:- 10

Romance Completed 4604

" Minggu depan dah cuti " kata Puan Fasihah.

" Haah, pastu tahun depan Neez dah exam SPM. Ma kena tegas sikit ngan dia " kata Hazreeq Izzat.

" Haishh kamu ni Areeq. Tak habis habis kenakan Neez tu. Biarlah dia. Mama tahu dia pandai. Dia boleh buat. Lagipun kalau ada homework pun dia buat sama sama ngan kita kan? Bukannya kerja dia asyik melepak je " kata Puan Fasihah.

" Memanglah ma. Tapi mama ingat tak dulu? Dulu dia langsung tak nak keluar rumah. Terperap jee dalam rumah. Lepas putus dengan Fahmi baru dia jadi macam gitu. Kasar semacam " kata Hazreeq Izzat.

" Itu yang bagus. Mama sebenarnya risau kalau tengok dia asyik terperap je dalam bilik dulu. Ni dia nak keluar rumah pun mama bersyukur sangat. Yang penting dia tak buat benda bukan bukan " kata Puan Fasihah.

" Betul jugak ek ma. Ma, kejap lagi Reeq nak keluar. Jumpa client. Papa suruh ganti " kata Hazreeq Izzat.

" Ha yelah. Mama pun nak keluar. Beli barang dapur. Reeq ajaklah Qeesh sekali jumpa client " kata Puan Fasihah.

" Macamlah dia nak " kata Hazreeq Izzat.

" Kalau Reeq ajak dia nak " kata Puan Fasihah.

" Qeesh! Qeesh! " panggil Hazreeq Izzat.

" Pende? " jawab Haqeesh Izati.

" Eh bila masa kau kat situ? " soal Hazreeq Izzat.

" Lagi tadi aku kat sini. Kau je buta tak nampak " kata Haqeesh Izati.

" Nak ikut aku tak pergi jumpa client. Jom lah teman " ajak Hazreeq Izzat.

" Nak!!! " jawab Haqeesh Izati.

" Ha pergi tukar baju. Takkan client aku nak tengok kau pakai baju t shirt ngan seluar tracksuit je. Lari client aku nanti " kata Hazreeq Izzat.

" Okey " balas Haqeesh Izati lalu menutup televisyen menggunakan alat kawalan jauh dan berlari naik tangga menuju ke biliknya.

*** Gangster Idola ***

" Assalamualaikum! " ucap Ijat yang baru pulang.

" Takde orang pun. Pakcik! Mana yang lain? " soal Ijat kepada pengawal keselamatan.

" Puan pergi pasaraya dengan Harees dan Hafeez " jawab tersebut.

" Areeq dengan Kak Qeesh? " soal Ijat lagi.

" Qeesh pergi teman Areeq jumpa client " jawab pengawal lagi.

" Ouhh. Pakcik nak kunci rumah " jawab Ijat.

" Eh Ijat tak bawak ke? " soal pengawal pula.

" Lupa. Ingatkan semua ada kat rumah " jawab Ijat.

" Nah " kata pengawal lalu menyerahkan kunci rumah kepada Ijat. Sejurus kemudian, kereta Encik Hisyam memasuki perkarangan rumah. Takpelah pakcik, papa dah balik dah. Terima kasih " kata Ijat lalu memulangkan kunci kepada pengawal tersebut.

" Papa, awal balik? " soal Ijat.

" Haah. Kawan papa ada nak datang rumah. Jiran baru kita tu Encik Fawzi " jawab Encik Hisyam.

" Ouh, nak Neez buatkan air? " soal Ijat.

" Boleh jugak. Mama pun pergi shopping kan " jawab Encik Hisyam.

" Ha pa, kalau macam tu Neez nak kena pergi kedai kejaplah. Beli makanan ke kuih ke. Kejap eh " kata Ijat.

" Ha yelah " jawab Encik Hisyam.

" Kejap tau pa " kata Ijat.

" Ha. Hati hati " kata Encik Hisyam.

" Ok pa " balas Ijat. Ijat pun menaiki semula motornya dan memecut laju menuju ke kedai kek Cuties Cakeshop.

" Kak, nak kek span dengan kek gulung satu " kata Ijat kepada pembantu kedai tersebut.

" Nah dik " kata pembantu kedai itu.

" Berapa ringgit kak? " soal Ijat.

" 18 ringgit je dik " jawab pembantu kedai tersebut. Ijat pun mengangguk dan mengeluarkan not kertas RM20 kepada pembantu kedai itu.

" Terima kasih dik. Nak bakinya " kata pembantu itu.

" Ya kak sama sama. Saya balik dulu " balas Ijat.

" Ye Ijat. Hati hati ya. Datang lagi " kata pembantu tersebut.

" Eh kejap kejap kejap. Akak kenal saya? " soal Ijat. Asalnya dia sudah berada di pintu lalu dia berpatah balik menuju ke pembantu kedai tersebut.

" Yelah. Siapa tak kenal. Ni kan Haneez Izati. Akak salah seorang fans Ijat. Akak ahli HITE " jawab pembantu kedai itu.

" Ha kalau gitu nak selfie tak? " soal Ijat.

" Eh gila ke tak nak! Budak famous satu Malaysia ni! " jawab kakak tersebut. Ijat pun mengeluarkan iphone 5s nya untuk mengambil gambar. Iphone 5s itu memang dibelinya untuk berselfie dan bergambar sahaja. Kalau untuk kegunaan telefon dia menggunakan iphone 7+. Selesai berselfie, Ijat menyalam tangan kakak itu dan berjalan keluar menuju ke motornya. Dia memecut laju menuju ke rumahnya.

*** Gangster Idola ***

" Eh abang, awal balik? " soal Puan Fasihah.

" Ye, jiran kita tu, Encik Fawzi nak datang rumah " jawab Encik Hisyam.

" Ouh. Haneez mana bang? Tadi dia call saya, dia kata dah balik " soal Puan Fasihah.

" Haah. Neez dah balik tadi. Pastu abang suruh dia pergi kedai kejap. Beli makanan sikit untuk Encik Fawzi tu. Tak payahlah awak masak. Awak buat air je " jawab Encik Hisyam.

" Ha yelah " jawab Puan Fasihah.

" Assalamualaikum! " ucap Ijat dari luar.

" Ha tu anak awak dah balik tu " kata Encik Hisyam. Sedang Ijat menunggu pintu rumahnya dibuka, iphone 7+nya berbunyi. Ijat mengangkat panggilan tersebut.

Ijat : Hello assalamualaikum.

Epul : Ha waalaikumsalam. Ijat, ibu ngan ayah nak datang rumah kau. Nak jumpa mama ngan papa kau

Ijat : Sebab?

Epul : Mana lah aku tahu. Ni aku bagitahu awal awal ni. Kau ada kat rumah tak?

Ijat : Ade je. Ni pun kawan papa aku nak datang. Datang jelah. Boleh kenal kenal. Datang au

Epul : Okey. Ni ibu ngan ayah aku dah nak gerak dah ni. K bye

Ijat : K bye. Assalamualaikum.

" Neez, sape call? " soal Puan Fasihah.

" Sape lagi , Epul lah. Ni ma, Epul kata Acik Badrul dengan Acik Aisyah nak datang. Diorang kata dah lama tak jumpa mama ngan papa. Boleh kan ma? " beritahu Ijat.

" Boleh je. Datanglah. Ni pun Encik Fawzi nak datang, baru meriah sikit kan? " jawab Puan Fasihah.

" Okey ma. Ha ma, ni ha, kek span dengan kek gulung. Boleh kan? " kata Ijat.

" Pandai Neez. Mama ingat Neez tak tahu beli barang. Rupanya pandai. Ha lepas stpm carikan menantu untuk mama tau " kata Puan Fasihah.

" Ishh mama ni. Ape pulak ke situ pikirnya " balas Ijat.

" Betullah. Baik Neez cari dari sekarang. Tahun depan SPM, pastu kahwin " kata Puan Fasihah.

" Tak nak lah ma. Neez nak kahwin umur 23 tahun. Lagipun sape je nak couple ngan Neez ma? " kata Ijat.

" Sape yang tak nak anak mama ni? Tu ha ramai kat luar sana tu " kata Puan Fasihah.

" Dah lah ma. Ha tu tetamu dah datang dah tu. Tu macam kereta pakcik Badrul. Jap Neez tengok. Nah ma amik kek ni " kata Ijat.

" Ha yelah. Pergi tengok " balas Puan Fasihah.

" Ijat! " panggil Epul.

" Ha Epul! Masuk masuk " jawab Ijat. Epul masuk ke perkarangan letak motor rumah Ijat.

" Eh jap jap. Apasal kau tak naik sekali ngan ibu ayah kau? " soal Ijat.

" Tak muat. Lagipun ibu suruh aku naik motor " jawab Epul.

" Tak muat? Penuh sangat ke? " soal Ijat.

" Yelah tak muat. Ibu aku, ayah aku, Remy, Adira, tu ada jantan dua ekor tu Ayqal ngan Araaz " jawab Epul.

" Ayqal ngan Araaz ikut? Wuishh! " balas Ijat.

" Haah, tapi ibu aku tak kasik diorang naik motor. Ibu aku suruh diorang nak ngan ibu ayah aku " jawab Epul.

" Ouhh. Jemputlah masuk " pelawa Ijat.

" Jap aku tunggu ibu ngan ayah aku " jawab Epul.

" Ouh okay. Nanti jemput diorang masuk tau " kata Ijat.

" Orait " balas Epul.

" Neez, mana Epul tadi? " soal Puan Fasihah.

" Ada kat luar. Tunggu ibu dengan ayah dia " jawab Ijat.

" Pergilah teman dia. Ishh dia ni " kata Puan Fasihah.

" Apasal pulak? " soal Ijat.

" Kan tetamu " jawab Puan Fasihah.

" Yelah yelah " balas Ijat. Ijat berjalan keluar menuju ke tangga semula. Ketika Ijat sampai di tangga di mana tempat Epul menunggu, tiba tiba datang 3 buah kereta masuk ke rumahnya.

" Mama! " panggil Ijat.

" Woi! Kau ni terkejut aku lah! " Epul terkejut apabila Ijat menjerit memanggil Puan Fasihah.

" Laa aku ingatkan kau perasan aku kat sini " balas Ijat. Epul hanya menggeleng kepala.

" Mama! Ni haa Areeq, Aqeesh dah balik! Pakcik Badrul pun dah sampai! Lagi sorang tak tahu siapa! Mama! " panggil Ijat.

" Ye mama dengar! Ni ha dah sampai ni. Pekak telinga laa dengar suara Neez ni. Kan Epul kan " kata Puan Fasihah.

" Hahahaha " Epul hanya ketawa.

" Ha Neez, suara kuat kan? Panggil papa kat atas " arah Puan Fasihah.

" Papa! Papa! " panggil Ijat dengan suara yang lantang. " Papa! Mama panggil!! " kata Ijat lagi. Puan Fasihah dan Epul hanya menahan telinga mendengar suara Ijat.

" Ye papa ada ni " jawab Encik Hisyam.

" Jemput jemput masuk. Badrul, lama tak jumpa kau " pelawa Encik Hisyam sambil berjabat tangan dengan Encik Badrul, ayah Epul. Puan Fasihah pula berjabat tangan dengan Puan Aisyah, ibu Epul. Araaz dan Ayqal masuk ke dalam bersama Ijat dan Epul setelah bersalaman dengan Encik Hisyam.

" Fawzi, masuk masuk " pelawa Encik Hisyam lagi.

" Mana anak kau? " soal Encik Hisyam.

" Ada tu dalam kereta bertiga tu. Nak turun lambat sikit " jawab Encik Fawzi.

" Haha biarlah. Jom masuk masuk " kata Encik Hisyam.

*** Gangster Idola ***

" Kak, ni rumah Haneez! " kata Fahmi kepada Farisya di dalam kereta.

" Ouh ni ke rumah akak yang datang jerit jerit haritu? " soal Faiz.

" Bukanlah! " jawab Fahmi.

" Dah tu Mi nak masuk tak? " soal Farisya.

" Hey! Ni mesyuarat apa tiga beradik ni? Keluar! " kata Puan Najwa, ibu mereka.

" Kak, jalanlah dulu! " kata Fahmi. Farisya pun bergerak ke hadapan Fahmi dan berjalan di hadapan Fahmi. Sebaik sahaja Farisya, Fahmi dan Faiz masuk ke dalam rumah Encik Hisyam tiba tiba Araaz menjerit nama Fahmi apabila terlihat kelibat Fahmi di belakang Farisya.

" Fahmi! " jerit Araaz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience