BAB 2: PERTEMUAN

Romance Completed 113839

PUAN SRI MAWAR tersenyum sinis ke arah anaknya itu yang berada Di hadapannya itu.

“m..mama apa ni?” serak suara inara dia seperti tidak Percaya apa Yang Dia nampak sekarang ini.

“kau buta ke apa?,kau tak nampak ke sapa kat belakang aku ni?so kau dah tahu Kan Jadi tak payah lah Aku sorok2 lagi”

Air Mata inara bergenang dia Tidak sangka emaknya sendiri sanggup merampas tunangnya itu.

Inara memandang ke arah ariff,wajah ariff langsung tidak memandang wajah inara.

“ariff tunang nara mama!Nara tak kisah pun mama nak benci Nara Tapi kenapa mama rampas tunang nara! mungkin sebab ni papa kahwin lain sebab perangai mama ni tahu tak!” ujar inara.

PANG!

Satu tamparan Melekat Di wajah inara,dia memegang wajahnya Yang sakit Akibat Di tampar kuat oleh Puan Sri mawar.

“kau Jaga mulut kau ehh!,kau sedar sikit dengan siapa kau tengah bercakap ni! Kau tak reti hormat Aku ke hah!” Di tunjal kepala inara berkali-kali.

Air Mata inara menitis membasahi pipinya,dia Mencabut cincin Di jari manisnya itu lalu Di campak Di wajah ariff.

“aku benci kau!,kau tak guna!” tengking Inara lalu di tolak bahu ariff sebelum beredar. Ariff mengeluh perlahan dia meraup rambutnya dengan kasar.

“so Nara dah tahu Kita boleh Kahwin Kan sayang?” ujar Puan Sri mawar sambil memandang wajah ariff Yang berada di sebelahnya itu. Ariff hanya tersenyum nipis.

INARA melabuhkan punggungnya di kerusi Yang berpandangan dengan tasik angin sepoi-sepoi itu membuatkan suasana Indah air matanya perlahan-perlahan mengalir membasahi pipinya itu.

“aku percaya kau ariff,ni Yang kau balas?Aku Sayang kau ariff kenapa kau buat kat Aku macam ni? Kau curang tapi kenapa dengan mak aku!sendiri” bicara inara sendiri air matanya semakin laju mengalir.

Inara mengesat air matanya dengan kasar rambutnya itu di tolak ke belakang,

“buat apa Aku nak sedih Untuk lelaki macam Tu,buang masa aku je!” inara bangun Dari Bangku kerusi Dan mencapai Kunci keretanya dia ingin pergi ke rumah teman baiknya iaitu alis.

****
“Assalamualaikum,Mak Intan Assalamualaikum” laung raffiq helmet yang di pakainya itu Di letakkan Di atas motor rambut nya Di perbetulkan sedikit agar kelihatan teratur.

“waalaikumussalam,Lahh raffiq Mak Intan ingat lambat lagi sampai memang pantas yer buat kerja” ujar Mak Intan sambil meneruni anak tangga. Raffiq hanya tersenyum.

“ni ikan yang Mak Intan pesan,” raffiq menghulurkan plastik yang berisi ikan itu kepada Mak Intan.

“mak Intan nak buat kenduri ke? Beli ikan banyak² ni? Selalu nya Beli 2,3 ekor je”

“ehh apoo kamu ni fiq,ni alis nak balik tu yang Mak Intan nak masak special sikit asam pedas ikan Pari ermmm sedap Kan?”

“uishh,sedap tu asam pedas ikan Pari.. Seronok lah Mak Intan ehh anak kesayangan nak balik ”

“mestilah Seronok,nanti Malam datang lah rumah Mak Intan makan asam pedas ikan Pari ehhh”

“ehh tak per lah,saya makan kat rumah sendiri je segan saya Mak Intan"

"Lahh nak segan buat apa,bukan kamu tak kenal si alis Tu tak Der Malam ni kamu datang yer! Mak Intan Tunggu”

“err..Okey lah ermm saya dah nak kena pergi dah ni nak hantar ikan kat rumah orang lain pulak Assalamualaikum” raffiq terus ke Arah motornya Dan beredar Dari perkarangan rumah Mak Intan itu. Mak Intan memerhati raffiq hingga hilang Dari pandangan nya.

“ni kalau aku jodohkan Dengan si alis,bertuah aku dapat menantu hensem dengan rajinnya memang cukup pakej!” ujar Mak Intan sendiri sambil Tersengih lalu masuk ke Dalam rumahnya Untuk mula memasak.

TOK TOK TOK 

Bunyi ketukkan Pintu itu mengejutkan alis yang sedang berkemas Untuk pulang ke kampung itu alis terus melangkah kakinya ke arah pintu untuk membuka pintu sebaik pintu Di buka dia melihat inara berada Di hadapannya itu dia hairan apabila wajah inara baru Sahaja Lepas menangis.

“ehhh kenapa ni?kau baru Lepas nangis ke babe?” soal alis.

Inara terus memeluk erat kawannya itu,alis menggosok belakang kawannya itu

Alis menghidangkan makanan Dan minuman di atas meja Tamu,lalu melabuhkan punggungnya di sebelah inara yang sedang duduk termenung itu.

“alis Aku ni jadi anak teruk sangat ke?,sampai mama tak pernah Sayang aku” bicara inara sambil termenung.

alis memegang tangan inara,dia memandang wajah inara Yang sedang di ulit kesedihan.

“kau janganlah cakap macam tu,kau macam tak tahu mak kau Tu macam mana dah lah jangan sedih-sedih”

“macam mana Aku tak sedih alis, Aku dapat tahu ariff curang dengan mama depan Mata Aku! Aku tangkap diorang kat Bilik hotel” air Mata inara menitis.

“hah?,kau biar betul?” alis seolah tidak Percaya apa Yang Baru Sahaja inara sampaikan sebab Setahu dirinya ariff bukan seperti itu.

“tak guna betul lah si ariff ni! , depan pijak semut pun tak mati rupanya! Hishh kalau aku dapat si ariff ni Aku patah-patahkan tulang rusuk dia! ” alis melepaskan geramnya pada ariff.

inara hanya mampu tersenyum pudar, matanya mula terhenti apabila terpandang beg yang di ISI dengan baju-baju alis.

“kau nak pergi mana alis dengan beg baju ² ni?” soal inara dia mengalihkan pandangan nya memandang ke Arah alis kembali.

“aku nak balik kampung dah lama tak jumpa mak Aku rindu gilerr tahu tak” ujar alis. inara tersenyum memandang ke arah alis.

“bestnya Ada Mak Bukan macam aku ni Ada Mak tapi macam tak Der Mak Kan?”

“hishh apa cakap macam Tu,ermm kau nak tak ikut Aku balik kampung?”

“ermm tak per ke aku ikut?,lagipun tak sempat punya nak ikut sebab baju² aku pun tak kemas lagi and satu lagi Aku malas nak balik rumah sana” jelas inara.

“alahaii badan kau dengan Aku lebih kurang Sama je,kau pakai je lah baju aku jom lah nara kalau Ada kau lagi best tak Der lah Aku sorang² kat sana” ajak alis lagi.

“hermm boleh lah lagipun Aku duduk sini bukan Ada sesiapa pun?”

“hah betul Tu Entah² kat Sana nanti jumpa jodoh ke mana tahu Kan?”

“euwww tak Der maknannya jodoh,Aku dah malas nak bercinta tahu tak”

“elehh yer lah tuu,dah jom gerak nanti kalau gerak lambat sampai lambat pulak”

Inara hanya menggangguk perlahan Lalu Mengikut jejak langkah alis.

SELEPAS beberapa jam memandu akhirnya mereka tiba Di kampung halaman alis iaitu kedah. alis merengang Kan sedikit badannya Yang terasa kebas Akibat memandu itu dia mengerling di sebelah dia melihat inara terlena lalu alis mengejutkan inara sehingga lah inara tersedar sebaik Mata dia buka dia sudah sampai Di hadapan Rumah alis Hari pun sudah Makin senja.

“jom keluar nara” ajak alis lalu keluar Dari kereta diikuti oleh inara Dari belakang terlompong mulut inara melihat rumah Di hadapannya itu selama dia hidup 24 tahun ini adalah pertama kalinya dia melihat rumah kampung sebab dia Tidak mempunyai kampung.

“oii tutup mulut Tu Kang masuk lalat pulak” usik alis. Inara Tersengih malu.

“assalamulaikum Mak,ohh Mak!” laung alis. Dengar Sahaja suara anaknya itu dengan kelam-kabut Mak intan keluar Dari rumahnya itu dengan pantas Mak Intan memeluk alis dengan erat. Inara hanya Jadi Menonton menyaksikkan Mak intan Yang terlalu merindui anaknya. Inara juga berharap kalau Satu Hari nanti dia dapat memeluk maknya seperti itu juga.

“ya Allah, rindunya mak dengan kamu alis” ucap Mak Intan nampak sahaja wajah anaknya  serta-merta Rasa rindu itu hilang. Pelukkan Di leraikan air matanya Yang bertakung Di Mata Alis di kesat sedikit.

“ehhh lupa pulak alis nak kenalkan ni inara bff forever alis” ujar alis sambil tersenyum.

“ohhh,Cantik orangnya” puji Mak Intan. Inara menyalam tangan Mak intan sambil tersenyum.

“hahah memang ramai cakap ehehe” inara Tersengih. Alis mengherotkan mulutnya sedikit.

“ermm meh lah masuk nak maghrib Dan ni jom Lepas solat Kita makan Mak ada masak inara pun jemput makan ya?”

Inara menggangguk perlahan sambil tersenyum,alis pun terus masuk ke Dalam rumah diikuti oleh inara Dan Mak Intan.

MEMBULAT Mata inara melihat lauk-pauk Yang terhidang Di atas meja aroma bau setiap makanan masuk ke Dalam hidung nya bau Sahaja sudah membuat Kan dirinya tertarik apa lagi nanti menjamu selera.

“hah jemput lah makan ya Nara jangan segan²” ujar Mak Intan mesra.

“terima kasih mak cik,”

“ehhh tak payah mak cik² lah panggil Mak Intan je ehh Kan mesra bunyi nya Tu”

Inara hanya menggangguk perlahan, sebaik ingin dia mencapai sudu Untuk Di senduk nasi buat dirinya satu laungan suara masuk ke Dalam gegendang Telinganya.

“hah sampai pun,Mak ingat dia tak datang” bicara Mak Intan.

“siapa datang mak?” soal alis lalu dia menyua Kan nasi ke Dalam mulutnya.

“raffiq,Mak jemput dia makan sekali petang tadi sajer lah makanan banyak ni”

“ohh abang raffiq,”

“tak per lah Nara dengan Alis makan dulu ya?” sebaik Mak Intan ingin Bangun.

“ehh Mak intan makan je biar Nara pergi buka pintu lagipun Mak Intan Kan tengah makan Tu tak elok lah Nara pun tak mula makan lagi ni tak per ehh Nara buka Kan pintu Okey?” ujar inara lalu bangun Dari kerusinya.

“ermm Okey lah” balas Mak Intan Lalu duduk kembali Di tempat nya.

Inara terus bangun Dari kerusi Dan menapak ke Arah pintu untuk Di buka pintu..

TOK! TOK! TOK ! PINTU Di ketuk dengan cepat inara melangkah ke Arah pintu dia memulas Tombol pintu rumahnya itu sebaik pintu Di buka.

Wajah raffiq berkerut apabila Dia melihat Seorang perempuan Yang tidak biasa Di lihatnya. Mulut inara  terlompong memandang raffiq Yang berada Di hadapannya itu.

“err... Aku Salah rumah ke apa? Ehh tapi betul lah rumah ni” bisik Hati raffiq sendiri.

“ermm ni rumah Mak Intan Kan?,kau siapa? Mana Mak Intan?” soal Raffiq sambil memandang wajah inara.

“ni ke jodoh Aku Yang macam alis cakap dengan aku tadi?” bisik Hati inara sambil Tersengih-sengih memandang wajah raffiq.

BERSAMBUNG....

Share this novel

DHIA AMIRA.
2020-12-19 02:33:31 

ff


NovelPlus Premium

The best ads free experience