:-1

Romance Completed 4604

" Yeah! Aku menang! " jerit Ijat.

" Alaa motor kau baru lagi. Boleh cerita laa " kata Ayqal.

" Motor kau pun baru " kata Ijat.

" Mana ada. Motor aku dah celapuk macam ni kau kata baru? " dalih Ayqal.

" Dah dah jom gi tempat lepak kita. Tadi pun bukan race rasmi pun " kata Epul.

" Khai, jap. Aku nak tanya kau. Motor aku dengan motor Ijat mana lagi baru? Jawab dulu " kata Ayqal.

" Ishhh kau ni! Motor Ijat baru " jawab Epul tegas.

" Haa kan betul aku cakap. Motor kau baru. Tapi kau amik motor ni berapa ribu? " soal Ayqal.

" Haa tu jangan tanya aku. Tu kau kene tanya Areeq. Dia yang hadiahkan aku motor ni. Sebab aku dapat straight A masa exam haritu " jawab Ijat.

" Kau tak tahu laa ni. Alaa. Aku baru ingat nak amik motor ni. Tapi kau tak tahu harga pulak " kata Ayqal.

" Alaa kau ni. Nanti aku tanya laa abang aku nanti. Kecoh ah kau ni. Dah laa. Jom pergi rumah aku. Papa aku jemput korang datang rumah " ajak Ijat.

" Sebab apa pulak weyh? " soal Wany.

" Alaa dia saje je jemput. Dia memang setiap kali adik beradik aku ada kawan ke geng ke nanti dia suruh ajak datang rumah. Makan makan " jawab Ijat.

" Wah. Baik gila papa kau weyh! " kata Araaz teruja.

" Papa aku ni jenis peramah sikit la " terang Ijat.

" Ouh " balas mereka semua.

" Dah kalau macam tu jom laa. Gerak laa masing masing " kata Fauzan.

" Bagi tuan rumah jalan dulu laa. Hahaha " kata Epul.

" Ouh boleh boleh " kata Ijat lalu menghidupkan enjin motornya dan bergerak sedikit ke hadapan.

" Ah jangan. Kang dia tinggalnya kita kang. Dia tu dah laa bawak motor macam pelesit " kata Wany.

" Hahaha " Ijat ketawa geli hati.

" Yelah yelah. Epul kau lead depan. Aku ngan Wany belakang " Arah Ijat sebagai ketua geng tersebut.

" Wokeng. Jom jalan! " jerit Paan.

" Woi! Tak payahlah jerit macam tu. Rumah aku je pun " kata Ijat dari belakang.

" Hehe sorry sorry. Excited. Aku tak pernah tengok lagi rumah kau " terang Paan.

" Bukan kau sorang je. Semua. Cuma Epul ngan Wany je dah pernah datang " balas Ijat.

" Ouh kk " balas Paan. Mereka semua pun bergerak menuju ke rumah Ijat. Mereka berkonvoi naik motor ramai ramai! Haha.

*** Gangster Idola ***

" Ijat! Bukak gate! " jerit Epul dari depan kepada Ijat yang berada di belakang.

" Jap jap! " balas Ijat sambil menekan butang di atas remote control pagar. Secara automatik pagar bergerak sendiri apabila Ijat menekan butang tersebut.

" Weyh korang. Park sini " kata Ijat sambil menunjukkan tempat meletakkan motor di garaj rumahnya.

" Pakcik, tolong tengokkan motor eay! Ada 8 biji motor. Ijat punya dah letak kat garaj sana " kata Ijat kepada pengawal keselamatan di pondok pengawal.

" Baik Cik " balas pengawal tersebut.

" Ok dah. Jom naik atas " ajak Ijat.

" Eh ni bukan rumah kau ke? " tunjuk Araaz ke arah tingkat bawah rumah Ijat.

" Memanglah. Kau nampak ada pintu masuk ke kat situ? " soal Ijat.

" Ouh takde. Hehe. Kene naik tangga ni ke? " soal Araaz lagi.

" Kau ni banyak tanya laa Raaz. Ikut je la " kata Epul.

" Hehe " sengih Araaz.

" Assalamuaikum! Mama! " panggil Ijat.

" Ye Neez. Haa kawan kawan dah sampai eh. Jemput diorang masuk. Mama panggilkan papa " kata Puan Fasihah.

" Ok ma " balas Ijat.

" Weyh, jom laa masuk " ajak Ijat. Mereka semua masuk ke dalam dan Ijat menutup pintu.

" Ijat, family kau panggil kau Neez eh? " soal Awish.

" Haah. Kenapa? " jawab Ijat lalu bertanyakan kenapa.

" Takdelah. Kenapa nama famous kau Ijat dengan nama kat rumah kau lain? " soal Awish lagi.

" Yelah. Aku ngan akak aku kan dua dua ada Izati. Kalau panggil Ijat dua dua menyahut nanti " jawab Ijat.

" Ouh. Apa nama akak kau? " soal Awish lagi.

" Haqeesh Izati " jawab Ijat.

" Siapa sebut nama akak tu? " kedengaran satu suara dari arah tangga.

" Eee perasan. Sape tah nak sebut nama dia " jawab Ijat mengusik.

" Oo kau pandai eh. Dah sebut nama aku tak ngaku lak kau " balas Haqeesh atau lebih selesa di panggil Qeesh.

" Qeesh, ni kawan kawan Neez. Yang perempuan tu Wany " terang Ijat. Wany menyalam tangan Qeesh.

" Nama penuh dia apa? " soal Qeesh.

" Nur Shazwany Atikah Binti Putra " jawab Wany.

" Uishh sedap nama " puji Qeesh.

" Terima kasih " ucap Wany.

" Ha yang ni Epul. Nama penuh dia Muhd Saiful Khairul " Ijat memperkenalkan Epul pula.

" Hai Epul " tegur Qeesh peramah.

" Hai kak Qeesh " balas Epul.

" Yang muka macam cacing ni, Ayqal " Ijat memperkenalkan Ayqal.

" Oi! Kau suka hati je panggil muka aku cacing " kata Ayqal.

" Neez ni memang macam ni " kata Qeesh.

" Haha. Yang sebelah Ayqal tu Awish, sebelah Awish tu Paan. Yang duduk berdua kat sebelah Wany tu Fauzan dengan Araaz. Fauzan dengan Paan ni kembar " terang Ijat.

" Ouh. Patutlah muka sama " kata Qeesh.

" Ni ha kau ni. Yang kau pakai cantik cantik ni nak pergi mana? " soal Ijat.

" Pergi jumpa kawan aku jap " jawab Qeesh.

" Abang Hafiz eh? " soal Ijat tersengih sengih.

" Eh kau ni. Dah laa aku dah lambat. Pergi dulu " Qeesh yang malu cepat cepat meminta diri.

" Haneez " panggil Encik Hisyam.

" Ye papa " jawab Ijat.

" Ni ke kawan kawan Neez? " soal Encik Hisyam.

" Haah pa. Ni laa kawan kawan Neez " jawab Ijat.

" Haneez! " panggil Puan Fasihah.

" Ye ma " sahut Ijat.

" Meh sini tolong mama kejap " kata Puan Fasihah.

" Ok ma " balas Ijat.

" Ha meh jemput makan. Tu makcik Sihah dah buatkan nasi briyani. Sedap " pelawa Encik Hisyam.

" Ok pakcik. Terima kasih " ucap Ayqal.

" Ha meh makan. Layan diri eay " kata Ijat.

" Wokeng! " balas Awish. Mereka pun makan beramai ramai sambil berbual bual. Suasana sedikit riuh kerana dipenuhi dengan gelak tawa mereka semua. Malah Encik Hisyam, Puan Fasihah dan adik adik Ijat, Hafeez Izzat dan Harees Izzat juga menyertai mereka berbual.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience