BAB 28:HATI TERSAKITI

Romance Completed 113839

BUNYI BAS yang berada di situ kedengaran inara duduk di perhentian bas wajahnya di raup dengan kedua belah tangannya itu air matanya masih lagi tidak berhenti mengalir perlahan. hatinya kecewa bertambah sakit! Sanggup raffiq memperlakukan dirinya begitu. Lagi membuatkan hatinya rasa sedih apabila kawan baiknya sendiri memperlakukan dirinya sebegini.

*Flashback*

Inara perlahan-perlahan bangun dia memaling badannya ke belakang dia melihat alis dan Zulaikha masih berdiri di belakang dirinya itu.

“kenapa alis? banyak² orang kau yang akan buat aku macam ni? aku tak sangka kau sanggup fitnah aku kenapa mesti kau alis seorang kawan yang paling aku percaya tikam belakang aku sendiri” air mata inara mula bergenang.

Alis tersenyum sinis ke arah inara,dia merapatkan jaraknya dengan inara,bahu inara di pegang.

“ermm,kesian lah aku tengok kau Nara tapi sampai bila aku nak kesian tengok kau Kan? aku sebernanya tak nak pun kawan dengan kau lagipun aku dah banyak lah korban Untuk kau apa salahnya kau korbankan diri kau untuk aku pulak?” alis tersenyum sinis ke arah inara.

Inara menepis tangan alis yang sedang memegang Bahunya itu,dia memandang wajah kawannya itu.

“kenapa kau buat semua ni?,apa salah aku kat kau hah?”

“memang Salah!,kau rampas raffiq dari aku! dulu masa aku suka ariff kau rampas jugak! Bila aku suka raffiq kau rampas jugak! Tapi padan muka kau kan ariff curang dengan kau! Dengan Mak kau sendiri pulak Tu haihh kesian betul lah Jadi inara hudairah ni Kan?” alis tergelak sinis.

Inara terkejut apabila alis mengatakan dia mencintai raffiq dan juga ariff,inara tidak pernah tahu langsung bahawa alis pernah menyimpan perasaan terhadap ariff Dan raffiq.

“k..kau suka raffiq? Ariff?”

Alis menjeling tajam ke Arah inara,bahu inara Di tolak kasar.

“tapi kau rampas dua²! Sakit Kan bila orang Yang kau sayang kena rampas macam Tu lah Sakitnya hati aku masa kau rampas raffiq dengan ariff!” tengking Alis dengan Kuat.

“kalau kau cakap Kau suka raffiq kau Cintakan raffiq aku takkan kahwin dengan raffiq Tapi kenapa baru sekarang kau cakap? ”

Jika inara tahu alis mencintai raffiq dia pasti dia akan menjauhi dirinya pada raffiq terlebih dahulu inara lebih rela hilang seorang lelaki daripada hilang seorang kawan baik.

“dah lah lagipun aku akan dapat raffiq dah,so kau boleh berambus lah ehh! Nanti aku bagi kau kad kahwin aku dengan raffiq tau” alis tergelak sinis memandang inara.

“aku takkan lupa apa korang buat dengan aku! Korang fitnah aku! orang Yang Aku percaya tikam belakang aku! tak per aku tahu Allah Tu maha berkuasa satu Hari nanti kebenaran akan terbukti jugak!” ujar inara lalu terus masuk ke bilik untuk mengemas barang² nya sebelum beredar.

*End flashback*

Inara memerhati sekitar perhentian bas itu dia Tidak tahu ke mana dia harus pergi dia tiada hala tuju handfone nya yang berada di Dalam beg di capai sebaik Telefonnya di hidupkan dia terkejut melihat banyak panggilan Dari Puan Sri mawar yang tidak Di jawab. Inara terus menelefon Puan Sri mawar.. hanya Puan Sri mawar Sahaja dia Ada ketika itu.

BUNYI telefon bimbit itu mengejutkan Puan Sri mawar yang sedang termenung jauh tu wajahnya mengukir senyuman melihat nama inara yang tertera di skrin telefonnya memang panggilan Telefon dari inara itu yang dia nantikan.

“hello Nara,nara kat mana?” Puan Sri mawar memulakan perbualan..

“m..ma...mama..m..mama..” esakkan inara mula kedengaran. Puan Sri mawar hairan apabila Dia mendengar suara inara seperti sedang menangis.

“inara kenapa ni?,kenapa ni nara?” ulang Puan Sri mawar dia mula cemas dia takut kalau ada apa-apa Jadi pada inara.

“mama..Nara nak mama..” air Mata inara kembali mengalir perlahan.

“nara kat mana ni?, bagitahu mama.. mama datang ambik nara”

Esakkan tangisan mula kedengaran kuat,dia Tidak dapat menahan sebak lagi.

RAFFIQ memerhati air sungai yang sedang mengalir itu,Bintang yang bertebaran di langit gelap itu lihat dia benar² kecewa dengan inara terlalu kecewa.

“kenapa nara, kenapa kau buat macam ni?kau kata kau sayang kan aku!aku buka pintu Hati Aku Untuk kau ni Yang kau balas kat Aku?” raffiq mengengam penumbuknya dengan kemas.

“raffiq” suara itu mengejutkan raffiq yang sedang duduk termenung itu dia mengesat Kan sedikit air matanya yang mengalir itu. Supaya zulaikha tidak melihat dia menangis.

“kau buat apa kat sini?,pergi tengok alisa dia sorang² tu” ngeluh raffiq. 

