamu dengar apa Naufal cakap tadi? Dia minta maaf dan mengaku silap dia. Kamu minta maaf tapi apa silap kamu?" desak Madam Zai.

Shila melihat ke arah aku sekali lagi. Kali ni dia buat muka annoying kepada aku. Perlakuan dia itu menarik perhatian Madam.

“Shila!"

Shila terkejut disergah.

“Be matured Shila! Don't be childish! Stop looking for other's wrong. Tanya diri sendiri tu apa salah yang kamu buat" tegas Madam Zai lagi.

“Minta maaf. Saya...saya mengaku saya salah" jawab Shila.

“Apa salah kamu?"

Shila terfikir seketika mendengar soalan Madam Zai.

“Saya tinggikan suara dan menjerit-jerit di depan pelajar lain" ujarnya perlahan.

“Tinggikan suara kepada siapa?" soal Madam lagi.

Shila termangu-mangu. Dia pandang mata aku. Ada masalah mata teruk minah ni. Kenapa asyik nak pandang aku? Setiap kali kena soal, dia pandang aku. Jawab je la, bukan susah pun.

“Kat dia" jawabnya. Suara dia agak tenggelam tapi aku masih boleh dengar.

“Tak dengar!" Madam Zai menepuk mejanya.

Terkejut aku. Nasib baik aku takde sifat melatah.

“Kat dia" jawabnya lagi dengan suara yang sedikit kuat dari sebelum ni.

Dia melihat ke arah aku saat dia memberikan jawapan.

“Dia itu siapa?"

Shila membisu. Tapi dia menuding jarinya ke arah aku sambil mukanya memandang lantai.

“Kenapa tuding jari? Dia pun ada nama" tanya Madam Zai.

Shila diam seketika.

“Saya tak tahu nama dia" jawabnya perlahan sambil muka tertunduk.

Madam Zai terperanjat sedikit.

“Dia yang duduk sebelah kamu ni, kamu tak kenal?" tanya Madam terkejut. Shila mendiamkan diri.

“Shila, kamu tak kenal dia, tapi kamu timbulkan masalah dengan dia?" Madam Zai seperti tidak menyangka. Aku cuma mendengar saja perbualan antara Madam dengan Shila ni. Atau lebih kepada perbualan antara ibu dan anak.

“You picked a fight with a somenone you don't know. And yet you made a havoc at the cafe?" ujarnya.

Aku dan Shila terkejut serentak. Madam Zai tahu insiden dekat kafe?

“Kamu berdua fikir saya tak tahu apa yang jadi siang tadi? Satu kampus bising bila ada pergaduhan yang melibatkan..." tangan Madam Zai mengajukan kepada kami berdua.

“Kamu berdua faham tak apa saya cakap? Kamu berdua student terbaik dekat kampus ni. Top ranking students. My favourite students. Tapi apa guna kalau ranking tinggi tapi behavior tak boleh nak jaga?" keluh Madam Zai kecewa.

Aku rasa sedikit terkilan apabila Madam meluahkan rasa kecewanya. Ye la, siapa tak sedih bila lecturer kesayangan meluahkan kecewanya kepada student yang dia sayang.

“Saya betul-betul minta maaf Madam. Saya janji perkara macam ni takkan berulang lagi" ujar aku memohon maaf dengan tertunduk.

“Saya juga minta maaf" suara Shila perlahan mengajuk ayat aku.

'Cakap kuat sikit tak boleh ke dia ni?' bisik aku dalam hati. Minta maaf dia slow sangat suara sampai aku pun tak dengar.

Madam Zai pandang ke arah Shila.

“Shila, betul ke punca pergaduhan kamu berdua hanya kerana satu memo?"

Shila terkaku.

“Apa isi memo tu sampai perlu kamu cetuskan kecoh kat kafe?" soalan Madam Zai menyerang Shila. Shila terdiam tidak tahu apa ingin dijawab. Jari jemari dia bermain-main di bawah meja.

“Shila answer me! Apa yang kamu tulis dalam memo tu? Memo itu kamu punya kan?"

Shila mengangguk perlahan.

“Jawab Shila!" suara Madam Zai meninggi sedikit.

Shila membisu tidak berani.

Aku tidak tahu apa ingin dikatakan. Kemudian aku terpandang ke arah Shila yang masih tertunduk. Dari tepi aku nampak macam ada sesuatu yang berkaca di matanya. Air mata? Dia menangis ke? Tiba-tiba aku jadi tak senang hati. Rasa bersalah menguasai diri aku tiba-tiba. Aku tak boleh kalau tengok orang menangis. Even berkaca sikit pun mata aku tak mampu pandang.

“Shila" Madam Zai memanggil-manggil namanya mengharapkan Shila menjawab pertanyaannya.

Tapi Shila masih terdiam. Air matanya belum jatuh lagi. Tak sangka dia boleh tahan lagi air mata tu.

“Memo tu..." Shila membuka mulutnya tapi katanya tersekat.

“Memo tu......" dia cuba meneruskan tapi tidak dapat menghabiskannnya. Nada dia kedengaran syahdu. Macam nak menangis.

“Memo tu apa?" tegas Madam Zai.

Shila cuba memaksa dirinya untuk meneruskan kata. Tapi aku dah tak boleh tahan lagi dah. Aku rasa macam terhimpit dengan situasi ni sekarang.

“Saya minta maaf Madam. Memo tu sebenarnya takde apa-apa pun. Memang betul memo itu milik Shila. Tapi isi memo itu sebenarnya bukanlah seperti yang Madam fikirkan" jelas aku mencelah.

Madam Zai dan Shila, kedua-duanya beralih mata kepada aku.

“Kamu mesti tahu apa isi kandungan memo itu memandangkan kekecohan tu terjadi sebab kamu baca memo tu, dan sebab tu Shila serang kamu. Betul tak apa yang saya cakapkan, Naufal?"

“Betul Madam" aku menjawab tenang.

“Apa isi memo tu Naufal?" soal Madam kini kepada aku pula. Tapi aku sudah bersedia dengan soalan ini.

“Isi memo tu...sebenarnya..." aku berhenti sekejap dan aku lihat Shila. Matanya memandang aku dan semakin berkaca. Riak wajahnya nampak sayu. Tiba-tiba terdetik di kepala aku.

'Lawa gilerr muka minah ni. Putih mulus!' puji aku dalam diam.

Tanpa aku pedulikan riak wajah dia, aku meneruskan bicara.

“Isi memo tu sebenarnya, pantun lawak yang tak jadi" ujar aku spontan.

“Hah?" respon Madam Zai terkejut. Shila juga terkejut sama dengan jawapan aku.

“Saya minta maaf Madam. Mungkin Madam sendiri pun tak percaya dan rasakan tak logik yang isi memo tu hanya pantun lawak tak jadi yang jadi isu pergaduhan kami berdua. Sebenarnya saya tak sengaja baca memo tu sebab memo tu ada dalam buku yang saya pinjam. Alang-alang dah nampak, saya rasa curious nak tahu. And saya sendiri pun tak menyangka, gara-gara pantun lawak Shila yang tak menjadi tu, boleh timbulkan kecoh satu kampus" terang aku.

“Pantun lawak? Betul ke ni Shila?" soal Madam Zai kepada Shila. Shila terkejut tapi dia membalas dengan anggukan.

“Be..betul Madam" jawabnya.

Madam Zai menggelengkan kepalanya. Kami semua terdiam sejenak. Madam Zai merenung ke arah aku lama. Aku rasa awkward sedikit dengan keadaan itu tapi aku senyum jua. Lama Madam berfikir sebelum berkata.

“Next time saya mitak tolong sangat sangat. Tolong jangan tunjukkan tingkah laku yang macam ni lagi. Jaga reputasi kampus. Jaga imej kamu berdua. Kamu berdua contoh untuk pelajar lain. Aset penting untuk universiti ni" ujar Madam mengingatkan kami.

“Saya janji Madam, saya akan pastikan benda ni takkan berulang lagi"

Shila kemudiannya menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan ayat aku.

“Hmm ye la" keluh Madam perlahan.

“Kamu dah janji dengan saya. Ingat! Lain kali kalau saya dengar ada apa-apa yang tak elok pasal kamu berdua, saya takkan lepas tangan. Markah akademik kamu berdua mungkin akan terjejas nanti"

Aku terkejut mendengarnya. Habis la kalau markah aku kena potong. Aku tak boleh terima kalau markah aku kena potong sebab kecuaian aku. Aku mengangguk bersetuju dengan pesanan Madam.

“Kalau macam tu, saya anggap kes ni dah selesai. No more fight after this, you two! You heard me?"

“Yes Madam" kami berdua jawab serentak.

“Kami minta diri dulu" ujar aku meminta izin.

Aku bingkas bangun dari kerusi untuk keluar dari pejabatnya. Belum beberapa langkah aku menapak, Madam memanggil nama aku.

“Naufal!"

“Ye saya, Madam" aku menoleh seraya membalas panggilannya.

“Saya nak jumpa dengan kamu sekejap" ujarnya mengarahkan aku untuk duduk kembali. Aku berfikir sejenak kenapa Madam nak jumpa aku. Tanpa sepatah kata aku duduk kembali di kerusi.

“Shila kamu boleh keluar dulu. Saya nak jumpa cuma dengan Naufal saja" ujar Madam memberitahu Shila yang masih berdiri di pintu.

Shila mengangguk dan dia melepaskan satu pandangan kepada aku sebelum hilang di sebalik pintu.

Aku pandang ke arah Madam. Beliau merenung aku seperti tadi.

“Ada apa Madam nak jumpa dengan saya?" soal aku dalam tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience