ZULAIKHA memerhati alisa Yang sedang tidur berlapikkan Kotak itu,dia Berdegus.
“kalau aku tak tinggalkan raffiq mesti semua ni takkan Jadi,kalau Ada raffiq mesti dia Akan lindungi aku dengan alisa.. kau bodoh zulaikha! Lelaki sebaik raffiq Tu kau tinggalkan demi azri tak guna Tu!” zulaikha mengengam penumbuknya dengan kemas.
Tiba-tiba Sahaja satu idea masuk ke Dalam fikiran zulaikha Dan dia pasti idea itu pasti Akan Berjaya,
“aku kena Cari raffiq!,Aku Ada alisa Dan Aku Akan rujuk balik dengan raffiq! Mesti dia Akan rujuk balik dengan aku takkan dia nak tengok Alisa membesar Tanpa ayah? Kau memang bijak zulaikha” zulaikha tersenyum sendiri.
RAFFIQ menghulurkan secawan teh ke Arah inara Yang sedang duduk Di kerusi,dia tahu perasaan Isterinya itu sedang kesedihan Di tinggalkan oleh papa Dan mama.
“nara kau tak payah lah fikir banyak sangat,takkan kau nak sedih sampai bila-bila” soal Raffiq matanya tepat memandang ke Arah inara.
“kenapa hidup Nara Malang sangat?,Nara tak layak Rasa bahagia ke abang?” matanya sudah berkaca.
Raffiq mengeluh perlahan,dia sendiri pun tidak tahu ingin memberi Nasihat macam mana dirinya sendiri pun Di ulit dengan kesedihan.
“inara kau kena jadikan kesedihan kau ni senjata kekuatan kau,aku tahu kau kuat tak payah lah sedih2 dah aku Ada dengan kau Kan? Aku dah Jadi suami Kau sekarang ni bukan kau sorang²”
“terima kasih abang,Nara tak tahu kalau Satu Hari nanti apa akan jadi kalau Nara Akan hilang abang jugak errmmm ibu hasnah kat mana ya? Dia tak duduk sekali dengan Kita ke?” soal inara air matanya Di kesat.
“ibu hasnah dia balik rumah keluarga sebab kat sini bukan dia ader siapa ii lagi dia pesan kat Aku untuk Jaga kau,tapi dia Akan datang jumpa kau jugak nanti”
“ohhh, walaupun Nara dah Kehilangan papa dengan mama Nara Masih ada abang,ibu hasnah,alis dengan Mak Intan Kan abang?”
Raffiq Tersenyum sambil menggangguk perlahan,
INARA mengeliat Kan badannya,dia meraba-raba sebelah nya tetapi kosong matanya Di buka perlahan-perlahan dia melihat Raffiq sudah tiada di sebelahnya lalu dia bangun Dari katil rambutnya Yang agak serabai itu Di ikat supaya kelihatan kemas. Sebaik keluar Dari bilik dia mengintai Di ruang Tamu semua tiada satu bunyi masuk ke Dalam gegendang Telinganya Dan dia melihat Raffiq sedang Berada Di Dapur.
Inara tersenyum sendiri melihat Raffiq sedang menyiapkan sarapan pagi, perlahan-perlahan dia datang ke Arah raffiq lalu Di peluk raffiq Dari belakang. Terkejut raffiq Di buatnya dia agak Rasa kekok. inara memeluk erat raffiq Dari belakang kepalanya bersandar Di belakang raffiq.
“terima kasih abang raffiq,terima kasih Untuk segalanya” ujar inara tangan Masih erat memeluk raffiq Dari belakang. Raffiq meleraikan pelukkan inara lalu dia memusing ke Arah inara.
“jadi kau tak sedih2 lagi?” soal Raffiq.
“ya,Nara tak boleh asyik sedih je Nara Kan kuat betul tak Abang Raffiq kesayangan saya?” inara tersenyum memandang tepat ke Arah Raffiq.
Sudah lama raffiq tidak mendengar inara memanggil nya begitu "abang raffiq kesayangan saya" Haihh lama dah tak dengar.
“kau pergi lah duduk kat Sana,Jap lagi Aku hidang Makanan” Arah raffiq. Inara menggangguk perlahan Lalu terus melabuhkan punggungnya Di kerusi Untuk Menunggu masakkan Yang Di masak oleh raffiq.
*********
INARA menongkat Kan dagunya memandang raffiq dia Tersenyum,tidak lengkang langsung senyuman itu sudah lama dia Tidak menatap Wajah raffiq sebegitu.
“hah mula dah kau ni,haishh” ngeluh raffiq sendiri hilang fokus dia Menonton television apabila inara asyik memandang wajahnya itu.
“haishh macam tak percaya je Nara dah jadi isteri abang,abang percaya tak Nara dah jadi isteri abang?”
Raffiq Mengangkat Bahunya malas dia ingin melayan soalan merepek inara ni.
“abang raffiq ni sweet jugak Kan sebernanya?” inara bersuara. Raffiq Yang sedang Menonton television terus mengalihkan pandangan nya memandang inara.
“sweet?,Aku sweet biar betul kau ni” ujar raffiq berselang bunyi ketawa.
“yer lah, sweet abang ni orang Yang tertentu je boleh Rasa Dan orang itu adalah Nara.. Nara sorang je boleh Rasa bertapa romantiknya abang raffiq ni” ujar inara lagi.
“kau ni dah macam Doktor cinta dah,sudah lah kau merepek” raffiq menggelengkan kepalanya.
“nara tak merepek lah,Nara sayang abang tau.. abang sayang Nara tak?” soal inara sambil Tersenyum memandang raffiq.
“hermm..”
“haishh,cakap lah abang raffiq pun sayang Nara forever!” inara tidak puas Hati.
“hermm” ulang raffiq lalu bangun dari sofa Dan terus masuk ke Dalam bilik untuk tidur..
“hishhh!!!” inara Berdegus Geram.
ABANG MUIZ menghampiri raffiq yang sedang duduk,dia melihat wajah raffiq tersenyum Sendiri.
“amboii sejak dah kahwin ni senyum meleret ehh” usik abang muiz.
“ehh abang ni mana ada lah haishh” raffiq menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“untung lah dapat Bini lawoo Kan?, Haishh kau jaga inara tu baik² papa dia dah bagi amanah kat kau” pesan abang muiz.
“insyallah,abang muiz” balas raffiq sambil Tersenyum.
INARA memerhati bahan-bahan mentah yang berada di atas singki itu,dia sendiri tidak tahu apa yang perlu dia masak. Inara mencapai handfone nya lalu menaip resepi di Pak Cik Google!
Cara-cara nak masak makanan kalau dah makan sekali tergiang-Giang. Di tekan Cari!
“ader Ker makanan macam Tu hermm?” inara berfikir sejenak terasa merepek pulak.
Asam pedas? Okey jugak? Sebab raffiq pun suka makan fav lagi! Bahan-bahan pun dah Ada semua Jadi Mari Kita mulakan memasak asam pedas Untuk abang raffiq kesayangan saya! Inara pun mula memasak untuk raffiq dia ingin raffiq tahu tentang kehebatan dia memasak..
Sebaik raffiq menjejakkan kakinya masuk ke Dalam rumah satu bau menusuk ke Dalam hidungnya sungguh menyelerakkan sekali bau itu Dan seperti bau asam pedas iaitu kegemarannya itu. Kakinya terus melangkah laju ke Arah Dapur sampai sahaja Di Dapur dia melihat inara sedang duduk Di kerusi Untuk Menunggu dia makan bersama-sama.
“hah dah sampai abang raffiq kesayangan saya?,jom makan Nara dah masak” inara bangun Dari kerusi lalu menarik lengan Raffiq Untuk duduk. Raffiq memerhati Makanan Yang berada Di Atas meja itu dia menghidu sungguh lazat sekali bau makanan itu.
“kau masak ke Nara?” soal Raffiq dia memandang Ke Arah inara. Inara menggangguk perlahan sambil tersenyum penuh bangga dia pasti asam pedas nya itu sangat sedap Di jamin 100 peratus!
“jom makan?,” ujar inara lalu meletakkan nasi Di pinggan raffiq.dia sudah tidak sabar Untuk melihat Raffiq merasa masakkkanya itu dia berharap raffiq Akan suka. Raffiq pun memulakan baca doa sebelum mula makan. Selesai Sahaja membaca doa makan terus dia meletakkan asam pedas di Pinggan nya Dan memulakan makan.
Raffiq berfikir sebentar apa dia sedang makan pun dia tak tahu,nak kata asam pedas tak rasa asam pedas dia sendiri pun tidak tahu dia sedang makan apa ni kenapa Rasa macam kertas pasir ehh?
“betul ke ni asam pedas hah Nara?” raffiq Masih Cuba berfikir apa dia sedang makan ni.
“yer lah kenapa?,tak sedap ke?” inara mengerutkan dahinya seribu.
“sebelum aku jawab soalan kau,biar Aku Tanya kau dulu kau nak Aku jawab jujur ke tak jujur?”
“jujur lah,sedap tak?” inara berharap raffiq mengatakan sedap sangat berharap.
“tak sedap!uweekkk!!!” raffiq terus mengeluarkan makanan Yang Baru Sahaja Di makanan nya itu dia mencapai segelas air Dan Di minum. Terbatuk-batuk dia makan masakkan Yang Di masak oleh inara itu.sebaik ingin menelan serta merta rasa nak muntah.
“Tak sedap?, Hishh!” inara Berdegus Geram.
“ehhh tadi suh jujur,bila aku jujur kau nak tarik muka pulak haihh perempuan ni memang complicated” raffiq menggelengkan kepalanya.
“herhh” inara menjeling tajam ke arah raffiq. Raffiq hanya mengeluh padahal dia Yang suruh jujur ni bila Aku jujur dia pulak Marah haihh!
BERSAMBUNG...
Share this novel