“alis kan ada kat rumah tu, dia tengokkan alisa lah jangan risau ehh” zulaikha melabuhkan punggungnya di sebelah Raffiq. Raffiq menjarakkan jaraknya dengan zulaikha. Zulaikha hanya mampu mengeluh perlahan.

“awak tak payah lah fikir pasal dia lagi,saya dah agak dah perempuan macam tu mana boleh hidup susah dia akan asalnya orang kaya”

Raffiq memandang ke arah zulaikha yang berada di sebelahnya itu, zulaikha mengangkat keningnya tanda mengapa.

“kau nak rujuk dengan aku balik kan?” soal Raffiq.

Zulaikha terkejut mendengar kata² dari raffiq memang itu pun dia ingin raffiq katakan pada dirinya itu.. akhirnya rancangan dia Untuk dapatkan raffiq kembali berjalan dengan lancar! Dan dia yakin kalau dia kahwin bersama raffiq kembali azri tidak Akan kacau dirinya lagi!

“saya tak kisah,lagipun saya Masih Cintakan awak raffiq kita mula hidup baru ehh? Bersama alisa” zulaikha tersenyum memandang raffiq.

“bulan depan Kita rujuk balik” raffiq terus bangun dari tempat duduknya itu. Sebaik raffiq sudah beredar, Perlahan-perlahan zulaikha mengukir senyuman bahagia.

Akhirnya!,terima kasih alis sebab kau aku dapat apa yang aku nak!

PUAN SRI MAWAR menoleh ke arah inara yang berada di sebelahnya itu,dia hairan inara hanya termenung dari tadi. Dia tidak tahu bagaimana ingin mulakan percakapan dia pun tidak lah rapat mana dengan inara selama ini dari lahir sekali pun.

“nara kenapa ni Cuba bagitahu mama?” tangan Puan Sri mawar Masih memandu. sesekali dia mengerling ke arah inara yang berada di sebelahnya itu.

inara hanya diam,dia langsung tidak menjawab pertanyaan Puan Sri mawar,tingkap kereta di turunkan secara perlahan-perlahan pandangannya dia buang ke luar. Air Mata mula mengalir perlahan.

“abang raffiq kata dengan Nara,walau apa pun Yang jadi abang takkan tinggalkan nara. Tapi kenapa abang mungkir janji abang akhirnya abang tinggalkan nara” bisik Hati inara. Teresak² dia menangis.

Puan Sri mawar terus memberhentikan kereta di bahu jalan apabila mendengar inara menangis teresak²,dia terus memeluk anak perempuan nya itu. Air Mata inara mula membuatkan baju Puan Sri mawar basah.

“kenapa raffiq tinggalkan nara,dia dah janji dengan Nara Yang dia takkan tinggalkan nara... Dia tipu nara” teresak² inara menangis. Puan Sri mawar menggosok belakang inara Dan kini dia tahu punca inara menangis adalah raffiq.

MAK INTAN terkejut mendengar kata-kata anak perempuan nya itu, wajah rasa tidak bersalah oleh alis di tayangkan.

“bagusnya lah alis ni kan,buat Nara macam tu! Bagus Sangat Mak tak sangka perangai alis buruk macam ni!” marah Mak Intan.

alis terkejut apabila mak Intan terdengar perbualan dirinya itu dengan zulaikha di talian,dengan segera alis mematikan Telefon bimbitnya itu.

“mak tak faham alis kan,alis cintakan abang raffiq! sampai bila hah alis nak berkorban Untuk inara!” suara alis mulai kuat.

PANG!

Satu tamparan Melekat di wajah alis,Mak Intan mengeluh perlahan dia benar² tidak percaya alis mampu berubah sejauh itu.

“alis akan menyesal apa yang alis tengah buat sekarang ni!,sanggup fitnah kawan demi seorang lelaki bagus! Bagus Sangat! ” Mak intan terus meninggalkan alis terkulat-kulat di situ. Pipi yang berasa kehangatan itu di pegang.

BAJU yang di beli oleh raffiq itu di tatap oleh inara, perlahan-perlahan air mata mengalir baju itu mula basah dengan tangisan inara. Dia tidak sangka ini pengakhiran hubungan dirinya dan raffiq cincin yang berada di jari manisnya itu di tatap sebaik ingin dia menanggalkan cincin itu dia seperti tidak sanggup mungkin rasa cintanya pada raffiq terlampau kuat. walaupun raffiq menuduh dirinya macam²! 

Suara raffiq tergiang-Giang Di Dalam fikirannya bahawa dirinya akan kahwin bersama zulaikha,semakin dia ingat kata-kata itu hatinya semakin sakit. dia tipu aku!  Inara terus menekup wajahnya dengan baju yang di beli oleh raffiq itu.

Inara mengesat air matanya dengan kasar, cincin yang berada di jarinya itu di tanggalkan lalu di letakkan di meja yang tidak jauh dengan katil.

“aku benci kau raffiq!!,Aku benci kau alis!sampai bila-bila pun aku akan benci korang dua!” air mata yang semakin mengalir itu di kesat laju.

Baginya dia tidak perlu lagi menagih kasih sayang orang yang tak sudi,dan dia percaya dia akan dapat hidup dengan aman walaupun tanpa kehadiran lelaki bernama Muhammad Nur Raffiq Dan dia tahu dia Tidak perlukan kehadiran lelaki itu yang telah membuang dirinya.

BERSAMBUNG....

Share this novel

noriyah zah
2020-12-24 19:48:02 

tq sis update


NovelPlus Premium

The best ads free experience