:- 2

Romance Completed 4604

" Reen! U ni tak habis habis! I dah kata I nak sedikit ruang! U tak habis habis nak call I, nak chat I! Semak tahu tak! I banyak homework tahu tak! I nak buat homework pun tak boleh! " marah Fahmi kepada Ayreena.

" What? Hey! Berani U tinggikan suara dengan I! U ingat I ni siapa?! " marah Ayreena.

" Yaa! U Ayreena Aqila binti DATO' JAAFAR! Ingat I takutlah dengan anak dato' ni?! " jawab Fahmi.

" U berani eay sekarang?! " balas Ayreena.

" U bukan boleh buat apa apa pun! Dah lah! I nak balik lah! Buang masa I je jumpa U! " kata Fahmi.

" Wait! Fahmi! Fahmi! I tak habis cakap lagi lah! Fahmi! " panggil Ayreena.

" I malas nak dengar U cakap! U nak cakap, U pergi cakap dengan pokok! " kata Fahmi.

" Bodoh! Bagilah I jelaskan dulu! " jerit Ayreena. Malangnya Fahmi sudah memecut laju menaiki motornya.

" Fahmi!!!! " jerit Ayreena. Dia masuk ke dalam rumahnya dalam keadaan marah.

" Mak Huda! Mak Huda! " panggil Ayreena dengan marah.

" Ya Cik Reen? " balas Mak Huda, pembantu di dalam rumah tersebut.

" Mak Huda! Aku nak keluar kejap! " kata Ayreena dengan kasar.

" Tapi Cik " balas Mak Huda.

" Kau diamlah. Kau bukannya tahu apa pun! Buat kerja kau je! " kata Ayreena.

" Ayreesh! Ayreesh! " panggil Ayreena kepada adiknya pula.

" Ishh nak apa kak? Terjerit jerit. Apesal? " balas Ayreesh Amirul, adik kepada Ayreena.

" Hantar akak pergi rumah abang Fahmi sekejap! " pinta Ayreena dengan kasar.

" Halah akak ni! Orang dah tak nak tu tak payahlah nak kejar dia lagi " balas Ayreesh sambil menonton televisyen.

" Dia sayang lagi kat aku lah! " balas Ayreena.

" Kak! Kau ni menyusahkan orang lah! Dah tak boleh nak bawak motor tu belajar lah! Pergilah ambil lesen! " balas Ayreesh.

" Kau boleh tak jangan cari gaduh ngan aku! Cepatlah! " Tengking Ayreena.

" Minta tolong kat orang tapi tak reti nak cakap elok elok " kata Ayreesh perlahan. Dia pun segera mengambil kunci motor dan menghidupkan enjin motornya. Ayreena pula mengambil telefonnya dan membetulkan tudungnya.

" Woi! Kak! Cepatlah " panggil Ayreesh.

" Sabarlah! " balas Ayreena. Ayreena mengambil kasut tumit tingginya dan berlari ke arah Ayreesh.

" Kau nak naik motor pakai heels? " soal Ayreesh.

" Suka hati aku lah! Cepatlah! " jawab Ayreena.

" Naiklah cepat! " marah Ayreesh. Ayreena pun memanjat motor milik Ayreesh. Walaupun Ayreesh baru berumur 15 tahun namun bapanya, Dato' Jaafar telah memberikannya motor untuk kegunaannya. Ayreesh memecut laju menuju ke rumah Fahmi seperti yang diarahkan oleh kakaknya.

*** Gangster Idola ***

" Weyh korang. Esok jumpa kat sekolah! " kata Ijat kepada kawan kawannya yang sudah mahu pulang ke rumah masing masing kerana hari sudah senja.

" Wokeng " balas mereka semua serentak.

" Bye! " lambai Ijat kepada mereka lalu memanjat tangga ke rumahnya. Dia mahu menutup pintu tetapi abangnya Hazreeq Izzat muncul di hadapan pintu sambil membuka
.

" Assalamualaikum " ucapnya.

" Waalaikumussalam. Oi! Kau muncul dari mana doh? " jawab Ijat.

" Aku baru balik ni. Penatlah. Layan client cerewet tadi. Itu dia tak nak. Ini dia tak nak. Macam macam. Pening kepala aku tahu tak! " bebel Areeq.

" Woi bodoh! Kau nak membebel kat dalamlah. Aku nak tutup pintu lah sia " kata Ijat sedikit marah.

" Sorry sorry sorry. Aku penat " kata Areeq.

" Dah tepi tepi tepi. Masuk dalam pergi mandi sana. Busuk tahu tak badan kau! " kata Ijat.

" Elehh. Kau pun busuk " balas Areeq sambil berlari naik tangga menuju ke biliknya.

" Eh sial! Woi kau siap kau. Kau tahulah nanti aku kerjakan kau. Woi busuk! " balas Ijat. Begitulah mereka setiap hari. Ijat sememangnya rapat dengan abangnya, Areeq berbanding dengan kakaknya, Aqeesh. Ijat dan Areeq sentiasa bersama. Jika keluarga mereka keluar membeli barang, mereka akan berjalan berdua. Mereka seperti belangkas yang susah dipisahkan.

*** Gangster Idola ***

" Fahmi! Fahmi! " jerit Ayreena di hadapan rumah Fahmi.

" Fahmi! " jeritnya lagi.

" Akak ni siapa? " soal Faiz.

" Kau budak kecik jangan nak menyibuk lah! Fahmi! " marah Ayreena kepada Faiz.

" Ishh! Abang Fahmi! Ni ada perempuan gila ni cari abang! " jerit Faiz. Rupanya Faiz adalah adik kepada Fahmi.

" Siapa dik? " soal Fahmi.

" Ni ha " jawab Faiz sambil menunjuk ke arah Ayreena.

" Dahlah marah marah orang " kata Faiz.

" Dia marah Iz? " soal Fahmi dengan lembut.

" Haah. Dia kata macam ni. Kau budak kecik tak payah nak menyibuklah!. Ha macam tu lah " jawab Faiz.

" Dah dah adik pergi masuk dalam. Dah maghrib ni " kata Fahmi.

" Okay " jawab Faiz lalu berlari masuk ke dalam.

" U nak apa Reen? Terjerit jerit depan rumah orang. Kan nak maghrib ni. U tak malu ke? " soal Fahmi.

" I tak kisah. I nak cakap dengan U je sekarang ni " jawab Ayreena.

" Dah lah. U pergi balik lah. I nak masuk dalam. Esok cakap kat sekolah jelah " kata Fahmi.

" Fahmi, please terima I balik. I janji I takkan kacau U kalau U busy " rayu Ayreena.

" Ye ye! Dah pergi balik lah " kata Fahmi. Ayreena pun memanjat motor Ayreesh dan Ayreesh memecut balik ke rumahnya.

" Haihh " keluh Fahmi lalu masuk ke dalam rumahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience