BAB 32:MISI MEMIKAT

Romance Completed 113839

INARA menghulurkan tuala dan baju Untuk di gantikan oleh raffiq. Raffiq mencapai.

“terima kasih” ujar raffiq sambil memandang Ke arah inara.

“hermm” balas inara acuh tak acuh sebaik ingin berlalu pergi raffiq memegang lengan inara. Sehingga jejak langkah inara terhenti.

“maafkan aku nara” ujar raffiq. Inara terus menepis tangan raffiq.

“bilik awak kat atas,saya nak tidur dulu” inara terus meninggalkan Kan raffiq Sendirian di situ.

raffiq memerhati tuala di tangannya itu,dia mengeluh perlahan...

INARA melabuhkan punggungnya di kerusi meja makan, dia melihat Raffiq masih belum turun untuk bersarapan. Tapi dia malas ingin memanggil raffiq turun makan. Ada kaki Kan? So turun sendiri!

“mana raffiq nara?” soal Puan sri mawar lalu melabuhkan punggungnya di sebelah inara.

“entah” jawab inara bersahaja lalu di gigit roti itu.

“haihh mama tahu nara ada masalah dengan raffiq tapi jangan lah buat macam ni tak baik tau,raffiq tu Masih suami inara tau”

“habistu apa Yang Dia buat kat nara sebelum ni baik lah?,buat apa maa teruskan hubungan kalau tak Der kepercayaan Dalam diri tu. dah lah Nara malas nak fikir Nara nak pergi kerja” inara mencapai Beg tangannya itu lalu terus beredar.

Raffiq mendengar kata-kata inara sebentar tadi itu, hatinya agak sedih apabila inara betul-betul ingin mengfailkan pencerain itu.

TOK TOK TOK

BUNYI pintu pejabat di ketuk kedengaran,

“masuk” ujar inara matanya masih tertumpu di skrin yang sedang di tatap olehnya itu. dia terkejut apabila melihat Mak cik hasnah berada di hadapannya itu.

“ibu!” inara teruja lalu bangun dari kerusi dan memeluk ibu hasnah dengan erat. Dia amat merindui Mak tirinya itu.

“ibu kenapa lama tak datang tengok nara, Nara ingat ibu dah lupa nara” inara memuncungkan mulutnya itu.

“maaf ehh,nara ibu sibuk sikit sebab Jaga Mak ibu sakit. Ermm kamu dengan raffiq macam mana Okey semuanya? Ibu pasti mesti Seronok Kan Kehidupan Nara sekarang?”

wajah inara yang mengukir senyuman itu perlahan-perlahan hilang dari wajahnya itu, Dia Mengeluh perlahan. Ibu hasnah mulai perasaan riak wajah inara berubah apabila dia bertanyakan tentang berakaitan raffiq.

“kenapa ni nara?” soal ibu hasnah.

“nara dengan raffiq akan berpisah tak lama lagi,nara rasa hubungan Nara dengan raffiq tak Der penghujungnya lagi” jawab inara lemah.

“walau apa pun masalah cuba lah perbaiki,Dalam rumah tangga ni Ada pasang surutnya takkan inara nak berakhir dengan berpisah? nara masih sayangkan raffiq Kan?”

“ya memang nara Sayang kan raffiq tapi Tu dulu sekarang ni,tak lagi nara dah tawar hati ibu Hati Nara sakit sangat dengan kelakuan dia tu” ujar inara air matanya mula bergenang.

BUNYI ketukkan pintu bilik inara kedengaran dia menguap panjang,jam di sebelahnya di lihat dia terkejut melihat jam baru menunjukkan pukul 4 pagi. Makhluk mana pulak lah kacau tidurnya ni! Inara terus bangun dari katil lalu dia memulas Tombol pintu biliknya. Sebaik pintu di buka dia melihat raffiq berada di hadapannya itu.

“awak buat apa depan bilik saya ni?,tahu tak sekarang pukul 4 pagi!” degus inara sambil menggosok matanya itu.

"Hai and good morning inara,err.. aku datang sini nak bagi kau sarapan pagi!” raffiq menghulurkan sepinggan sandwich kepada inara. Inara mencapai sepinggan sandwich itu dia Masih terpinga-pinga.

“sarapan pagi?,awak tahu tak sekarang ni pukul berapa tak reti tengok jam ke apa?” inara menguap lagi.

“kalau dulu kau boleh ketuk pintu Rumah aku pukul 4 pagi Untuk bagi sarapan takkan aku tak Boleh ketuk pintu bilik kau 4 pagi untuk bagi sarapan? Okey lah aku pergi dulu jemput makan” raffiq tersenyum ke arah inara lalu terus meninggalkan inara yang masih terpinga-pinga itu.

'dia masih ingat lagi aku pernah bagi sarapan pukul 4 pagi?'

Nota kecil yang terselit di sebalik sandwich itu di capai...

Aku sayang kau,inara hudairah...

“ingat senang kau nak tawan hati aku balik?,kalau dulu aku terkejar-Kejarkan kau! Sekarang ni aku nak kau pulak terkejar-Kejarkan Aku!” ujar inara sendiri lalu terus masuk ke dalam Bilik kembali.

RAFFIQ melabuhkan punggungnya di sebelah inara, inara mengeluh kasar lalu dia menjarakkan jaraknya dengan raffiq. Bila di jarak raffiq mulai mendekat.

“hishh! Boleh tak awak balik rumah awak saya tak suka tengok awak kat sini tahu tak!” inara menjeling ke arah raffiq.

“kau tak suka tengok muka aku?,bukan dulu kau kata kalau tengok muka aku terus kenyang lah itu lah ini lah” balas raffiq sambil tersenyum ke arah inara.

“tu dulu, sekarang ni bila tengok rasa nak tumbuk² je” balas inara sambil menjeling tajam ke arah raffiq.

“ohhh,lain betul lah inara hudairah sekarang ni Kan? Tak Sama macam aku kenal dulu”

“dah lah raffiq awak buat lah apa pun, keputusan saya Untuk bercerai dengan awak takkan berubah” inara menyilang tangannya itu lalu bangun dari sofa Dan meninggalkan raffiq Sendirian di situ.

“hermm,tak per² sabar raffiq kau boleh tawan balik Hati perempuan psiko ni” bicara raffiq sendiri.

RAFFIQ menghulurkan sekutum bunga mawar kepada inara, sambil tersenyum. inara mencapai Bunga mawar tersebut lalu di buang ke Dalam tong sampah lalu terus meninggalkan raffiq terkulat-kulat di situ.

“macam tu je dia buang?,penat-penat aku beli Hishh!” ngeluh raffiq. 

PUAN SRI MAWAR menghampiri raffiq yang sedang duduk termenung itu,

“raffiq kena sabar lah sikit perangai inara tu” ujar Puan Sri mawar.

“ermm,tak per lagipun nara Jadi macam tu pun sebab  raffiq semua Salah raffiq” ujar raffiq sambil Tersenyum nipis.

“mama yakin raffiq boleh buat Nara jatuh Cinta dengan raffiq Kali kedua,mama tahu Hati Nara Tu lembut..”

“tapi kalau di  takdirkan memang raffiq dengan nara jodoh kitaorang sampai sini je,raffiq Minta maaf sebab Luka Kan Hati nara dan tak Jaga Nara dengan baik”

“raffiq dah Jaga Nara dengan baik dah pun,lebih baik Dari mama Jaga Nara.. raffiq yang ada dengan Nara masa sedih biasalah alam Perkahwinan mesti lah Ada Ujian.. mama nak raffiq kuat ya?” Puan Sri mawar tersenyum ke arah raffiq.

“insyallah maa” balas raffiq.

“ermm raffiq pergilah office Nara buat suprise apa²,mesti dia suka tau”

Raffiq tersenyum sambil menggangguk.

INARA melabuhkan punggungnya di kerusi,sejak kebelakangan ni raffiq memang agak lain. Sweet dia lain macam ni mesti kes nak tawan Hati Nara balik lah ni.

*Flashback*

“nak pergi mana tuuu” soal Raffiq sambil tersenyum ke arah inara.

“nak pergi Kerja lah,nak pergi mana lagi!” jawab inara Dengan kasar sebaik ingin masuk ke Dalam perut kereta. Tangan raffiq menghalang.

“hishh apa dia lagi ni!”

“nah bekal,nanti kan lapar susah aku nanti”

“asal awak yang susah pulak?,Yang lapar nanti saya bukan awak”

“sebab aku sayang kau” ujar raffiq.

*End flashback*

perlahan-perlahan inara mengukir senyuman, kepalanya itu di gelengkan... Apabila mengigatkan taktik raffiq nak ngorat dirinya kembali.

Tiba-tiba sahaja kepala inara mulai pusing,tekaknya berasa mual. seperti ingin termuntah dia sendiri tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ni dia asyik pening kepala dan pening-pening.

TING !

satu pesanan masuk ke dalam telefon inara dia melihat pesanan itu daripada ariff.

ARIFF: Hai nara I nak jumpa,I tahu yang you takkan jumpa I kalau I cakap macam ni tapi ni urgent!

“urgent?” soal inara sendiri.

SEJAMBAK bunga di lihat,raffiq menghidu haruman Bunga itu. sejak bila pulak lah Muhammad Nur Raffiq ni sweet? Dia sendiri pun tidak tahu ni mesti terkena sumpahan drama korea lah ni. raffiq amat berharap inara akan menerima sejambak Bunga mawar ini dan sini lah raffiq akan meluahkan segalanya...

“haihh aku harap sangat nara dapat maafkan aku” ujar raffiq sendiri dia mengukir senyuman perlahan-perlahan.

APABILA kelibat inara sudah kelihatan,ariff mengukir senyuman,

“apa Yang urgent nya?” soal inara acuh tak acuh.

“i akan bertolak ke jepun next week,and maybe i takkan balik lagi”

“tu ke urgent? you ingat I kisah ke you nak balik jepun ke atau apa pun”

“ i Cintakan you nara,tapi I tahu I dah sia² kan you and I sedar cinta you bukan Untuk i”

“bagus lah kalau dah tahu,dah lah I nak pergi! Buang masa je lah I jumpa you” sebaik ingin inara melangkah pergi kepalanya kembali pening.

Ariff mulai perasan apabila wajah inara seperti pucat,

“nara you okey ke?” soal ariff..

“okey I okey..” jawab inara sebaik kakinya ingin melangkah dia mula terasa ingin pitam lalu dengan cepat ariff menyambut inara Yang Hampir jatuh itu.

SEJAMBAK bunga yang berada di tangan raffiq itu Jatuh,apabila melihat adegan itu di hadapannya sendiri. Inara mulai perasaan kehadiran raffiq.  

“kau tipu aku lagi Nara?” soal raffiq.

BERSAMBUNG......

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience