Bunyi jam loceng telefon membingitkan tepat di sebelah telinga aku memperdengarkan melodi ringtone Dreamland. Aku menggaru-garu telinga sebelum mencapai telefon di atas meja sebelah katil. Mata aku berkenyit-kenyit menahan sinar cahaya skrin telefon itu. Samar-samar aku melihat butang off sebelum mematikan bunyinya. Aku tatap paparan jam di skrin telefon.
Pukul 4.30 pagi. Keluhan malas aku lepaskan ringkas sebelum meletakkan kembali telefon di atas meja. Mulalah aksi menggeliat aku di atas katil dengan berbagai gaya. Dua tiga kali mata aku dipejam celikkan sebelum penglihatan aku benar-benar jelas. Lipatan selimut disusun dengan rapi di hujung tilam.
Aku bangun dengan langkah kaki yang longlai, mencapai tuala yang tergantung di sebelah pintu bilik air. Perlahan aku menuju memasuki kamar mandi.
Malas…. Itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan diri aku waktu itu. Biasalah bangun awal pagi bukannya rutin yang digemari semua orang. Ada yang suka, ada yang tak suka. Sebaik dalam bilik air, mulut aku tidak berhenti menguap seolah-olah memujuk aku supaya kembali ke katil. Tapi aku tak endah saja tabiat buruk itu. Tangan kanan meraba-raba mencari pili shower dengan mata terasa pedih dicucuk panahan cahaya lampu dalam bilik air.
Dengan mata yang masih lagi bermain dengan tutup buka, tanpa aku sedar aku telah membuka paip shower, sekaligus serta merta muka aku dihujani dengan kesejukan air hujan shower. Terlompat-lompat aku dibuatnya menerima kejutan yang tidak disangka.
Mata yang dari tadi kuyu terus terasa segar dari mengantuk. Jelas tiba-tiba pandangan mata aku. Serius memang sejuk mandi waktu pagi embun macam ini. T-shirt merah aku tanggal dan mencampakkannya dalam bakul baju. Aku menadah perlahan tangan kanan aku di bawah arus air shower . Apabila kesejukan airnya mula sebati dengan suhu badan aku, barulah aku dapat mandi dengan selesanya. Aku tahan saja sejuk airnya. Perasaan aku masa tu seperti tengah mandi di sungai di Gunung Alps. Sejuknya aku tahan saja.
Aku dengan bersegera membersihkan diri di dalam bilik air. Sejuknya air shower itu jelas menyucuk setiap saraf badan aku hingga hilang semua rasa malas tadi. 10 minit aku luangkan masa di dalam bilik air. Itu sudah lebih daripada cukup kalau setakat untuk mandi bagi aku. Aku bukanlah jenis yang suka bertapa lama-lama dalam bilik air.
Seusai mandi, sebaik saja aku melangkah keluar dari bilik air, tiba-tiba badan aku menggeletar sangat-sangat. Sampai terketap-ketap gigi aku. Baru aku perasan yang aku lupa untuk tutup air-cond dalam bilik. Patutlah sejuk semacam. Mata aku cuba mengintai-intai remote penghawa dingin di atas katil. Aku membelek bantal dan terjumpalah figuranya. Lekas aku capainya dan terus aku switch off. Barulah lega sikit rasanya. Aku segera bersalin dengan kain pelikat dan menyarung T-shirt Polo hitam. Solat tahajjud dua rakaat aku tunaikan sebelum azan Subuh berkumandang. Selesai saja solat, aku membaca beberapa zikir, membaca Al-Quran dan kemudian berdoa.
Tatkala itu, pesanan Umi mula menghinggap dalam minda.
‘Jaga solat tahajjud dan rajinkan diri bangun ketika waktunya. Jangan malas-malas. Dua rakaat saja. Kunci kebahagiaan dan ketenangan kita ada di dalamnya’.
Masih kuat dan segar pesanan Umi dalam ingatan aku sehingga ke hari ini. Dulu aku bukanlah budak yang baik dan selalu juga aku ingkar akan nasihat Umi. Tapi sekarang aku bukan diri aku yang dulu. Umi dah buatkan aku sedar banyak perkara. Aku mulai belajar untuk mengenal dan memahami erti ikhlas dan cinta dalam solat.
Benar kata Umi. Jika aku memohon untuk sesuatu dengan ikhlas, maka keikhlasan itu pasti akan terbalas. Dan aku sendiri pernah merasainya. Kerana itulah aku sangat yakin dengan hikmah doa. Itulah kehebatan solat sunat tahajjud yang baru aku sedari. Bukan setakat mententeramkan jiwa dan menenangkan akal , bahkan juga aku dapat merasai keinginan untuk berada lebih dekat dengan Yang Maha Kuasa.
Aku sangat bersyukur kerana dibesarkan oleh dua orang insan yang sangat berharga dalam hidup aku iaitu Umi dan Abah. Jikalau bukan kerana kesungguhan Umi dan Abah mendidik dan membimbing aku dengan agama, aku pasti tidak akan pernah kenal apa itu sejadah. Andai bukan kerana jasa mereka, aku mungkin tidak akan pernah merasai embun mata menitis di setiap detik sebegini.
Ucapan Alhamdulillah berterusan diungkapkan bibir ini. Inilah kekayaan yang paling bermakna pernah aku miliki.
Sedang aku khusyuk berzikir, tiba-tiba aku merasakan seperti telinga aku menangkap suara seorang wanita memanggil nama aku. Ini bukan kali pertama terjadi kepada aku. Sejak dua menjak ini hal ini selalu terjadi di waktu awal pagi macam ni. Bunyinya sangat ngiang-ngiang tapi aku yakin ianya jelas memperdengarkan nama aku. Sebutannya hanyalah sekali dan bunyinya agak sedikit tenggelam. Kekhusyukan aku mulai pudar.
Fikiran aku dah mula diusik dengan bermacam-macam teori. Takkanlah bunian atau hantu yang menyapa. Setahu aku, rumah aku ini bukanlah tempat keras. Takkan ada yang ikut aku balik sampai sini kot? Aku menggosok perlahan lengan. Bulu roma aku dah meremang sampai ke leher. Astaghfirullah al azim. Apa lah kekarutan yang aku fikir ni. Aku cuba memujuk diri aku untuk bertenang. Aku yakin ini cumalah mainan perasaan. Aku membuka mata sedikit dan meninjau-ninjau di sekeliling. Sepi. Bererti apa yang aku fikir itu tadi tiadalah nyatanya. Aku menarik nafas dan menghembuskannya perlahan sebelum meneruskan zikir. Tidak lama kemudian, seruan azan Subuh mula bergema dilaungkan memecah kesunyian dalam bilik.
Jam 7.50 pagi…..
“Woi Pal !! Cepatlah, kau taknak pergi kelas ke? Apasal kau lambat sangat ni?" jeritan suara lelaki singgah ke telinga aku. Gemanya agak kuat menghantar gelombang memenuhi setiap ruang dalam rumah ini. Ya aku lupa. Dalam villa yang dua tingkat ni bukan aku sorang sahaja yang menjadi penghuninya.
“Kejap la!” aku membalas dari bilik aku yang terletak di tingkat 2. Suka hati dia cakap aku lambat. Aku pun hairan kenapa hari ini dia awal sangat. Selalunya aku yang kena tunggu dia, tapi hari ini ada kelainan pula. Ini bukan Arfan Miyaz yang aku kenal.
Suaranya bila melaung, memang tak ada satu pun sudut dalam rumah ini yang akan terlepas dari gema suaranya. Macam makcik-makcik yang suka menjerit. Dalam rumah ini, cuma aku dan Arfan saja yang menghuni. Kami berdua berkawan rapat sejak dari kecil lagi. Arfan ialah anak yatim piatu sejak ayah dan ibunya terlibat dalam kemalangan waktu dia berusia 3 tahun.
Dan sejak itulah dia diasuh dan dibesarkan oleh neneknya seorang di kampung. Aku dan Arfan tinggal sekampung, arwah ibu dan ayahnya adalah kawan kepada Abah dan Umi aku. Dia ialah kawan yang sangat mengenali dan faham akan perangai aku. Di mana cacat celanya aku semuanya dia tahu, dan bagi aku, cukuplah dia seorang saja kawan yang tahu akan diri aku.
Aku mengemas laju semua buku dan peralatan lain ke dalam beg. T-shirt biru berlengan panjang dan seluar jean biru menjadi pilihan aku untuk ke kelas hari ini. Aku tak suka pakai nampak stylo sangat sebab bukan minat aku. Bersedehana dengan pemakaian barulah namanya fashionista. Setelah menyikat rambut, aku melangkah keluar dari bilik sambil menyandang beg galas. Sewaktu aku turun tangga, aku dapat melihat susuk tubuh Arfan sedang bermain dengan telefonnya di sofa.
Aku menghempaskan punggung di atas sofa bertentangan dengan Arfan dan membelek jam tangan. Pukul 7.55 pagi. Awal lagi. Arfan masih lagi tidak beralih mata dari telefonnya. Aku hanya mampu senyum.
“Amboi kau. Khusyuk main fon nampak. Kalau kau buat kat sejadah macam tu jugak kan bagus," ujar aku membuka perbualan. Ada nada perli sedikit dalam ayat aku.
Arfan mula bereaksi dengan kata-kata aku menunjukkan mimik muka tak puas hati dia. Kan dah terkena.
“Abis, kalau aku tak main fon, kau nak aku buat apa? Kau nak aku tunggu kau kat sini tersengih macam penyambut tetamu ‘Hello selamat pagi Tuan Naufal’ macam tu? Kejadah aku nak buat gila gitu," balas Arfan menyentap hidungnya.
Telefonnya diselitkan ke dalam poket seluar. Aku tersenyum sambil tertawa dengan gelagatnya.
“Apa salahnya? Eh okay apa kalau kau pagi-pagi jadi penyambut aku. Buat part time. Aku boleh bayar kau. Lagi better daripada kau melaung macam makcik-makcik pecahkan koklea telinga orang, ” anjur aku tersenyum.
“Kau nak main fon? Boleh, takde hal. Tapi make sure sujud kat sejadah pun kau buat sama macam kau tengok fon tu. Barulah betul!! ” sambung aku lagi sambil mengangkat ibu jari kepadanya. Arfan buat muka menyampah.
Terhibur aku pagi-pagi ini.
“Sembang pasal agama, terror. Tapi kalau sembang pasal masa, fail la kau. Macam pagi ni. Orang dah lambat nak pergi kelas, kau boleh pulak bangun lewat" tukasnya dengan nada tegas. OMG! Speechless aku dengan ayat dia.
“Chipmunk kau cakap aku lambat! Sekarang baru pukul 7.59, kelas kita pukul 8.40. Engkau dah tabiat apa nak pergi kelas time orang takde lagi? Engkau tu yang tak pernah nak awal, apehal hari ni tetiba awal?” aku cuba memprotes ayatnya.
Terkaku dia dengan ayat aku. Dengan tak semena-mena tiba-tiba dia senyum nampak gigi. Dah kenapa pulak mamat ni.
“Alaa kau, rilekslah. Bukan selalu pun aku bangun awal. Lagipun hari ni hari special untuk aku, so aku kena la siap awal,” jawabnya perlahan sambil bermain dengan jari-jemari. Aku mula dapat membaca apa yang dimaksudkannya.
“Owh, macam tu. Sebab hari ni hari special so boleh la kau bangun awal ye? Apa yang specialnya? Birthday kau? Birthday Athirah?” soal aku spontan walaupun jawapannya sudah aku tahu. Arfan meluaskan bola mata dia saat aku sebut pasal Athirah. Bertepuk tangan dia.
‘Angau sengau kawan aku ni’ bisik hati aku sendiri.
“Habis kau siap awal ni sebab semata-mata nak sambut birthday dia ke pagi-pagi ni?” tanya aku lagi.
“ Bukan sambut, tapi wish. Aku nak jadi orang yang pertama wish birthday dia pagi ni,” kata Arfan tersenyum.
“Whatsapp kan ada, call boleh mesej boleh, apa susah? Bagitaw kat fon je la,” tebak aku. Arfan menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak sama wish dalam fon dengan wish depan muka. Aku nak wish betul depan-depan dia barulah nampak real dan sweet,” jawabnya mudah.
“Sweet kepala hotak kau! Haa ni la salah satu contoh manusia yang tak reti nak memanfaatkan teknologi yang ada sekarang. Tak bersyukur.Tak padan dengan suara makcik komander,” ujar aku menahan ketawa.
Tersengih kambing dia bila aku kata begitu. Mengada juga kawan aku seorang ini.
“ Eh Pal, aku nak tanya kau nih"
“Apa lagi kau ni?" rungut aku malas.
“Kau kan…sebenarnya aku tak faham kenapa kau tak suka bergaul dengan pompuan. Yang ni kecualikan Athirah. Aku tahu kau bukan jenis yang suka nak minat-minat dengan pompuan tapi aku heran macam mana la kau boleh bertahan macam tu sampai sekarang. Dari dulu sampai sekarang, aku tak pernah pun nampak kau dekat dengan mana-mana pompuan. Itu yang aku tak faham,” Arfan bertutur menganjur persoalan.
Aku membisu seketika sebelum membalasnya dengan senyuman.
“Kau ingat aku ni murahan?" aku cuba membuat dia rasa bersalah. Resah raut wajah dia menahan rasa bersalah itu.
“Tak...takde la sampai macam tu sekali maksud aku. Aku just nak tahu macam mana jer kau buat, kau...elak-elak pompuan. Sebab aku pun nak cuba jugak kalau jadi"
“Pehal kau nak cuba?" soal aku bingung.
“Aku kan dah ada Athirah sekarang. So kalau boleh, aku nak berkepit dengan Tirah sorang jer. Taknak ada yang ketiga. Sebab tu aku nak tahu, kot aku bole apply nanti"
“Hmm bole tahan teruk kau ni"
Tergelak Arfan dengan canda aku. Aku berfikir sejenak.
“Macam mana aku boleh bertahan? Of course la sebab prinsip bhai. Takde prinsip, takde la jati diri. Macam aku ada prinsip aku sendiri. Apa yang patut dan apa yang tak patut aku buat, aku based on kan pada prinsip aku sekarang. So macam tu la kot aku survive ”, jawab aku tenang sambil memegang cube block yang aku kutip terselit di celahan kusyen sofa.
“Owh sebab prinsip. Okay, kau kata dengan prinsip kau boleh survive. Tapi….kau jangan senang tangan sangat. Prinsip kau tu untuk sementara je. Aku percaya satu hari nanti kau akan jatuh hati jugak dengan sorang pompuan. Dan andai kata hari tu datang, apa kau nak buat? Kau masih nak taruk kat prinsip kau lagi ke?” soalnya lagi memandang tajam ke arah aku.
“Aik? Kau ni nak apa? Tadi kau yang minta kau jawab macam mana aku survive bagai. Tadi tanya lain, sekarang tanya lain" pening aku dengan soalan dia.
“Haaa tengok-tengok tu. Tak boleh jawab kan?"
Aku memandang dia sebelum tertumpu semula bermain dengan cube block. Aku terdiam. Entah kenapa aku merasakan soalannya seperti menyentap aku. Tak pernah pula aku fikir pasal itu. Aku cuba berfikir untuk menjawab tapi tidak ada ayat yang aku boleh fikirkan.
“ Haa, amik kau! Sekarang baru tahu nak senyap. Prinsip konon. Kalau kau still jawab kau nak stick dengan prinsip kau tu, kau jangan bagi aku nampak kau kawin. Kalau aku nampak, aku nak tarik-tarik rambut kau sampai keluar abis semua prinsip bongak kau tu! Baru kau conscious sikit!” tegasnya bergurau. Aksinya itu tak pernah lekangkan senyuman aku. Tapi senyuman aku pudar laju mendengarnya. Dia mula mengingatkan aku akan suatu memori yang pernah mendukakan aku.
“ Pan…hari ni aku mengaku….apa yang kau cakapkan tu betul,” ujar aku lembut. Arfan membalasnya dengan senyum sinis.
“Tapi -“ aku cuba menyambung. Arfan mendekatkan telinganya untuk mendengar lanjutan aku.
Aku diam sejenak.
“Aku tak sangka kau boleh bengap sampai ke tahap macam ni" ujar aku sambil ketawa keras.
“Kuang ajar kau!" marah Arfan. Tapi dia tak berbuat apa-apa.
Berdekah aku gelak sorang-sorang. Tak lama lepas tu, aku kembali serius di wajah. Kali ni aku betul-betul serius.
“ Kau pun kenal aku ni laki yang macam mana. Dan bukannya kau tak tahu apa yang pernah aku lalui dulu-” kata-kata aku tersekat. Arfan kagit tiba-tiba dengan ayat aku dan menundukkan wajahnya. Aku tahu dia mungkin baru sedar apa yang dia telah cakapkan tadi telah mengusik peristiwa luka aku kembali dan pastinya sekarang dia rasa bersalah kerana membangkitkannya.
Aku cuba tenangkan dia dengan senyuman.
“Hidup aku tak mudah, Pan. Hidup aku ni penuh dengan kompleks dan konfliks. Aku masih lagi Naufal yang kau kenal dulu. Tapi kau mungkin nampak aku seperti dah berubah. Aku banyak belajar apa yang betul dari apa salah yang aku buat dulu. Silap yang aku pernah buat masa dulu, aku taknak ia berulang lagi. Cara untuk aku elaknya daripada terjadi lagi adalah….dengan prinsip yang aku bawa sekarang,” bicara aku perlahan menganjak mata ke arah Arfan.
Arfan cuba berkata tapi aku lekas memintasnya.
“Aku tahu apa kau nak cakap. Kau nak aku lupakan semua tu kan? Tak semudah macam tu Pan. Kalau betul ia mudah, sepatutnya dah lama aku boleh lupakannya. Apa yang kau harapkan bila kau dah tempuh banyak kesakitan bersama tapi akhirnya, kau terpaksa menangggung semua pedih tu sendiri,” aku bersuara lagi perlahan.
Hati aku mula disapa dengan kepedihan yang dulu. Minda aku mula terbayang akan memori silam. Tapi aku cuba mengusirnya jauh-jauh supaya aku tidak kenangkannya.
“Andai kata betul la apa yang kau cakap…yang suatu hari nanti aku terpaksa jatuh hati dengan seorang pompuan…aku terima. Andai itu adalah takdir aku, aku terima. Dan aku takde keupayaan untuk lawan takdir sendiri,” ujar aku. Pada masa yang sama, aku berjaya selesaikan semua cube tadi. Keliru aku sebentar. Bagaimana aku selesaikan aku sendiri tidak pasti.
“Terpaksa? Kau cakap kau akan terima takdir kau, tapi kenapa kau perlu rasa terpaksa?” Arfan menyoal aku.
“ Hati aku dah keruan sekarang. Aku dah tak kenal lagi benda apa cinta. Aku boleh belajar mencintai, tapi belum tentu aku boleh serahkan hati. Andai kata aku kawin, aku hanya boleh jadi suami, tapi tak boleh untuk mencintai“ jelas aku menjawab pertanyaannya. Aku langsung tak berasa apa-apa apabila mengungkapkan semua itu kecuali rasa sakit. Sakit lama yang aku sendiri bangkitkan kerana kesilapan aku percayakan seorang wanita dulu. Kalau bukan kerana dia, aku takkan jadi macam ini sekarang.
‘Sampai hati kau Rafania!'
“Pal, kau okay tak?” sentak Arfan memetik jarinya di depan muka aku.
Aku cepat-cepat sedar dari melayang. Aku mengelamun ke tadi?
“ Okay,” balas aku ringkas.
“Weh dah lewat ni doe! Aku cakap dengan Tirah aku nak sampai awal. Bodoh la aku,” ujarnta kalut selepas memeriksa jam di telefonnya. Dia terus berdiri menggalas begnya sambil membetulkan T-shirtnya yang berkedut sikit.
Aku perhatikan saja perlakuan dia.
“Kau nengok apa lagi? Jomlah gerak sekarang! Kau tengok jam sekarang ni pukul berapa!” anjurnya lagi sambil menunjukkan jam. Pukul 8.20.
“Rilekslah. Benda boleh kejar. Bukannya jauh pun sini dengan kampus. Lima minit je,” tutur aku senang sebelum mendengar mesej telefon aku masuk. Aku mengeluarkan telefon dari poket seluar dan memeriksa mesej whatsapp.
Kelas Kimia canceled? Habis assignment yang aku dah siapkan semalam nak kena hantar bila? Aku scroll semua mesej dalam group whatsapp kuliah aku. Bukan main bersorak lagi diorang dapat tahu kelas cancel. Tiba-tiba aku terima satu pesanan ringkas private daripada Prof Takiyuddin.
’Nanti assignment awak hantar kat bilik pejabat saya. Saya akan tanda.”
Aku membalas mesejnya.
‘Prof kenapa kelas cancel hari ni?’ aku menaip ringkas.
Kemudian telefon aku berbunyi lagi. Aku periksa reply daripada Prof.
‘Saya ada kursus kena attend malam ni dekat Kedah. Jadi saya nk kena gerak awal. Nanti rehat pagi awak hantar kat pejabat saya. Saya ada kat pejabat sampai petang sebelum gerak pergi.’ katanya dalam mesej.
‘Ok Prof.’ balas aku meletakkan emoji okay.
“Sape mesej?” tanya Arfan apabila melihat aku bermesej di telefon.
“Prof Takiyuddin. Hari ni kelas Chemist aku cancel. Dia kena kursus kat Kedah lak. Aku nak hantar assignment yang dia suruh buat minggu lepas. Dia suh aku jumpa kat pejabat nanti,” jawab aku seraya menyimpan semula telefon dalam kocek seluar.
“Owh macam tu. So maknanya dua kelas je la kau ada hari ni?” tanyanya lagi.
“Haah. Sosio dengan Anatomi je la. Tu pun kelas sejam je dua-dua,” jawab aku pendek.
“Abis kau nak buat apa banyak waktu kosong kot. Kelas kau dua-dua tu pagi. Aku last kelas kul 5.30 petang baru abis, " tukasnya membetulkan beg galasnya yang tersandang.
“Lek la, kau macam ingat aku nak tinggal kau je!” ujar aku mengungkitkan senyuman. “Aku macam biasa, dah plan nak lepak library. Takpun consult dengan mana-mana lecturer yang available,” terang aku bangkit dari sofa.
“Hmm okay la. Kalau macam tu baik kita gerak sekarang. Kita nak breakfast lagi dah makan masa. Kesian pulak Tirah tunggu aku nanti,” ajaknya bersedia.
“Jangan risau la. Sempat lagi nak breakfast ni. Macam seberang jambatan je sini dengan kampus, ” aku menganjur lawak sambil tersenyum. Arfan buat muka duckface tanpa kata.
Aku capai kunci kereta yang terletak di atas meja sebelah sofa.
“Hari ni nak breakfast kat mana? Tempat biasa?" aku tanyanya.
“Tempat biasa lah. Kafe Habib. Nak pergi tempat lain, aku takut lewat nanti nak masuk kelas. Kalau aku ajak kau pun, bukannya kau nak ikut sekali,” balasnya mendengus. Aku ketawa kecil.
“Tempat dekat ada, buat apa nak pergi jauh,” ujar aku tersengih. Pada masa sama aku melemparkan kunci kereta kepadanya.
Gopoh dia menyambut.
“ Aku drive ke hari ni?” soalnya bingung membelek kunci kereta BMW.
“Gilir-gilir la. Minggu lepas aku dah drive. Minggu ni kau la pulak jadi driver,” aku menjawab pertanyaannya.
“Haa ye la ye la!” balasnya ringkas mengajak aku.
Aku mengisyaratkan Arfan untuk keluar dulu kerana aku ingin mengambil kunci rumah. Arfan mengangguk faham
Dia kemudiannya menghilang perlahan di sebalik tirai pintu rumah sambil aku berlari anak mengambil kunci rumah yang tergantung di rak kunci dinding berdekatan tangga.
Aku bergegas keluar dengan longgokan kunci dalam genggaman dan mengunci pintu rumah dari luar. Aku disentak dengan bunyi hon kereta waktu aku selesai mengunci. Arfan menurunkan sisi tingkap penumpang dan mengisyaratkan aku untuk masuk. Laju betul dia ambil kereta.
Tanpa banyak bicara aku menyimpan kunci rumah dalam beg dan terus membuka pintu bahagian penumpang sebelah Arfan. Sebaik saja aku masuk, Arfan menekan pedal minyak perlahan dan kereta kami pun mula meluncur meninggalkan perkarangan rumah.
Dari luar pagar, aku memandang ke arah rumah yang mula menghilang perlahan dari pandangan. Lama aku pandang hingga aku tiba-tiba teringat akan kenangan lama. Aku mula didatangkan dengan satu persatu peristiwa dulu yang banyak meletakkan lada dalam kehidupan aku. Peristiwa yang membangkitkan keazaman aku dan merubah keseluruhan hidup aku. Air mata aku banyak dihabiskan untuk waktu itu. Apa yang aku ingat waktu itu, segalanya terjadi sekelip mata. Ianya bermula enam tahun yang lepas, ketika umur aku masih lagi mentah 14 tahun….
Share this novel