:- 8

Romance Completed 4604

" Pul, mana adik kau? " soal Ijat tegas.

" Tu ha " jawab Epul.

" Apasal kau buli budak tu? " soal Ijat. Remy tidak menjawab.

" Aku tanya, apasal kau buli budak tu?! " soal Ijat tapi lebih tegas suaranya. Sekali lagi Remy diam.

" Woi! Kau bisu ke ape ha?! Aku tanya tu jawablah! Takde mulut ke? " tengking Ijat.

" My, jawab! " arah Epul pula.

" Aku tanya lagi sekali, apasal kau buli budak tu? " soal Ijat.

" Se sebab dia tak si siapkan kerja " jawab Remy perlahan dan gagap.

" Siapkan kerja? Siapkan kerja sape? Kerja kau ke kerja dia?! " soal Ijat lagi.

" Kerja saya " jawab Remy.

" Cikgu bagi kerja tu untuk kau ke untuk dia? Kau ingat bagi orang macam tu boleh jadi samseng lah?! Eh ingat eh, setakat badan kau yang ciput ni, aku boleh campak lah dalam sungai. Jangan berlagak sangat nak jadi samseng boleh tak? " marah Ijat.

" Aku bagi kau peluang kali ni. Kalau aku dapat tahu kau buli budak lagi, kepala kau aku settle dulu. Epul, kau jangan backup sangat adik kau ni. Sekali dia buat hal, sampai mati aku ingat muka dia. Bagitahu mak bapak kau. Biar sedar sikit perangai anak dia ni " ujar Ijat.

*** Gangster Idola ***

Fahmi keluar dari tandas lelaki. Dia sudah tidak tahan nak terkucil tadi. Barulah lega selepas menyelesaikan hajat. Saat dia hendak menaiki tangga, tiba tiba dia terdengar bunyi orang sedang marah marah di belakang bangunan lama.

" Sape pulak yang marah marah tu? Garang siot " kata Fahmi di dalam hati. Dia memberanikan diri menuju ke belakang bangunan lama.

" Haneez? " betapa terkejutnya Fahmi apabila melihat bekas kekasihnya sedang berurusan dengan seorang budak. Akhirnya dia melihat budak itu dilepaskan dan budak itu berjalan menuju ke kelasnya. Fahmi berjalan mendekati Ijat, Epul dan Ayqal.

" Epul, kau jangan lupa. Balik rumah kau bagitahu mak bapak kau pasal Remy. Jangan diam je. Aku sumbat kepala kau dalam tong sampah nanti " kata Ijat.

" Yee " balas Epul.

" Haneez? " panggil Fahmi. Ijat memusingkan badannya ke belakang untuk melihat siapakah yang memanggil namanya.

" FAHMI?! " terbuntang mata Ijat apabila melihat bekas kekasih lama yang meninggalkannya dulu. Epul dan Ayqal saling berpandangan.

" Haneez, I minta maaf " ucap Fahmi.

" Maaf? Kau tahu minta maaf je. Kau tahu tak berbulan aku tersiksa, berbulan aku tunggu kau datang balik tapi mana? " kata Ijat.

" I bukan sengaja. I masa tu " kata kata Fahmi dipotong oleh Ijat.

" Dah! Stop! Aku tak nak dengar apa apa! Aku nak kau blah dari sini! Aku tak nak tengok muka kau lagi! Kau dah mati dalam hati aku! " kata Ijat.

" Neez! Tunggu " Fahmi menahan Ijat dengan menarik lengan Ijat.

" LEPAS! Epul, Qal, jom! " kata Ijat.

" Neez, ingat, I takkan senang senang lupakan U. I akan dapatkan balik Haneez Izati I. Tak kira apa cara pun " kata Fahmi. Ijat buat buat tak dengar dan terus berjalan sambil menarik Epul dan Ayqal.

*** Gangster Idola ***

" Sini! " Ijat menarik Epul dan Ayqal ke tangga hujung blok kelas mereka.

" Korang sebenarnya tahu kan jantan tu dah masuk sekolah ni? " soal Ijat. Epul dan Ayqal berpandangan sesama sendiri.

" Weyh jawablah! " jerit Ijat.

" Ye! " balas Epul dan Ayqal yang sebenarnya melatah.

" Apasal korang tak bagitahu aku? " soal Ijat.

" Jat, bukan kitaorang tak nak bagitahu kau. Tapi setiap kali kitaorang nak bagitahu je, ada je benda lain kacau. Ade je orang nak kacau. Kitaorang pun tak tahu macam mana nak bagitahu kau " ujar Epul.

" Tapi at least bagitahu je lah. Banyak kot masa. Apasal? Korang takut aku marah? Kalau korang bagitahu awal awal takdelah aku marah! Ni aku sendiri dah jumpa dia tapi tak tahu ape ape pastu bila tanya korang dan korang tahu lagi lah korang buat aku naik angin! Nak aku pusing kepala kau? " marah Ijat.

" Macam ginilah, petang ni aku nak jumpa semua geng kita. Jangan ada yang tak datang. Kalau ada yang tak datang, aku campak dia dalam sungai belakang rumah aku. Faham?! " arah Ijat.

" Faham " balas Epul dan Ayqal. Mereka bertiga berjalan menuju ke kelas 4A. Cikgu cikgu semua pergi bermesyuarat. Itu sebabnya mereka boleh merayau.

*** Gangster Idola ***

" Kenapa Haneez dah lain ha? " soal Fahmi berteka teki sambil berjalan menuju ke kelasnya 4B.

" Fahmi, kau pergi mana? " soal Hazieq, rakan Fahmi.

" Aku gi toilet. Eh Zieq, aku nak tanya sikit ni " jawab Fahmi.

" Mende? " soal Hazieq.

" Kat sekolah ni, siapa paling samseng eh? " soal Fahmi.

" Haha gila ke kau tak kenal. Weyh aura dia kuat au kat sekolah ni " jawab Hazieq.

" Sape? " soal Fahmi.

" Ijat. Kelas sebelah " jawab Hazieq.

" Ijat? Sape tuh? " soal Fahmi.

" Laa serius ah kau tak kenal. Nama penuh dia Haneez Izati Binti Hisyam. Orang panggil dia Ijat. Sebab dia memang samseng kat sekolah. Tapi samseng jenis baik lah. Sesamseng dia tu, dia pun paling pandai dalam sekolah " jawab Hazieq.

" Kau sebut balik nama penuh dia " arah Fahmi.

" Haneez Izati " jawab Hazieq.

" Ouh, dia kelas apa? " soal Fahmi lagi.

" Ishh kau ni, kan aku dah cakap tadi. 4A. Kelas sebelah " jawab Hazieq.

" Dia memang pandai ke? " soal Fahmi lagi.

" Haduhh kau ni. Kalau kau nak tahu sangat pasal dia, tunggu jap " kata Hazieq.

" Kau nak buat apa? " soal Fahmi. Namun soalannya tidak dijawab.

" Bagi aku 2 ringgit " kata Hazieq. Fahmi menghulurkan 2 keping not RM1 kepada Hazieq.

" Awish! Aku nak HITE satu! Nah duit! " jerit Hazieq kepada Awish yang duduk di barisan belakang sekali.

" Sini ah! Kau yang nak, aku pulak kene datang sane " balas Awish.

" Nah " kata Hazieq sambil menghulurkan RM2 kepada Awish.

" Nah " balas Awish lalu menyerahkan majalah HANEEZ IZATI TROOPERS EMPIRE (H.I.T.E).
Secara automatiknya duit dan majalah tersebut bertukar tangan.

" Fahmi! Nah! " jerit Hazieq.

" Kau nak bagi siapa? " soal Awish.

" Fahmi le. Dia kan belum ada lagi magazine ni. Dia sibuk nak tahu, aku tolonglah belikan " jawab Hazieq.

" Hah?! Fahmi?! Woi Fahmi tu ex... " Awish terkejut. Mulutnya ditutup rapat oleh Araaz disebelahnya.

" Raaz, kau kenapa? " soal Hazieq.

" Takde pape. Ni ha mulut dia ada cili terselit " jawab Araaz.

" Pelik pelik laa korang ni. Aku blah dulu lah " kata Hazieq.

" Ha ok " balas Araaz.

" Kau ni mulut macam bontot ayam lah " kata Araaz.

" Weyh, aku terlepas siot. Nasib baik kau tutup mulut aku " kata Awish.

" Ishh kau ni. Lain kali nak cakap tu pikir dulu " kata Araaz. Awish hanya tersengih lalu meneruskan kerja rumah yang diberi oleh Cikgu Sidek.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience