:- 3

Romance Completed 4604

Malam itu seluruh keluarga Encik Hisyam berkumpul di ruang tamu. Encik Hisyam, Puan Fasihah dan Harees Izzat sedang menonton televisyen. Hafeez Izzat sedang membuat kerja sekolahnya. Haqeesh Izati sedang membuat assignment universitinya manakala Hazreeq Izzat sedang bermain game di telefonnya. Ijat pula sedang mendengar lagu sambil menyanyi secara perlahan bagi menghormati ibu bapanya yang sedang menonton televisyen.

" Haneez " panggil Puan Fasihah secara tiba tiba. Tetapi Ijat tidak dengar kerana memakai earphone.

" Woi bodoh! Mama panggillah " jerit Hazreeq Izzat di telinga Ijat.

" Eh! Sorry mama! " ucap Ijat sambil membuka earphone di telinganya.

" Takpe. Mama nak tanya Haneez sikit ni " kata Puan Fasihah.

" Tanya apa ma? Tanya lah " jawab Ijat.

" Mama nak tanya. Neez ada tak senior perempuan yang Neez rapat? Yang Neez rasa ok, baik? " soal Puan Fasihah.

" Ada ma. Ramai " jawab Ijat.

" Yang paling Neez rapat umur berapa? " soal Puan Fasihah lagi.

" Umur 23. Kak Aisyah " jawab Ijat.

" Ha ni yang mama nak minta tolong Neez ni " kata Puan Fasihah.

" Tolong ape dia ma? " soal Ijat lagi.

" Mama nak minta tolong Neez kenalkan lah Kak Aisyah tu dengan Areeq ni ha. Umur dah berapa tapi tak kahwin lagi. Mama nak Neez carikanlah jodoh untuk Areeq " kata Puan Fasihah.

" HA?! " serentak Ijat dan Hazreeq Izzat ternganga mulut. Hazreeq Izzat yang mulanya tengah main game terus tercampak telefonnya ke Haqeesh Izati yang berada di sebelahnya.

" Woi! Sakitlah! Kau tak nak handphone kau bagi aku. Main baling baling pulak! " marah Haqeesh Izati.

" Sorry sorry! Ape ma?! Suruh Neez carikan jodoh untuk Reeq? Tak nak lah ma! Nanti kang dia cari entah sape sape kang " kata Hazreeq Izzat.

" Jangan nak mengada. Mama tetap nak Neez carikan jodoh untuk kamu. Kamu tu bukan boleh harap. Suruh bawa bakal menantu mama datang rumah sampai sekarang tak datang datang " kata Puan Fasihah. Sambil Hazreeq Izzat dan Puan Fasihah berdebat mengenai kes itu, Ijat air mukanya sudah berubah.

" Oklah ma. Nanti Neez tolong eay. Tapi Neez tolong mana yang Neez mampu jelah " kata Ijat.

" Thank you sayang. Dah kamu jangan nak mengada. Neez dah setuju " kata Puan Fasihah kepada Hazreeq Izzat.

" Neez! Apasal kau setuju?! " jerit Hazreeq Izzat.

" Suka hati aku lah! Wekk! " balas Ijat sambil berlari naik tangga menuju ke biliknya.

" Neez! Neez! Ijat! " panggil Hazreeq Izzat lalu mengejar Ijat.

*** Gangster Idola ***

Ijat menutup pintu biliknya. Dia berjalan menuju ke beranda biliknya. Dia membuka pintu slaid beranda dan berdiri di situ. Dia memandang suasana malam sambil diterangi keindahan bulan dan bintang.

" Aku nak carikan jodoh untuk orang? " soalnya sendiri.

" Haha aku punya cinta hati pun lari tinggalkan aku. Ni aku nak cari cinta orang " kata Ijat.

" Fahmi. Kenapa awak tinggalkan saya? " soal Ijat merintih kesedihan. Areeq berjalan secara senyap senyap masuk bilik Ijat. Dia melihat Ijat seolah olah sedang menangis

. " Neez, kau nangis ke? " soal Areeq.

" Eh! Mana ada! Mata masuk habuk lah " Ijat yang terkejut abangnya berada di situ cepat cepat mengesat air matanya.

" Hahaha tak sangka aku " kata Areeq.

" Ape dia? " soal Ijat.

" Seganas ganas kau ni, kadang kadang nangis jugak ek. AHAHAHA! " Kata Areeq.

" Mana ada! " kata Ijat sambil menepuk bahu Areeq.

" Eleh. Macam aku tak tahu. Mata kalau masuk habuk, lain. Ni kau sampai berhingus macam ni. Nangis lah tu " kata Areeq. Ijat hanya diam.

" Ceritalah Neez. Aku abang kau. Aku tak kisah pun kau nak luah ape ape kat aku " kata Areeq.

" Tapi kau abang Kak Qeesh, Harees dengan Hafeez jugak kan " kata Ijat.

" Memanglah. Tapi aku paling rapat dengan kau " jawab Areeq.

" Hmm aku tak tahu macam mana nak cerita dengan kau. Bila fikir balik, sedih " kata Ijat.

" Pasal apa sebenarnya nih? " soal Areeq.

" Fahmi " jawab Ijat perlahan.

" Fahmi?! " soal Areeq terkejut.

" Woi diamlah! Jangan cakap kuat kuat! " kata Ijat sambil menutup mulut Areeq.

" Ok ok. Fahmi? Dia ada buat apa apa kat kau ke? " soal Areeq.

" Takdelah. Tapi teringat yang aku ngan dia dulu sweet je. Sekarang dia dah dengan awek baru dia " luah Ijat.

" Woi kalau mama dengan papa tahu yang kau masih fikir pasal Fahmi tu, naya kau tau " kata Areeq.

" Aku tahu. Tapi aku tak boleh lupa kisah lama kitaorang. Aku macam tak boleh move on " luah Ijat lagi.

" Tapi kau tetap kena move on " nasihat Areeq.

" Tapi tak boleh! Dah macam aku buat. Aku dah try bukak hati aku untuk orang lain. Untuk lelaki yang sukakan aku. Tapi aku tak boleh. Diorang tak sama macam Fahmi. Diorang lain " kata Ijat.

" Dengar sini! Aku tak nak kau terus menerus tagih cinta si Fahmi tuh. Aku tak nak kau terus siksa diri kau mencintai orang yang tak cintakan kau. Cuba kau ingat balik. Fahmi tu dah tinggalkan kau. Dia dah buang kau dari hidup dia " kata Areeq.

" Tapi " ayat Ijat tergantung apabila Areeq mencelah.

" Takde tapi tapi lagi dah. Nak buat apa kau suka lagi kat orang bodoh macam tu? Dia tinggalkan kau macam gitu je. Dia buat kau macam ayam. Dahlah takde adab. Ditengkingnya mama dengan papa. Lepastu takde iman pulak tu Suka suka hati je nak bunuh Harees. Kau tak sayang adik kau ke? " celah Areeq. Ijat hanya menyepikan diri.

" Ingat eh. Kalau aku dapat tahu kau nak getback ngan dia, aku tak ngaku kau adik aku lagi. Aku halau kau dari rumah ni tau " ugut Areeq.

" Ye aku takkan getback ngan dia. Tapi aku tak boleh move on! Faham tak? " kata Ijat stress.

" Dah lah. Kau kene teruskan hidup kau tanpa dia. Kau tetap kena move on! Faham?! " kata Areeq.

" Ye faham " balas Ijat.

" Dah dah tak mahu nangis macam ni lagi. Buruk muka kau tahu tak? " gurau Areeq.

" Kau ni bodohlah " kata Ijat. " Ha lagi satu " sambung Areeq.

" Ape dia lagi? " soal Ijat.

" Tolong jangan carikan jodoh aku. Aku dah jumpa dah bakal bini aku. Nanti aku ajak datang rumah " kata Areeq merayu.

" So maknanya tugas aku dah selesai lah? " soal Ijat sambil mengangkat tinggi keningnya.

" Yes! Tugas kau dah selesai. Kau tunggu je aku bawak bakal akak ipar kau " kata Areeq.

" Okay. Kita tengok nanti " kata Ijat.

" Orait " balas Areeq.

" Dahlah. Kau pergi balik bilik kau sana! Aku nak solat! " halau Ijat.

" Tak nak. Jauhlah bilik aku ngan kau. Malaslah nak balik bilik " rungut Areeq lalu baring di atas katil Ijat.

" Ishhhhh! Busuklahhhhhh! Bilik kau depan sana je kan " kata Ijat.

" Eh bukan bilik aku kat tingkat 1 ke? " soal Areeq keliru.

" Eh kau ni ngigau apa ni? Bilik kita dua kan kat tingkat 2. Bilik kau depan tu je doh " jawab Ijat.

" Ye eh? Bukan bilik aku berdepan dengan bilik Qeesh ke? " soal Areeq lagi.

" Ya Allah! Bilik Qeesh kat bawah ni ha. Bilik Qeesh, Bilik Harees, Bilik Hafeez semua kat tingkat bawah kita! " kata Ijat.

" Habis bilik mama dengan papa kat mana? Aku dah pening dengan rumah ni " soal Areeq.

" Bilik mama ngan papa kan dekat ruang tamu belakang " jawab Ijat.

" Eh habis dapur? " soal Areeq lagi.

" Siallah kau! Kau pergi balik bilik kau! Pergi! " jerit Ijat. Areeq cepat cepat lari masuk ke biliknya dan menutup pintu. Yelah siapa berani berdepan dengan Ijat bila Ijat tengah marah? Mahu tengkuk kau berpusing bila Ijat marah. Semua orang takut kalau Ijat marah. Jadi, janganlah buat Ijat marah. Takut ada yang mati kat situ nanti :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience