“ASSALAMUALAIKUM,Mak Intan! Alis” laung inara. Sebaik mendengar suara inara alis bergegas ke arah pintu lalu dia memulas Tombol pintu.
“waalaikumussalam,ehh nara kenapa ni?” soal alis hairan dia tiba-tiba Sahaja inara datang tak bagitahu. Inara menarik lengan alis lalu di bawa ke pondok Yang tidak jauh dengan rumah.
“okey alis,Cuba kau bagitahu aku apa masalah kau sebernanya?kau luahkan kat aku baru lah Hati Tu tenang sikit” ujar inara dia memandang tepat ke arah kawan baiknya itu.
“masalah?Aku mana ada masalah apa-apa” balas alis.
“kau bagitahu lah aku alis,Dari raut wajah kau. Ni pun Aku tahu kau Ada masalah Cuba cerita kat aku” ujar inara lagi.
'masalah aku adalah raffiq,aku Masih tak boleh lupakan raffiq'
“alis?kau dengar tak ni?” inara menggerakkan tangan alis. Terus alis tersedar Dari lamunannya.
“dengar ni alis kalau Ada masalah apa pun tolong cerita dengan Aku,sebab Aku dah anggap kau ni macam adik-beradik tau! Aku sayang kau sangat! Kau kawan baik Aku dunia Akhirat!” inara memegang tangan alis. Alis tersenyum nipis.
“maafkan aku Nara sebab jatuh cinta dengan suami kau” bisik Hati alis sendiri.
RAFFIQ melabuhkan punggungnya di sofa di capai remote di sebelah meja tamunya,Tanpa dia sedar dia mengukir senyuman Manis. peristiwa Di kedai makan mula menjelma Di Dalam fikirannya itu.
“haihh,kau ni memang lah inara” bicara raffiq sendiri sambil Tersengih.
INARA memerhati baju berwarna purple yang sedang tersangkut dia amat tertarik dengan warna baju tersebut,dia menyeluk poket seluarnya tetapi Yang hanya Ada RM 1 sahaja. Raffiq Yang Baru Sahaja keluar Dari kedai sebelah memerhati inara Yang sedang menilik baju di kedai sebelah dia tahu inara amat tertarik dengan baju tersebut.
“inara” panggil raffiq. Dengan serta-merta inara ke Arah raffiq dia melihat Raffiq membeli barang² mentah Untuk Di masak. Inara memaut lengan Raffiq.
“abang raffiq nak makan apa nanti? Biar Nara masak”
“ermm, apa-apa je lah aku tak kisah pun ni kau pergi hantar barang² lauk mentah ni kat motor Sana kau tunggu kat motor kejap nanti Aku datang”
“abang nak pergi mana?”
“aku nak pergi Beli barang sikit,kau tunggu Sana ehh?”
Inara hanya menggangguk,lalu Di capai plastik Yang berada Di tangan raffiq lalu Di bawa ke Arah motor. Raffiq menghantar pandangan nya hingga inara hilang Dari pandangan nya dia tersenyum sendiri.
INARA memerhati barang² mentah yang berada Di Dalam singki,dia memerhati udang Dalam kepalanya sudah berfikir Untuk memasak udang masak lemak cili Api! Ermm sedap!
“abang raffiq!” panggil inara. Dengar Sahaja inara memanggil dirinya terus raffiq ke Arah inara.
“hah apa dia?” soal Raffiq.
“nara nak masak udang masak lemak cili api Okey tak?”
“ermm Okey memang Okey,tapi kau pandai masak tak udang masak lemak cili api tu”
Inara memandang sekilas ke arah raffiq,dia mengecikkan matanya memandang tepat ke Arah raffiq.
“abang jangan pandang Nara macam tak Der tangan ehh,kalau Nara dah masak tergiang-Giang tahu tak”
“tergiang-giang apanya,Hari Tu masak asam pedas pun Rasa pelik” raffiq ketawa kecil. Nara bengang! Geram sahaja dia dengan si raffiq ni! Dasar Pak Cik raffiq!
“nanti dah siap masak panggil aku,aku nak tengok tv jap” terus raffiq meninggalkan inara Untuk memasak.
“okey inara kau boleh lakukan! Let's go!” inara terus mulakan memasak.
SETELAH selesai memasak,inara terus ke arah ruang tamu dia mengerutkan dahinya seribu apabila Melihat drama korea sedang tayang di tv lagi membuatkan dirinya hairan raffiq Menonton drama korea?
“ahahahahhhah” inara melepaskan tawanya. Sebaik mendengar inara ketawa dengan serta-merta raffiq mencapai remote television lalu di tutup air matanya yang bertakung Di lap supaya inara tidak perasan! Kalau tidak buat malu je!
“amboi³ abang raffiq kesayangan saya layan drama korea ehh! Bukan main dulu kata tak suka sekarang dia pulak melebih” sakat inara dia melabuhkan punggungnya di sebelah Raffiq.
“elehh sukahati aku lah nak tengok pun,sibuk je lah dia ni dasar Mak cik bawang! Tak boleh tengok orang bahagia ader je nak kutuk!” raffiq menyilang tangannya.
Inara tersenyum kecil,dia memaut lengan raffiq dia mengusap pipi raffiq apabila Melihat wajah raffiq merajuk? Hah merajuk serius lah! Pak Cik raffiq pandai merajuk dah sekarang ni ni mesti kuat pengaruh drama korea lah ni!
“nara dah masak jom makan nak?” ajak inara.
“kau gi lah dulu nanti aku datang”
“abang nak pergi mana pulak ni?jom lah makan sekali”
“yer,kau gi Dapur dulu aku nak gi basuh tangan dulu kau pergilah letakkan nasi kat aku dulu nanti Aku datang”
“Haishh,yer lah..” balas inara lalu bangun Dari sofa Dan terus ke ruang makan. Raffiq menarik nafas lega pada masa Yang Sama dia segan! Segan giler! Dia memerhati beg kertas Yang berada Di Tepi sofa lalu Di ambil.
RAFFIQ melabuhkan punggungnya di kerusi,inara hairan apabila melihat Raffiq memegang beg kertas dia tertanya sendiri apakah isi beg kertas tersebut.
“apa Tu?” soal inara.
“ambik lah,Untuk kau” raffiq menghulurkan beg kertas itu kepada inara. Inara mencapai lalu Di lihat Isi dalamnya dia terkejut apabila baju Yang dia lihat Di pekan itu Di Beli oleh raffiq..
“abang raffiq kenapa Beli baju ni untuk Nara? Membazir je lah haishh abang ni Nara tak mintak pun lah” ujar inara sambil mengeluh bukan dia Tidak suka pemberian raffiq cuma dia tak nak susahkan raffiq.
“alahaii berapa lah sangat Baju Tu,Aku tahu kau suka Kan? Ni Kira balas budi Hari Tu kau hadiahkan Aku jam Dan sekarang Aku hadiahkan kau baju pulak so 1 Sama ehh?” ujar raffiq sambil tersenyum. Inara membalas senyuman raffiq.
“terima kasih abang,tapi lain Kali tak payah Beli ehhh Nara Okey je pakai baju lama asalkan abang Ada dengan nara” inara Mengukir senyuman.
“sama²,”
“ehh jom makan,abang Rasa lah” inara meletakkan udang masak lemak cili Api itu Di Dalam Pinggan raffiq. Raffiq memulakan bacaan doa sebelum makan Dan dia mula Menikmati.
“hah? Macam mana abang?” inara teruja ingin tahu.
'ehh macam mana boleh sedap pulak ni?'
“abang!” inara mengejutkan raffiq. Raffiq tersedar Dari lamunannya itu.
“ermm,sedap pandai kau masak” puji raffiq lalu menyua Kan lagi nasi ke Dalam mulutnya itu. Inara Mengukir senyuman Manis.
“biasalah inara hudairah kot Yang masak,kalau abang nak tahu dulu cita-cita Nara nak Jadi chef” inara mula berlagak.
'ni lah Salah satu puncannya raffiq tak suka puji inara melebih Sangat,nanti dia Akan Berangan dapat Ganti chef wan'
TOK TOK TOK
BUNYI KETUKKAN pintu mula kedengaran,raffiq Yang sedang bersiap-siap ke kerja melihat jam menunjukkan pukul 8 pagi siapa lah pulak datang waktu macam ni terus dia ke Arah pintu lalu Di pulas Tombol pintu sebaik pintu terbuka terkejut dia melihat Puteri zulaikha berada Di hadapannya itu.
“Raffiq,” ujar zulaikha air matanya Bergenang.
“z..zu.. zulaikha?” raffiq seperti tidak Percaya dia melihat zulaikha berada Di hadapannya itu. Matanya terhenti apabila Melihat seorang anak Perempuan berada Di samping zulaikha Dan dia pasti itu Alisa.
“a..Alisa anak ayah?” raffiq mula sebak.
BERSAMBUNG....
Share this novel