:- 4

Romance Completed 4604

" Woi! Fahmi mana Fahmi?! " soal Ayreena kepada rakan rakan Fahmi.

" Laa kau awek dia takkan kau tak tahu kot? " soal rakan rakan Fahmi.

" Tahu apa ni? " soal Ayreena keliru.

" Laa awek jenis apa kau ni. Haduihh " kata salah seorang rakan Fahmi.

" Ayreena Aqila Binti Dato' Jaafar. Boyfriend kau, Fahmi dah pindah semalam " terang rakan Fahmi.
" Ha?! Pindah?! Semalam?! Bila?! Pukul berapa?! " soal Ayreena bertubi tubi.

" Semalam lepas rehat. So hari ni dia baru daftar sekolah baru dia " jawab rakan rakan Fahmi secara bergilir.

" Sekolah mana? " soal Ayreena.

" Manalah kitaorang tahu " jawab mereka.

" Ishhh Bodoh! " rengus Ayreena kasar lalu melangkah keluar dari kelas 4 sc 1.

*** Gangster Idola ***

" Semua pelajar tingkatan 4A sila bergerak ke makmal kimia sekarang. Arahan daripada Puan Hidayah " umum pengawas yang bertugas di perhimpunan pada pagi itu. Serentak semua pelajar tingkatan 4A bergerak menaiki tangga menuju ke makmal kimia yang terletak di tingkat atas sekali bangunan makmal.

" Dipersilakan guru yang bertugas pada minggu ini memberikan sedikit ucapan " ucap pengawas itu.

" Baiklah murid murid semua, hari ini kita akan jalankan perhimpunan kita tanpa pelajar tingkatan 4A kerana tingkatan 4A akan melakukan pameran kimia pada waktu rehat nanti. Jadi harini saya nak memperkenalkan seorang pelajar baru yang baru berpindah dari Sekolah International Batchelor iaitu sekolah pelajar pelajar elit. Saya memperkenalkan Fahmi Shah Bin Fawzi " ucap guru yang bertugas. Kesemua pelajar memandang pelajar tersebut sambil tersenyum kecuali geng geng Ijat. Mereka kenal Fahmi.

" Ok jadi Fahmi akan masuk ke tingkatan 4B. Pelajar kelas 4B nanti tolong tunjukkan kelasnya kat mana ya. Berkawan ya " sambung guru itu lagi. Serentak muka Awish dan Araaz berubah. Mereka memang kelas 4B. Lebih lagi kelas 4B bersebelahan dengan 4A. Mereka risau Fahmi akan melakukan apa apa terhadap Ijat. Ini kerana kepopularan Ijat sangat kuat di sekolah itu. Ijat sangat terkenal kerana karakternya yang berani, peramah dan pandai. Tidak ada seorang guru yang tidak mengenalinya.

" Ok pelajar semua, kita tamatkan perhimpunan di sini sahaja. Semua boleh bersurai dan masuk ke kelas " kata pengawas yang bertugas. Pelajar semua beredar masuk ke kelas kecuali geng geng Ijat iaitu Araaz, Awish, Paan dan Fauzan.

" Weyh, cam mana nak bagitahu Ijat ni? " soal Fauzan.

" Lek ngah. Ape ape pun kita kena bincang dengan Khai dengan Wany. Diorang paling rapat dengan Ijat. So kita kena cerita dulu kat Khai. Nanti suruh Khai bagitahu Wany. Biarlah diorang yang cerita kat Ijat " terang Araaz.

" Ouh okk. So kita just bagitahu Khai dengan Wany je la dulu " kata Awish.

" Haah. Dah lah kita masuk kelas dulu. " jumpa waktu rehat nanti " kata Araaz kepada Paan dan Fauzan.

" Okengg! " balas Paan dan Fauzan sebelum masuk ke kelas mereka 4 sains 3.

*** Gangster Idola ***

" Epul, kau tolong aku pegang benda alah ni " kata Ijat.

" Dah " jawab Epul.

" Kau pegang elok elok. Aku nak tuang ni " pesan Ijat.

" Ok " balas Epul. Ijat pun menuang cecair kimia ke dalam silinder penyukat yang dipegang oleh Epul.

" Yes! Cikgu! Dah jadi! " jerit Ijat memanggil Cikgu Hidayah, guru matapelajaran sainsnya yang berada di hadapan makmal.

" Wah! Tahniah Ijat dan Epul. Pelajar pelajar yang lain, sila berikan tepukan kepada kumpulan Haneez Izati dan Muhd Saiful Khairul. Mereka menepati ciri ciri yang saya nak " kata Cikgu Hidayah. Pelajar tingkatan 4A semua menepuk tangan.

" Jadi saya akan memilih kumpulan Haneez Izati dan Muhd Saiful Khairul untuk memimpin pameran kimia pada waktu rehat nanti. Jadi secara rasminya Haneez Izati dan Muhd Saiful Khairul menjadi pengerusi yang akan mengetuai pameran ini. Jadi pelajar yang lain sila dengar arahan pengerusi ya " kata Cikgu Hidayah.

" Baik cikgu! " jawab pelajar 4A. Mereka memang tidak kisah jika Ijat yang mengetuai semua acara. Ini kerana Ijat memang pandai dari segi akademik dan juga kokurikulum sekolah. Dia sentiasa mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah. Pernah sekali mendapat pengiktirafan anugerah tokoh pelajar. Jadi mereka memang setuju jika Ijat yang handle semuanya. Lagipun Ijat famous satu sekolah.Satu sekolah mengenalinya. Baik cikgu ataupun murid serta pekerja pekerja sekolah semuanya mengenali Ijat.

" Ok kalau begitu kamu semua boleh balik ke kelas semula. Tapi ingat ya! Pukul 10.10 pagi datang semula ke makmal kimia. Kita nak siapkan radas. Faham? " pesan Cikgu Hidayah.

" Faham cikgu! " jawab pelajar tingkatan 4A.

" Baiklah, kamu semua boleh balik ke kelas. Terima kasih " ucap Cikgu . Semua pelajar tingkatan 4A menuruni tangga lalu berjalan dalam keadaan teratur ke blok kelas mereka. Mereka mendaki tangga semula lalu berhenti di tingkat 2. Di situlah kelas mereka. Mereka masuk ke dalam kelas dalam keadaan senyap kerana kelas 4B sedang belajar bersama cikgu garang. Beberapa minit kemudian, guru matapelajaran matematik mereka masuk ke dalam kelas.

" Bangun! " arah ketua tingkatan yang pastinya bukan Ijat. Bukannya cikgu tak nak pilih, tapi dah dapat tawaran, ditolaknya tawaran tersebut. Semua pelajar tingkatan 4A bangun mengikut arahan ketua tingkatan mereka.

*** Gangster Idola ***

" Ayreena, kau asal? Senyap je aku tengok " soal Fatihah. Kawan baik Ayreena.

" Fahmi " jawab Ayreena sepatah.

" Kenapa dengan Fahmi? " soal Fatihah.

" Fahmi dah pindah sekolah. Aku tak tahu lah dia pindah mana " jawab Ayreena.

" Ha?! Pindah? Bila? " soal Fatihah lagi.

" Aku tak tahu. Dia sikit pun takde bagitahu aku. Ishh " jawab Ayreena.

" Hurmm takpelah. Ni kau tak nak makan ke? " balas Fatihah.

" Takpelah. I'm on diet " jawab Ayreena.

" Lantak kau lah nak diet ke ape ke. Tak nak makan sudah " balas Fatihah. Fatihah meneruskan makan sambil Ayreena termenung.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience