:- 7

Romance Completed 4604

" Reeq, papa ada kat office tak? " soal Puan Fasihah.

" Ada. Harini papa takde appointment kat luar " jawab Hazreeq Izzat.

" Dah tu apa lagi. Serbu arh! Jom geng " kata Ijat lalu mengajak kawan kawannya menyerbu syarikat H&I Holdings. Sebenarnya, Puan Fasihah merancang yang kawan kawan Ijat iaitu Epul, Ayqal, Wany, Awish, Araaz, Paan dan Fauzan menyamar sebagai pegawai pihak berkuasa menyaman syarikat H&I Holdings. Mereka telah berpakat dengan kesemua staff Encik Hisyam.

" Pakcik, cepat bagitahu Papa! " arah Ijat yang berpakaian seperti pihak polis. Itu sebenarnya seragam kadet polis sekolahnya. Kesemua kawannya juga adalah kadet polis. Mereka memohon supaya sama kelab.

" Tuan, ada pegawai pihak berkuasa datang nak saman syarikat kat bawah! " beritahu pengawal keselamatan melalui walkie-talkie.

" Ha?! Saya turun sekarang " kata Encik Hisyam melalui walkie-talkie juga.

" Eh?! Kenapa ni tuan? Kenapa nak sita? Saya bayar semua cukai syarikat " kata Encik Hisyam yang baru keluar dari lif.

" Kami terpaksa sita syarikat Encik Hisyam kerana encik lupa tarikh birthday encik sendiri! " kata Ijat lalu membuka topi kadet polisnya.

" Happy birthday to you! Happy birthday to you! Happy birthday to Encik Hisyam! Happy birthday to you! " sejurus selepas Ijat menghabiskan ayatnya, keluar Puan Fasihah dengan membawa kek harijadi yang besar. Semua staffnya juga turut menyanyikan lagu selamat hari jadi.

" Ya Allah! Terima kasih! Hoi kus semangat! " kata Encik Hisyam yang tergamam.

" Tiup lilinnya! Potong keknya! " sorak mereka semua ramai ramai. Encik Hisyam meniup lilin dan memotong keknya. Mereka semua bersorak ramai ramai terutama geng geng Ijat.

*** Gangster Idola ***

Ijat keluar dari bangunan H&I Holdings bersama Epul. Gengnya yang lain semuanya makan kek harijadi Encik Hisyam.

" Ha apa dia kau nak bagitahu aku? " soal Ijat kepada Epul.

" Eh Ijat, kalau aku bagitahu kau ni, kau jangan nak marah tau. Aku pun baru tahu " kata Epul.

" Mende? Kau belum bagitahu takkan aku nak marah seyh. Ape siaa? Hahaha " balas Ijat.

" Sebenarnya kan weyh, Fah.. " Tak sempat Epul menghabiskan kata katanya tiba tiba ada sebuah motor tiba di belakang mereka.

" Weyh, Ijat! " panggil Azizie.

" Weyh, Jijie! Lama siaaa tak jumpa kau! Yelah budak baru lepas yespiem kan? Haha " balas Ijat.

" Aku datang ni nak jumpa kau ler. Aku nak tanya kat kau ni " kata Azizie.

" Tanya ape? Tanyelah " jawab Ijat.

" Aku nak tanya, kau tahu tak cane nak isi borang pendaftaran online. Aku buat tak boleh boleh siaa. Aku dah tanya akak aku, dia pun tak tahu cane nak buat. Kau boleh tolong aku tak? Datang umah aku jap " kata Azizie.

" Ouh boleh! Tapi aku kene ajak Khai temanlah " jawab Ijat.

" okay. Jomlah. Cakap ngan mama ngan papa kau dulu " kata Azizie.

" Ha tunggu jap " arah Ijat.

" Ma, Neez nak pergi umah kawan Neez jap. Nak tolong dia isi borang online. Neez pergi ngan Epul " beritahu Ijat.

" Ha yelah. Hati hati " pesan Puan Fasihah.

" Ok ma " balas Ijat.

*** Gangster Idola ***

" Masuklah Ijat, Khai " pelawa Azizie.

" Ha terima kasih. Mana laptop kau? " soal Ijat.

" Ni ha. Tolong weyh. Aku tak tahu kenapa. Virus kot " jawab Azizie.

" Haahlah weyh. Kau kene virus ni. Jap jap, aku tengok kat motor aku ada pendrive tak. Kejap eh " kata Ijat.

" Ha okay " jawab Azizie dan Epul. Hampir separuh hari mereka berdua berada di situ. Ijat dan Epul balik kerana hari sudah senja.

*** Gangster Idola ***

" Assalamualaikum " ucap Ijat.

" Waalaikumussalam " jawab Hazreeq Izzat.

" Mana semua orang? " soal Ijat.

" Diorang semua pegi rumah jiran baru. Aku ngan Qeesh je tinggal umah " jawab Hazreeq Izzat.

" Jiran baru? Bila masa kita ada jiran baru? " soal Ijat.

" Ade. Dah 2 hari dia pindah sini. Anak dia pun satu sekolah ngan kau. Nanti kalau kau jumpa tegur tegur le minah oi " jawab Hazreeq Izzat.

" Kenal pun tidak apa lagi nak tegur. Hahah memang tak lah. Dah tepi laa bodo aku nak masuk " kata Ijat.

" Kau suka hati je panggil aku bodo. Fuck you!!! " jerit Hazreeq Izzat.

" Woi maghrib! " jerit Ijat dari atas.

" Eh astaghfirullahalazzim " ucap Hazreeq Izzat.

*** Gangster Idola ***

" Aku nak tanya kau sikit nih! Apasal buku tulis aku tak siap lagi?! Semalam cikgu check aku punya buku, tak pasal pasal aku kene denda berdiri kat atas kerusi, kau tahu tak!! Kau ni memang nak kene! " kata Remy.

" Maaf bang. Saya bukan tak nak buat. Tapi saya dah ngantuk sangat. Jadi saya tinggal dulu. Ingatkan abang nak esok " kata budak tersebut.

" Kau memalukan aku tahu tak?! Kau tak layak jadi geng aku! Meh aku belasah kau cukup cukup! " kata Remy lalu mengangkat kayu untuk membelasah budak tersebut.

" REMY!! " jerit Epul.

" Kau buat apa ni?! " soal Epul.

" Eh bang " kata Remy terkejut.

" Aku tak pernah ajar kau buli budak lah! " kata Epul.

" Ma ma mana a ada a a aku bu bu buli " jawab Remy sambil gagap.

" Apasal kau gagap?! " soal Epul tegas. Remy hanya menundukkan kepala.

" Dik, adik okay? " soal Ayqal lalu membantu budak itu bangun.

" Qal, kau panggil Ijat datang. Biar Ijat settle budak ni " arah Epul.

" Wokeng! " balas Ayqal lalu berlari ke kelas 4A. Remy yang mendengar nama Ijat sahaja, air mukanya bertukar cuak. Yelah siapa tak kenal Ijat. Samseng kot. Pantang dengar orang kene buli.

" Khai! Ijat kata settle bawah tangga lama " kata Ayqal.

" Jom! " ajak Epul lalu menarik Remy. Remy membatukan diri tanda tidak mahu pergi. Epul pun apa lagi. Terus dukung Remy letak atas bahu. Dia berjalan menuju belakang blok lama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience