BAB 6:TUA KE MUDA?

Romance Completed 113839

RAFFIQ melabuhkan punggungnya di kerusi setelah penat Berkerja, Mungkin dia terlebih penat Hari ni kerana Di kacau oleh inara semalam. Raffiq mengerling jam di dinding melihat pukul 7 petang sudah dia perlu bersiap-siap ke masjid supaya tidak terlewat Untuk berjemaah di masjid.

Inara Yang sedang duduk Di sofa hairan apabila Melihat Mak Intan Dan alis sedang bersiap-siap dengan berpakain telekung mungkin ingin menunaikan solat maghrib Yang Akan masuk tidak lama lagi.

“nak solat kat masjid ke Hari ni?” soal inara lalu bangun Dari sofa Dan ke Arah alis Dan Mak Intan.

Alis menggangguk,

“ohhh,kalau kau dengan Mak Intan pergi Aku nak duduk dengan saper? Rumah ni ader Kita tiga je”

“kalau macam Tu Nara ikut pergi masjid sekali nak?,Mak Intan dengan alis tunggu kat luar ehh” celah Mak Intan.

“hah Okey jugak kejap ehh Nara pergi siap” inara terus meminta diri Untuk bersiap ke masjid.

SAMPAI sahaja Di masjid terus mereka mengambil tempat masing²,inara melabuhkan punggungnya Di karpet dia  perbetulkan sedikit telekung nya Yang agak senget.

“nara kau tunggu sini kejap ehh,aku dengan Mak Aku nak gi Sana kejap” alis meminta diri. Inara hanya sekadar menggangguk perlahan. sebaik Alis Dan Mak Intan beredar suara laungan azan mula berkumandang sungguh merdu sekali suara Yang melaungkan azan itu.

Inara menghayati sungguh azan itu berkumandang,

“suara siapa Yang merdu sangat ni ehh?” soal inara sendiri dia menyelak langsir sedikit Untuk melihat siapa Yang melaungkan azan itu terbeliak biji matanya apabila Dia melihat raffiq Yang sedang melaungkan azan itu dia langsung tidak sangka raffiq dapat melaungkan azan itu dengan sungguh baik sekali. Perlahan-perlahan inara Mengukir senyuman Di wajahnya.

“Mak Kau raffiq” Latah inara apabila satu tangan menyentuh Bahunya lantas dia menoleh ke belakang Dan melihat alis Dan Mak Intan berada Di belakangnya dia Tersengih malu Di buatnya.

“kau ni dah kenapa?,cepat bangun nak mula solat dah ni” ujar alis. Lantas inara bangun Dan memulakan solat bersama Yang lain.

ALIS bercekak pinggang apabila inara masih tak nak pulang alasannya ingin menunggu abang raffiq.

“weyh Nara jom lah balik Aku dah mengantuk ni,abang raffiq dia memang selalu keluar lambat Dalam pukul 11 baru dia balik sebab Nak kemas masjid” ujar alis.

“haishh kau balik lah dulu,lagipun Mak Intan sorang² kat rumah Tu kau balik dulu ehh Aku balik dengan abang raffiq Okey?” ujar inara sambil mengenyit Mata ke arah alis. Alis mengeluh perlahan.

“hermm yer lah” alis terus beredar meninggal kan inara Yang Masih setia menunggu raffiq pujaanya hatinya itu.

Inara menguap panjang dia melihat jam Di pergelangan tangannya sudah menunjukkan pukul 11 Malam sudah sejam lebih dia menunggu abang raffiq tapi Masih belum keluar lagi..

“haihh baik Aku balik je lah Mata dah macam Panda dah ni” inara menutup mulutnya Akibat menguap.. sebaik dia ingin beredar dia melihat Raffiq sedang keluar Dari masjid. Inara menepuk Kedua belah pipinya supaya mengantuk itu hilang dengan serta merta.

“abang raffiq!” jerit inara sambil melambaikan tangannya ke arah raffiq. Raffiq terus menoleh ke Arah suara Yang memanggil namanya itu.

“aduhaii,apa lah masalah dia ni” bisik Hati raffiq sendiri lalu menapak ke Arah inara.

“mana Mak Intan? Asal kau tak balik lagi ni?” soal Raffiq dingin.

“nara tunggu abang raffiq lah,by the way suara abang raffiq azan tadi memang daebak!” ujar inara sambil menunjukkan thumbs up.

“debak?,Bahasa apa kau cakap ni hah? Kau jangan nak merepek boleh tak”

“aduhaii abang raffiq ni tak layan drama korea ke?,” inara menyilang tangannya.

Raffiq menggelengkan kepalanya, dia meraup rambutnya dengan kasar.

“dah lah kau pergi balik,Aku nak balik dah ni” ujar raffiq lalu terus melangkah kakinya untuk beredar.

“ehh tunggu lah!” ujar inara lalu Mengikut jejak langkah raffiq dengan cepat.

SEPANJANG perjalanan pulang ke rumah tiada satu pun suara raffiq keluar,inara hanya mengeluh Setahu dirinya si raffiq ni boleh bercakap.

“abang raffiq” panggil inara memecahkan kesunyian. Raffiq memberhentikan jejak langkah nya lalu menoleh ke Arah belakang dia melihat wajah inara muncung tidak langsung tersenyum.

“apa benda?” soal Raffiq acuh tak acuh.

“abang raffiq ni memang tak suka banyak cakap ke?,bosan betul lah! ”

“aku bukan tak suka tak bercakap cuma kalau dengan orang macam kau ni automatik Aku tak suka bercakap! Boleh tak kau jangan kacau Aku! Serabut tahu tak” ujar raffiq agak kasar.

“nara bukan nak kacau,Nara nak berkawan takkan Tu pun Salah?”

Raffiq rolling eyes!

“kalau kau nak berkawan kau pergi berkawan dengan orang lain sebab Aku tak berminat nak kawan dengan kau faham!” suara raffiq sedikit kuat lalu terus meneruskan perjalanan nya meninggal Kan inara Di belakang.

“Ahhhh!!!” jerit inara Dengan kuat.

Dengar Sahaja suara inara menjerit Di belakang nya dengan pantas raffiq memusing ke Arah belakang Dan berlari ke Arah inara.

“kau kenapa ni?” raffiq cemas.

“tak Der pape saje test vokal bye abang raffiq jumpa esok! Hahahahhaha” inara melepaskan tawanya lalu meninggal Kan raffiq terkulat-kulat Di belakang itu.

Raffiq mengengam penumbuknya dengan kemas..

“hishh budak ni tunggu lah satu Hari nanti Aku hempuk betul-betul! sabar raffiq! Sabar!” bicara raffiq sendiri sambil mengurut Dadanya.

****
“ASSALAMUALAIKUM” laung suara raffiq Di Luar rumah.

Inara Yang berada Di ruang Tamu terus mengukir senyuman apabila mendengar suara raffiq, alis ingin Bangun Untuk membuka pintu terus Di halang oleh inara. Inara terus melangkah kakinya ke arah pintu untuk membuka pintu.

“waalaikumussalam,abang raffiq!” ujar inara sambil meneruni tangga. Raffiq Berdegus apabila Melihat wajah inara Di hadapan itu.

“hishh asyik muka kau je, mana Mak Intan?” soal Raffiq malas.

“abang raffiq pun Sama je! Asyik Mak Intan je ke abang raffiq syok kat Mak Intan hah!” suara inara Di tekan sedikit.

“haah asal?”

“what!, Taste abang umur macam Mak Intan ke?” inara terkejut dengan kata-kata Dari raffiq itu.

“dah kau ambik ni bagi Mak Intan,and satu lagi aku nak Minta tolong sikit boleh?”  ujar raffiq sambil menghulurkan plastik Yang berisi ikan.

“hah? Minta tolong boleh² Minta tolong aper?” soal inara Dengan teruja.

“minta tolong stop panggil Aku dengan panggilan abang raffiq Tu Aku geli serius!”

“geli?, kira Okey lah Tu Nara panggil abang raffiq daripada Nara panggil Pak Cik raffiq! Hah!” inara ketawa kecil.

Raffiq mengecikkan matanya memandang ke Arah inara,

“kau macam lah muda sangat!,nak kata orang Tua!”

“alahaii Koyak pulak Dia ni,ehhh lagipun nara memang lah muda lagi”

“apa² je lah dah Aku nak balik jangan lupa bagi Mak Intan Ikan tu” raffiq  terus meninggal Kan inara Yang berada Di hadapan Pintu itu.

“elehh dah Tua Tu mengaku je lah hahahah” gelak inara sendiri lalu masuk ke rumah semula.

RAFFIQ melabuhkan punggungnya Di sit motor  selepas selesai semua kerjanya dia menilik wajahnya Di set-miror  motor.

“aku nampak Tua ke sangat ke?,” soal Raffiq sendiri.

“oii raffiq kau dah kenapa macam nak masuk Dalam cermin tu” tegur abang muiz Dari tadi lagi dia melihat Raffiq tidak berhenti-henti memandang cermin.

Raffiq Tersengih dia menggaru kepalanya Yang tidak gatal itu,

“ermm abang muiz saya nak Tanya sikit ni” ujar raffiq segan Pula dia ingin Tanya.

“tanya apa pulak kau ni?”

“Ermmm muka Saya ni nampak tua sangat ke?”

“mana ada, lagipun kau bukan Tua apa haishh soalan kau ni pelik² lah” abang muiz menggelengkan kepalanya.

“tapi kenapa Ada sorang manusia ni kata saya tua?,”

“manusia?,manusia mana satu pulak ni?”

“ada lah segelintir manusia tu, Ada ke dia Kata saya tua! Geram je”

“maksud kau inara?” ujar abang muiz.

“hermm” balas raffiq acuh tak acuh.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience