“SEBELUM tu aku nak tanya kau ni siapa?” zulaikha mencapai handfone nya lalu di tunjukkan gambar inara Dengan seseorang di dalam telefon bimbitnya itu. mata alis terus membulat memandang lelaki itu dan dia kenal lelaki dalam gambar itu adalah ariff.
“tu Ariff,bekas tunang inara” jawab alis spontan.
“bekas tunang?,ohh dia pernah bertunang dulu? Kenapa putus”
“tunang dia curang dengan Mak dia sendiri,maksud dia macam ariff ni dia Ada hubungan dengan Mak Nara lebih kurang macam Tu lah” alis menceritakkan segalanya kepada Zulaikha walaupun dia sudah berjanji dengan inara supaya tidak memberitahu sesiapa.kerana ingin mendapatkan raffiq,dia sanggup mungkir janji tersebut.
“ohh,broken family lah?hahah” zulaikha tergelak sinis.
“sebelum tu kenapa kau nak tolong aku?,kau dengan inara bukan musuh pun? Ke kau nak rebut raffiq dari inara?”
“err..,saje je aku kesian dengan kau sebab kau Kan Cintakan sangat Kan raffiq apa salahnya aku tolong kau?” zulaikha tersenyum ke arah alis.
“ermmm,Jadi apa benda Yang perlu Kita buat?”
“raffiq ni Jenis Yang pantang dengan orang curang,mungkin sebab aku dia jadi macam tu Dan kau Rasa kalau Aku tunjuk gambar inara Dengan Bekas tunang dia ni apa akan jadi”
Dulu pun Zulaikha curang pada raffiq,Dan dia berakhir dengan lafaz Cerai! Dan dia pasti selepas dia tunjuk gambar ini pada raffiq semuanya pasti Akan Berakhir! Alis tersenyum kegembiraan dia pasti Rancangan ni Akan berjalan dengan lancar dengan Rancangan bernas dari zulaikha itu.
RAFFIQ memulas tombol pintu,dia melihat inara sedang duduk di atas katil sambil membaca novel dia tersenyum sendiri lalu terus melabuhkan punggungnya di sebelah inara.
“kau baca buku apa ni?” tegur raffiq. Inara yang sedang kushuk membaca terkejut dengan suara raffiq dia terkejut melihat raffiq tiba-tiba sahaja berada di sebelahnya itu.
“ehhh dia ni, selalunya dia yang cakap kalau nak tegur orang mula dengan salam ni dia pulak Yang tak bagi salam” inara bersuara.
Raffiq Tersengih kecil!
Novel yang berada di tangan inara itu Di letakkan Di tepi.dia memaut lengan Raffiq Dan Baring Di lengan Raffiq seperti biasa.
“aku nak Minta kau sesuatu boleh Nara?,dan aku nak kau janji dengan aku”anak Mata raffiq tepat memandang anak Mata inara. Inara mengangkat kepalanya yang bersandar di bahu raffiq lalu Di pandang wajah Suaminya itu.
“aku nak Minta dengan kau jangan sesekali pun berlaku curang sebab aku dah Cuba sedaya aku buka pintu Hati Aku balik Untuk terima seseorang Dalam Hidup aku. Aku paling tak suka kalau orang yang Aku sayang Ada hubungan dengan lelaki lain” raffiq tepat memandang anak Mata inara.
Inara tersenyum ke Arah raffiq,dia mencapai tangan raffiq lalu Di genggam kemas.
“takkan Nara nak buat macam tu?,Nara Kan sayangkan abang lagipun abang lah lelaki sempurna Di Mata perempuan bernama Inara Hudairah”
Raffiq membalas senyuman inara,dia berharap sangat inara tidak seperti zulaikha sebab dia takut kalau Dia Akan Kehilangan inara.
“Tapi.. Dalam hubungan mesti Ada kepercayaan, kepercayaan Tu penting sangat abang perlu percaya Nara Dan Nara perlu percaya abang kena Ada kepercayaan Di antara satu Sama lain Dan Nara harap abang Akan percaya nara walaupun ketika Tu tak Der siapa pun percaya Kan inara boleh?”
raffiq tersenyum,rambut panjang inara Di usap perlahan...
“ermm..,inara?kau rasa kalau rumah ni ada budak-budak kau suka tak?” raffiq memandang ke Arah inara. Inara menggangguk laju sambil Tersenyum Manis.
“mestilah Nara suka,kenapa?”
“err..ehehe” raffiq menggaru kepalanya Yang tidak gatal sambil memandang Ke Arah inara.
INARA seperti dapat membaca isi hati raffiq,dia mencapai tangan raffiq lalu Di gengam kemas. Dia menatap Wajah raffiq Yang berada Di hadapannya itu .
“abang janji dengan Nara Kan Yang abang Akan jaga nara selamanya Dan sayang Nara selamanya?”
“aku janji,kau pegang kata-kata Aku ehh?”
Inara menggangguk perlahan Lalu dia membaringkan badannya itu,Dan perlahan-perlahan raffiq menutup suis lampu Yang berada Di sebelahnya itu.
MAK INTAN melabuhkan punggungnya di sebelah alis yang sedang Menonton television,dia Tidak tahu mengapa sejak kebelakangan ini alis agak berlainan sangat lain mungkin sejak rapat dengan zulaikha.
“alis ” panggil Mak Intan. Alis memandang ke Arah Mak Intan Yang berada Di sebelahnya itu Di capai remote Dan memperlahankan volume television..
“kenapa Mak?” soal alis.
“mak tengok kamu Tu rapat sangat dengan zulaikha,terus terang Mak cakap Mak tak berapa suka kamu rapat dengan zu tu kamu tahu Kan dia Tu macam mana?”
Alis mengeluh perlahan,dia menggosok telinga nya.
“mak kalau nak tahu zu tu dah lain sekarang ni,dia dah tak macam dulu lagipun dia baik lah pasal kisah lama dia Tu lupakan je lah”
“Cuma kamu Tu jangan terikut-ikut dengan perangai dia.. kamu Tu dah buang belum perasaan kamu kat raffiq?”
Tidak sempat alis ingin menjawab pertanyaan Mak intan satu suara menarik perhatian alis Dan dia amat kenali suara siapakah itu. Rambut Yang terikat itu Di lepaskan dan membetulkan sedikit rambutnya agak kelihatan kemas. Mak Intan hanya sekadar memerhati alis Yang berada Di sebelahnya itu dia hairan dengan tingkah laku anaknya itu.ALIS memulas tombol pintu Rumah dan melihat Raffiq berada di hadapannya itu.
“hai abang raffiq” alis melambaikan tangannya ke arah raffiq. Raffiq membalas lambain tangan alis.
“ermm, Mak Intan bagitahu nak ikan Kan?” raffiq menghulurkan plastik ke arah alis. Alis menggangguk sambil Tersenyum lalu Di capai plastik Yang berada Di tangan raffiq dia sengaja menyentuh tangan raffiq sewaktu mengambil ikan apabila tangan alis terkena Di tangan raffiq. Raffiq dengan segera melepaskan plastik Yang berisi ikan itu hingga plastik Yang berisi ikan itu Jatuh Di cium lantai.
“ehh,sorry alis” raffiq terus menundukkan badannya lalu Di kutip ikan-ikan Yang bertaburan Di lantai itu.alis hanya memerhati raffiq sedang mengutip satu persatu ikan. Selesai Sahaja mengutip ikan itu plastik itu Di serahkan kembali pada alis.
'kenapa inara Yang dapat abang raffiq bukan alis?,padahal alis Yang dulu sampai sekarang dengan abang raffiq! kenapa semua orang suka inara! Bukan Aku!'
“Alis?” suara itu mengejutkan alis. Terus alis tersedar Dari lamunannya itu dia mencapai plastik Yang berada Di tangan raffiq itu.
“abang balik dulu ehh,kirim salam dekat Mak intan” sebaik raffiq ingin meneruskan Langkah itu. Langkahnya terhenti apabila alis memegang lengan Raffiq. Raffiq mengerutkan dahinya seribu apabila melihat alis memegang lengannya itu. Alis segera melepaskan lengan Raffiq apabila melihat wajah raffiq agak berubah.
“err sorry,ermm jom minum teh dulu nak? Alis dah lama tak sembang² dengan abang tau jom lah?kat pondok sana”
Raffiq tidak tahu ingin menolak ataupun tidak Dan dia terpaksa lah Berkata...
“okey” raffiq menggangguk perlahan lalu terus ke Arah pondok diikuti oleh alis Dari belakang.
SAMPAI sahaja di Pondok raffiq melabuhkan punggungnya Di kerusi berhadapan dengan alis.. alis hanya sekadar tersenyum memandang raffiq. Raffiq agak hairan melihat kelakuan alis seperti ini. Agak lain! Tapi sebernanya sangat lain! Cara percakapan ni bukan seperti alis Yang raffiq kenal.
“macam mana hubungan abang dengan inara?” alis memulakan perbualan.
“ermm Okey je,”
“ohhh,tapi Kan alis nak bagitahu sesuatu tau pasal inara ni”
“pasal apa?”
“abang tak boleh percayakan sangat inara Tu kadang² dia tu err.. ada perangai buruk jugak sebab dulu Kan dia kaki sosial jugak Kan?”
Alis memulakan rancangan pertama nya Untuk memburukkan inara,itu baru sedikit banyak lagi rancangan yang belum di laksanakkan lagi.
“kaki sosial?,”
“ermmm, sebernanya dia yang Cari gaduh dengan aunty mawar.aunty mawar bukan gila duit ke apa cuma aunty mawar dia tak nak inara selalu gunakan duit buat perkara Yang tak berfaedah inara Tu sebernanya gila duit tau”
Raffiq mengerutkan dahinya seribu dia Tidak Faham?,kenapa alis bercakap begitu tentang inara sedangkan inara kawan baiknya itu. Raffiq hanya diam dia mendengar kata² alis itu.
“abang Rasa inara boleh ke hidup susah?,sebab alis Kan paling rapat dengan dia Kita orang Kan Kawan baik? Alis tahu sangat pasal inara ni dia tak boleh kalau tak Der duit kat tangan dia ni sebernanya.. alis takut kalau Nara Akan tinggalkan abang demi duit kalau bekas tunang inara datang balik.bekas tunang inara Kan berduit?”
“apa alis cakap ni,abang tahu inara macam mana mungkin kalau betul pun itu perangai lama dia dah lah abang nak balik kirim salam dekat Mak Intan” terus raffiq beredar meninggalkan alis terkulat-kulat Di situ. Alis tersenyum sinis..
RAFFIQ bersandar di kepala katil, kata-kata dari alis itu tergiang-Giang Di dalam fikirannya itu betul juga bagaimana kalau bekas tunang inara kembali,adakah inara akan tinggalkan dirinya?
“kau patut percaya inara raffiq,kau kenal inara macam mana Kan?” raffiq mengeluh perlahan matanya melirik ke arah inara yang Di sebelahnya Yang sedang terlena rambut panjang inara itu di usap perlahan-perlahan wajahnya mengukir senyuman.
“aku percaya kau inara” ujar raffiq sendiri.
TOK TOK TOK
BUNYI PINTU rumah kedengaran,alis terkejut melihat inara berada di hadapan rumahnya itu, dia buat biasa perlahan-lahan dia meneruni tangga dan ke Arah inara.
“my best friend!!!,lama tak sembang aku rindu gila dengan kau” inara tersenyum memandang alis. alis membalas senyuman inara lalu inara menarik lengan alis mereka melabuhkan punggungnya pondok.
“alis kau tahu tak aku banyak gila benda nak cerita dengan kau,” inara memulakan perbualan.
“ermm cerita lah?,kau pun dah lama tak cerita apa-apa Kan?” alis tidak tahu mengapa dia rasa agak janggal sedikit dengan inara.
“sebelum aku cerita kat kau pasal Yang manis² aku nak bagitahu sesuatu yang buat Hati Aku ni panas kau tahu tak kenapa Hati Aku panas ni?”
“pasal ariff?” alamak terlepas cakap!
Inara mengecikkan matanya memandang alis, bagaimana alis boleh tahu itu yang ingin inara sampaikan.
“macam mana kau tahu pasal ariff Yang aku nak cerita ni?”
“err..,Aku teka je ermm kenapa dengan ariff”
“ohh,bagus lah tekaan kau! Heheh semalam ariff datang rumah aku ya allah geramnya aku dengan dia weyh! yang Lagi aku pelik macam mana dia tahu rumah aku. Aku Rasa dia Pasang spy lah Ada ke dia suruh Aku get back dengan dia? Memang tak lah Kan Aku Ada raffiq..abang raffiq kesayangan aku uishh” inara setia menceritakkan alis hanya sekadar mendengar.
“ermm kau tak rasa rugi ke tolak ariff?,”
“rugi? Memang tak lah buat apa aku nak rugi”
“yer lah dia kaya Kan sekarang?,dia punya syarikat pun dah Berjaya sekarang ni kalau kau get back balik dengan dia kau dapat hidup senang macam dulu tak payah lah kau duduk rumah buruk Tu dengan raffiq”
“rumah buruk?” inara kurang selesa apabila alis kata begitu. Alis mulai perasaan wajah inara agak berubah.
“err..,maksud aku kau boleh lah duduk rumah Yang lebih selesa Dan lebih besar kalau kau tinggalkan raffiq”
“aku takkan tinggalkan raffiq,aku sayang dia alis aku nak susah senang dia dengan Jap kenapa kau suruh Aku tinggalkan dia?”
“errrr,tak Der pape aku Saja Tanya kau heheh ermmm tapi Kan babe macam mana kalau raffiq Yang tinggalkan kau demi Alisa untuk kahwin dengan zulaikha..” alis tersenyum sinis ke arah inara.
Inara terpaku mendengar kata-kata Dari alis,dia mati kata.
BERSAMBUNG....
saper team alis? heheheh>.<
Share this novel