RAFFIQ menapak ke arah alis dan Zulaikha,dia tidak sangka langsung alis akan memfitnah inara supaya dapat mengahwini dirinya itu. Seluruh tubuh badan alis menggeletar apabila melihat wajah ketat raffiq yang sedang memandang dirinya itu.
“kenapa?kenapa kau buat macam tu hah!” tengking raffiq dengan Kuat Bergema rumah itu mendengar jeritan raffiq itu. zulaikha di sebelah alis sudah ketakutan melihat amarah raffiq itu. Mak intan hanya sekadar memerhati dari dinding.
“a.. alis..alis.. alis minta maaf,tapi alis buat semua ni sebab alis cintakan abang” air mata alis mula bergenang.
Raffiq mengetatkan giginya itu, penumbuknya itu di gengam kemas. Di sebabkan alis lah dia bergaduh besar dengan inara sehingga dia menghalau inara dari rumah. Kalau ikutkan hatinya ingin Sahaja dia menampar wajah alis ketika itu tapi Di sebabkan depan mak Intan dia mengawal kemarahan nya itu.
“alis tahu tak abang dah buat Salah besar,kenapa ehh? alis kawan baik inara tau tapi kenapa alis sanggup tikam belakang inara sebab alis cintakan abang? Tu ke namanya kawan baik?” raffiq menumbuk dinding yang berada di sebelahnya itu dengan Kuat.
Alis diam membisu dia tidak tahu ingin membalas apa,dia hanya Tertunduk memandang lantai kayu itu. Raffiq memandang ke arah Zulaikha yang berada di sebelah alis.
“aku ingat kau dah berubah tau zulaikha!,kau ni Sama je macam dulu tak suka tengok orang bahagia! kau ni memang tak reti balas budi ehh? Inara bagi kau duduk sekali dengan dia walaupun dia tahu Yang kau bekas isteri Aku! Boleh pulak kau rancang dengan perempuan ni fitnah isteri Aku? Hah! Kau ni memang tak guna lah!” jerit raffiq dengan Kuat.
“aku tak nak tengok muka kau lagi!, alisa aku akan Jaga! Kau tak layak Jaga anak Aku!” tangan Alisa dia tarik hingga ke belakang dirinya itu.
“raffiq tolong lah,saya kena kahwin dengan awak. awak cakap awak nak hidup bahagia dengan saya bersama alisa? Lagipun buat apa awak nak pertahankan inara? awak bukan cintakan inara pun kan” zulaikha memegang tangan raffiq. Dengan segera raffiq menepis tangan zulaikha.
“saper kata aku tak Cintakan dia?,aku cintakan inara Dan kau alis mulai hari ni kau anggap je aku tak pernah kenal kau! Jangan berani kau tunjuk muka kau depan aku lagi!” tangan alisa di pegang dan di bawa ke belakang.
“tak per lah aku bukan kisah sangat pun pasal Alisa ni cuma kau rasa inara tu nak terima kau balik ke? Lepas apa kau buat kat dia?” soal zulaikha dengan sinis.
Jejak langkah raffiq di hentikan,betul apa yang di katakan oleh zulaikha adakah inara akan menerima dirinya itu Lepas apa yang raffiq lakukan terhadap inara. raffiq terus meneruskan perjalanan nya dan beredar dari rumah tersebut.
TANGAN zulaikha di tarik oleh Mak Intan dengan segera Mak Intan menampar wajah zulaikha dengan Kuat. zulaikha terkejut dengan tindakan dari Mak Intan itu pipinya terasa sakit Di tampar kuat oleh Mak Intan.
“kurang ajar kau ehh zulaikha!,aku ingat kau dah berubah tahu tak kau ni memang sampai bila-bila pun takkan berubah Kan!” marah mak Intan.
Zulaikha memandang wajah Mak Intan dengan tajam,
“kau diam lah,kau tak tahu apa-apa!”
“aku nak kau kemas semua baju kau Dan keluar Dari rumah aku, aku tak nak tengok muka kau lagi!”
“kau ingat aku nak duduk sini sangat ke!” balas zulaikha lalu terus dia meluru ke arah bilik untuk mengemas barang² nya dan dengan segera beredar.
Mak intan memandang alis yang masih berdiri itu,wajah alis lencun dengan tangisan dia benar² Rasa Menyesal telah melakukan kesalahan kepada inara.
"Mak rasa kamu bukan anak mak lagi,sebab ni bukan diri anak Mak Yang Mak kenal“ ujar Mak Intan Lalu terus meninggalkan alis terkulat-kulat di ruang Tamu. Badan alis perlahan-perlahan di jatuhkan Di sofa.
Air Mata semakin laju mengalir,semakin Di lap semakin laju air mata mengalir dia Tidak tahu bagaimana ingin membetulkan segalanya kepalanya benar² kusut.
'kau memang kawan yang tak guna alis!,kau memang tak guna!'
RAFFIQ melabuhkan duduknya di katil, rambut nya di raup dengan kasar perlahan-perlahan air mata mula mengalir membasahi pipinya itu. dia amat berasa bersalah terhadap inara.
Telefonnya itu di capai berkali-kali dia mendail nombor inara namun tidak di jawab mungkin inara telah menukar nombor telefon Tanpa ketahuan dirinya itu.
”kau kat mana Nara?,aku Minta maaf..aku Minta maaf inara aku mungkir janji aku untuk tak tinggalkan kau“ bicara raffiq sendiri wajahnya dia tekup dengan kedua belah tangan nya itu.
”aku minta maaf nara“ ujar raffiq sendiri... Dia benar² rasa menyesal.
INARA merebahkan badannya di sofa, matanya tertumpu pada telefon di tekan gallery satu persatu gambar mulai kelihatan. kebanyakkan di gallery inara mempunyai gambar dirinya bersama raffiq. wajah raffiq yang sedang berada di Telefon bimbitnya itu di tatap dan butang delete di tekan. Semua gambar raffiq yang berada di Dalam Handfone inara di padamkan dia sudah tekad untuk buang raffiq dari hidupnya itu. dan gambar terakhir itu membuat kan inara terhenti menekan butang delete apabila itu adalah gambar perkahwinan dirinya bersama raffiq.
”aku tak perlukan kau“ ujar inara sendiri lalu di tekan butang delete. gambar Perkahwinan itu pun di padamkan. Telefonnya itu di campak ke sofa. kepalanya di picit.
PUAN SRI MAWAR memerhati inara yang sedang duduk termenung di hadapan kolam ikan. dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah inara. Sebaik inara mulai perasan Puan Sri mawar berada di sebelahnya itu air Mata Di kesat dengan cepat.
”mama tak suka lah tengok nara asyik sedih je sekarang ni,ni bukan nara yang mama kenal Kan?“
”nara tak tahu macam mana nak hadap semua ni,nara tak kuat maa“ air mata mulai mengalir semula.
”mama tahu anak mama boleh lalui semua benda ni,anak mama seorang yang hebat, berani dan tabah..“ rambut panjang inara itu di belai secara perlahan-perlahan.
TOK TOK TOK
BUNYI ketukkan Pintu itu mengejutkan inara dan Puan Sri mawar,mereka berdua berpandangan mereka hairan siapa pula yang dapat.
”tak per lah biar Nara buka kan“ inara terus bangun dari bangku lalu terus meluru ke arah pintu.
SEBAIK pintu di buka,inara terkejut apabila melihat Raffiq berada di hadapannya itu. Dia tidak sangka dia akan melihat Raffiq berada di hadapannya itu.
”nara maafkan aku“ ujar raffiq suara raffiq mulai serak. sebaik dia memandang wajah inara itu dengan serta-merta perasaan rindu itu mulai hilang. Dia amat merindui wajah inara itu.
BERSAMBUNG...
ermmm..,nak Nara Maafkan raffiq tak? ataupun biar raffiq menderita sampai bila ii >.<
Share this novel
mudahnya Kan. Dah buat Salah Minta maaf. You didn't even give her a chance to explain. just she doesn't easily forgive you