:- 5

Romance Completed 4604

" Khai! " panggil Awish dari jauh. Awish sebenarnya dalam perjalanan menuju ke kelasnya lantas dia melihat Epul dalam perjalanan ke tandas, dia pun mengambil kesempatan berjumpa Epul.

" Ha asal? " soal Epul.

" Kau tahu cerita tak? " soal Awish pula.

" Cerita apa? " soal Epul kembali.

" Fahmi pindah masuk sekolah sini! " kata Awish.

" Ha?! Serius ah?! " soal Epul terkejut.

" Ye weyh. Dia masuk kelas aku. 4B. Sebelah kelas kau ngan Ijat je doh " kata Awish.

" Ape ape pun korang jangan bagitahu Ijat dulu. Kita fikir macam mana nak bagitahu Ijat. Ni Wany dah tahu belum? " kata Epul.

" Belum. Wany, Ijat ngan Ayqal belum tahu " jawab Awish.

" Ha okay. Nanti aku bagitahu diorang. Tapi Ijat aku tak bagitahu " kata Epul.

" Wokay " balas Awish.

" Eh dahlah. Aku nak terkencing dah ni. Kang ada yang basah kat sini kang " kata Epul.

" Dah pergi sana " kata Awish.

" Ha okay okay " balas Epul lalu berlari masuk tandas.

*** Gangster Idola ***

" Ijat " panggil Cikgu Iza.

" Ye cikgu " jawab Ijat." Kamu pergi kelas sebelah 4B. Panggil pelajar baru Fahmi tu " arah Cikgu Iza

" Baik cikgu " turut Ijat lalu mengambil pas dari ketua tingkatan dan pergi ke kelas 4B. Ijat mengetuk pintu kelas 4B. Bukannya jauh pun kelas 4B tu, sebelah kelas 4A je.

" Masuk " arah Cikgu Sidek.

" Raaz, Ijat " bisik Awish ke telinga Araaz yang sedang membuat kerja sekolah.

" Haduh! " keluh Araaz. Tanpa disedari, keluhan Araaz didengari oleh Cikgu Sidek dan Ijat.

" Muhd Akmal Syafaraaz, ada masalah? " soal Cikgu Sidek.

" Eh takde cikgu. Saya tak faham dengan soalan ni. Saya suruh Darwish ajarkan, tapi saya tak faham. Susah. Hehe " jawab Araaz. Cikgu Sidek hanya menggelengkan kepala.

" Ye Ijat? " soal Cikgu Sidek.

" Cikgu Iza panggil pelajar baru pergi ke kelas 4A " beritahu Ijat.

" Ouh. Dia pergi ambil buku teks. Nanti saya suruh dia pergi ke kelas awak ye " kata Cikgu Sidek.

" Ouh ok. Terima kasih cikgu. Saya pergi dulu. Assalamualaikum " balas Ijat.

" Waalaikumussalam " jawab Cikgu Sidek.

" Weyh, Fahmi nak pergi kelas Ijat " bisik Awish ke telinga Araaz.

" Habis ni weyh. Habis! " balas Araaz.

" Assalamualaikum " ucap Fahmi yang baru balik dari bilik buku teks.

" Fahmi, Cikgu Iza panggil awak di kelas 4A " beritahu Cikgu Sidek.

" Baik cikgu " balas Fahmi. Kringg!!. Bunyi loceng berkumandang menandakan masa ke 7 bagi para guru tamat.

" Baik pelajar semua. Kamu siapkan kerja di rumah. Sekian terima kasih " Ucap Cikgu Iza.

" Assalamualaikum cikgu. Cikgu nak jumpa saya? " ucap Fahmi di depan pintu.

" Ha Fahmi. Awak ikut saya ke bilik guru lah. Masa dah tamat. Jom ke bilik guru " kata Cikgu Iza.

" Fahmi? " soal Ijat sendirian.

*** Gangster Idola ***

" Weyh Ijat! Nak lepak mana petang ni? " soal Epul.

" Pul, aku rasa tak lepak laa petang ni. Aku nak rehat je kat rumah " jawab Ijat.

" Ouh ok. Kalau macam tu nanti aku bagitahu diorang " kata Epul.

" Ok " balas Ijat lalu memecut keluar dari sekolah menaiki motornya.

" Ijat kenapa? " soal Wany.

" Entahlah. Wany, ape kata petang ni kita berdua datang rumah dia. Kita kena bagitahu pasal Fahmi tu " ajak Epul.

" Ok. Kau nak aku tunggu kat mana? " soal Wany. " Takpe. Aku datang rumah kau. Nanti kita gerak sama " jawab Epul.

" Ok Khai! Aku gerak dulu! " balas Wany.

" Bye! " lambai Epul.

*** Gangster Idola ***

Ijat berhenti di hadapan pintu pagar rumahnya. Dia mengeluarkan remote pagar dari poket begnya yang berzip. Dia menekan remote itu dan secara serta merta pintu pagar terbuka seluas luasnya secara automatik.

" Assalamualaikum! Pakcik! Ijat dah balik! " ucap Ijat kepada pengawal keselamatan di pondok. " Waalaikumussalam. Dah pergi masuk mandi sana. Pakcik bau Ijat ni dah bacin ni " jawab pengawal itu.

" Mana ada bacin. Ee pakcik ni. Haha dah lah. Ijat masuk dulu eh. Bye pakcik " kata Ijat. Ijat memang dikenali sebagai cik peramah. Semua pekerja di rumahnya amat senang dengannya. Begitu juga dengan seluruh keluarganya. Kesemua pekerja di rumahnya amat senang bekerja di dalam kediaman Encik Hisyam. Kerana keluarga Encik Hisyam semuanya sporting belaka.

" Assalamualaikum!! " laung Ijat dari luar. Belum pun dia menaiki tangga, dia sudah melaung salam kuat kuat.

" Waalaikumussalam. Eh Haneez! Kenapa bagi salam kuat kuat dari bawah tu? Bagi salam slow slow dah lah " kata Aqeesh.

" Alaa. Suka hatilah. Biar ada orang bukakkan pintu bila dengar bunyi salam kuat kuat " jawab Ijat.

" Masalahnya, suara kau tu satu taman boleh dengar tahu tak " kata Aqeesh.

" Biarlah " jawab Ijat.

" Dah masuk " arah Aqeesh.

" Ok " jawab Ijat lalu memanjat tangga menuju ke rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience