PERKAHWINAN Di Antara Inara Hudairah Dan Muhammad Raffiq pun berlangsung,Inara berharap Perkahwinan nya akan menjadi satu lembaran hidup baru bagi dirinya Dan Di percaya dia Tidak Salah memilih Muhammad Raffiq sebagai Suaminya itu.
Alis merenung wajah inara yang sedang bersolek itu,inara mulai perasan kawan baiknya itu tidak lengkang memandang wajahnya itu.
“jangan risau nanti turn kau pun Akan tiba don't worry” gurau inara sambil Tersengih memandang alis. alis hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum kecil.
“aku harap kau bahagia nara,ingat tau aku sayang kau sangat” ujar alis sambil membetulkan rambut inara supaya terlihat lebih kemas. Inara tersenyum memandang alis.
Mak Intan memulas Tombol pintu bilik,Dan melihat inara dan alis sedang bersembang dia tahu anaknya amat sedih Dengan Perkahwinan di antara inara dan raffiq tapi dia perlu redha jodoh raffiq adalah bersama inara.
“nara,jom nak mula dah ni alis bawak inara turun bawah ya?” Arah Mak Intan. Alis Mengikut perintah Mak Intan.
“jom babe?”
Inara terus bangun Dari kerusi Dan Mengikut jejak Langkah alis,alis memimpin tangan inara untuk keluar Dari biliknya.
TAN SRI MEGAT melabuhkan punggungnya di sebelah Raffiq, berdebar-debar raffiq Di buatnya dia memandang tan Sri Megat Di sebelahnya itu dia hanya tersenyum nipis.Tan Sri Megat berbisik Di cuping telinga raffiq.
“jaga anak papa baik²,jangan sesekali pun raffiq sakitkan Hati dia jangan sesekalipun raffiq berkasar dengan dia jangan buat inara sedih sayang inara sepenuh Hati raffiq” pesan tan Sri Megat air matanya Bergenang sungguh berat dia ingin melepaskan anak Perempuan nya itu.
Raffiq hanya menggangguk perlahan,bunyi jejak langkah kedengaran Dan itu adalah inara raffiq memerhati inara Yang sedang turun Dari anak tangga sambil Di pinpim oleh alis sungguh Manis wajah inara itu.
Inara melabuhkan punggungnya Di atas pelamin sambil Di temani Puan hasnah,alis Dan Mak Intan dia mengenyit Mata nya ke Arah raffiq Yang sedang duduk tidak jauh dengannya itu sungguh kacak sekali raffiq mengenakkan baju pengantin berwarna merah jambu iaitu pilihannya itu.
“baik Mari Kita mulakan ya?,semua sudah ada” tok Kadi itu bersuara.
Raffiq memandang inara Yang berada Di Atas pelamin itu,dia merenung lama wajah inara dia takut kalau Satu Hari nanti janjinya pada tan Sri Megat Akan mungkir.
“raffiq?” panggil tan Sri Megat. Raffiq tersedar Dari lamunannya dia melihat Tok Kadi sudah menghulurkan tangannya. Perlahan-perlahan raffiq mencapai salaman Dari Tok Kadi itu.
“Muhammad Raffiq bin Muaz aku nikahkan dikau dengan inara hudairah binti tan Sri Megat dengan mas kahwinnya RM 400 ringgit tunai!”
Perlahan-perlahan raffiq menarik nafas nya,Dan Di Lepas perlahan-perlahan.
“aku terima nikahnya Inara hudairah binti tan Sri Megat dengan mas kahwinnya RM 400 ringgit tunai” balas raffiq.
“sah?, Alhamdullilah” ucap tok Kadi lalu memulakan bacaan doa. Raffiq mengerling ke arah inara Yang sedang duduk Di atas pelamin.
“alhamdulilah” ucap tan Sri Megat matanya mulai kabur kepalanya mula pening Dan perlahan-perlahan badannya rebah. Sebaik tan Sri Megat rebah inara Dengan kelam-kabut bangun Dari pelamin lalu ke Arah tan Sri Megat.
“papa? Papa! ” panggil inara sambil mengoncangkan badan tan Sri Megat namun tiada sahutan. Keadaan mulai cemas air Mata inara sudah bergenang. Kata-kata Dari tan Sri Megat tergiang-Giang Di Dalam kepala raffiq.
“papa kenapa ni! Bangun lah! Papa!! Mak cik hasnah kenapa dengan papa ni! Papa bangun lah!! Jangan tinggalkan nara!” air Mata inara mula bercucuran.
Air Mata Puan hasnah turut mengalir perlahan,dia memeluk erat inara Yang berada Di sebelahnya itu.
“papa! Jangan tinggalkan nara!” jerit inara Dengan kuat berselang bunyi tangisan. Raffiq memerhati inara Di sebelahnya itu gadis itu menangis! Merintih! hatinya turut sebak lalu dengan pantas dia membawa inara ke Dalam dakapannya sambil menggosok belakang inara dia menenangkan inara Yang sedang menangis teresak².
“abang raffiq!,papa tinggalkan nara!” teresak² inara menangis.
SIRAMAN air mula basah Di permukaan tanah itu, sambil Di temani air Mata,inara memegang Batu Nisan Yang berdiri Tegak itu dia seperti tidak Percaya rupanya tan Sri Megat menghidap kanser tahap 4 tidak pernah sekali pun tan Sri Megat memberitahu tentang penyakit nya.
“nara dah lah tak elok kau nangis macam ni kat depan kubur” pujuk raffiq.
“kenapa papa tak bagitahu Nara,kenapa papa tinggalkan nara? Nara cuma Ada papa papa je Yang Nara ada” air matanya semakin laju mengalir.
Raffiq mencapai tangan inara lalu Di gengam kemas,inara memandang ke Arah raffiq. Wajahnya lencun dengan tangisan.
“siapa kata papa sorang je Yang kau ada, aku Ada Kan?aku Akan selalu Ada dengan kau. Kau isteri Aku sekarang ni aku Akan Jaga kau inara” ujar raffiq dia mengesat air Mata inara Yang semakin laju mengalir.
“dah lah,papa tak suka tau kalau tengok kau macam ni,mesti dia sedih jom balik? Nak hujan dah ni dah jangan nangis lagi”
“jom Mak cik hasnah?” ujar raffiq. Puan hasnah mengesat air matanya itu lalu bangun dia mencapai payung Dan beredar.
“jom inara,Mak cik tunggu kat kereta ya?” ujar Mak cik hasnah lalu membuka payung yang berada Di sebelahnya itu. Inara sekadar menggangguk perlahan.
Inara Dengan perlahan-perlahan bangun dia memerhati kubur tan Sri Megat,air matanya seperti tidak boleh berhenti mengalir dia Masih tidak puas lagi meluangkan masanya dengan tan Sri Megat tapi kenapa tan Sri Megat meninggalkan dirinya itu.
Raffiq membuka payung yang berada Di sebelahnya itu,dia memegang kemas tangan inara lalu mereka pun beredar Dari kubur itu..
“selamat tinggal papa,nanti Nara datang lagi ya?” bicara inara sendiri.
TAN SRI MEGAT CEO MUTIARA EMAS MENINGGAL DUNIA SEBENTAR TADI,
Tersembur air kopi Yang Di minum oleh Puan Sri mawar apabila membaca artikel Yang Tertera Di Handfone nya itu,dia seperti tidak Percaya apa Yang Baru Sahaja Di bacanya itu.
“dah mati rupanya,bagus lah Tu! hahahahahahahah” berdekah Puan Sri mawar ketawa.
“ehh kejap,kalau orang Tua ni mati harta dia semua mesti jatuh kat tangan inara?Dan Aku boleh Minta inara Untuk tukar Nama dia kat Nama Aku!ya betul Tu! Hahahahahahahah bijak kau Puan Sri mawar!” Puan Sri mawar ketawa dengan nada sinis.
INARA melabuhkan punggungnya Di kerusi Yang berpandangan kolam ikan,dia memeluk erat baju tan Sri Megat air matanya bercucuran membasahi pipinya itu selama dia Hidup ini hanya papa Sahaja lah Yang selalu bersamanya nak harap Kan mama?Yang tahu duit je lah!
Raffiq menyentuh bahu inara, terkejut inara apabila seseorang memegang Bahunya dia menoleh Dan melihat itu adalah raffiq dia mengesat air matanya yang sedang mengalir itu semakin Di lap semakin laju air Mata itu mengalir.
Perlahan-perlahan raffiq melabuhkan punggungnya Di sebelah inara,dia tahu waktu sebegini lah dia Di perlukan Untuk menenangkan inara Yang sedang Di ulit kesedihan Yang terlampau itu.
“janganlah nangis dah,kau kuat kan?mana inara Yang happy memanjang Tu? Ni bukan inara Yang Aku kenal” raffiq Cuba memujuk.
“nara tak kuat abang raffiq..Nara lemah..
abang janji dengan Nara Yang abang takkan tinggalkan nara walau apa pun Yang Jadi sebab Nara dah tak Der siapa² dah” inara mengesat air matanya Yang semakin mengalir itu.
“takkan aku nak tinggalkan kau,kau isteri aku Kan sekarang ni inara?dah jangan nangis kau kuat Kan?jom solat Isyak kau tak solat lagi Kan?” ajak raffiq.
Inara menggangguk perlahan,dia terus bangun diikuti oleh raffiq Untuk menunaikan solat Isyak Yang Masih belum Di laksanakkan.
BERSAMBUNG....
Share this novel