:- 6

Romance Completed 4604

" Assalamualaikum! Wany! Wany! " panggil Epul.

" Ha waalaikumussalam. Jap Khai. Aku amik kunci motor jap " jawab Wany.

" Wokengg " jawab Epul lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Dia membuka game Clash Of Clansnya.

" Khai! Jom " kata Wany secara tiba tiba dari belakang.

" Warghh! Kau nih! Astaghfirullahalazzim. Nasib baik tak pecah. Allahuakbar " ucap Epul yang terkejut kerana diterjah dari belakang.

" Hehe. Jom lerr " ajak Wany.

" Ha yelah jom " balas Epul.

*** Gangster Idola ***

" Warghhhhhhh! Mak kau bodo! " latah Ijat apabila terkejut kerana dia sedang membuka pintu dan tiba tiba muncul Hazreeq Izzat mukanya dah macam tepung gomak kerana disaluti bedak.

" HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA! Rasakan! Padan muka kau! " kata Hazreeq Izzat. Sebenarnya sebelum ini Hazreeq Izzat pernah terkena dengan prank Ijat yang cuba menakutkan abangnya. Hazreeq Izzat seorang yang takutkan lipas. Ijat meletakkan lipas di dalam bilik air Hazreeq Izzat. Hazreeq Izzat terkejut dan terus pengsan di dalam bilik air.

" Ouh nak balas dendam lah ni? Eh, setakat muka kau yang macam tepung gomak ni aku tak kisah lah. Muka macam atok sewel! Wekkk " kata Ijat lalu berlari turun tangga menuju ke bawah.

" Siap kau! Woi! " Hazreeq Izzat terus mengejar Ijat yang berlari laju turun tangga. Ijat memang expert bab lari. Ijat ialah olahragawati sekolah. Jadi setakat lari turun tangga dia memang dah champion lah. Tak pernah jatuh.

" Areeq, Haneez. Kenapa ni? " soal Puan Fasihah.

" Areeq, kenapa macam tepung gomak ni muka? " soal Puan Fasihah lagi.

" Dia ni ma. Konon nak takutkan orang. Halahhhh " ejek Ijat.

" Hekelehh " balas Areeq.

" Hishh kamu berdua ni. Macam macam. Kalau gaduh, gaduh betul. Kalau baik, baik betul kan " kata Puan Fasihah.

" Eh ma. Kalau baik, memanglah baik. Kalau gaduh ma, memang tak arh. Memang takdelah Ijat nak kasik dia menang " kata Ijat.

" Ijat? " soal Puan Fasihah dan Areeq serentak.

" Err Haneez " Ijat memperbetulkan ejaannya. Sebenarnya keluarga Ijat tidak mengenali Ijat dengan panggilan Ijat.

" Hishh kamu berdua ni! Dah dah jangan gaduh. Ada mama sumbat dua dua dalam bilik air kang " kata Puan Fasihah.

" Mama cakap dulu mama sokong sape? " kata Hazreeq Izzat.

" Haihh kamu berdua ni " keluh Puan Fasihah.

" Ma cakaplah dulu. Ma sokong sape? " soal Hazreeq Izzat. Ijat di belakang Hazreeq Izzat menunjuk kepada Puan Fasihah supaya memenangi Ijat.

" Ma sokong Haneez " jawab Puan Fasihah yang mengikutkan sahaja kehendak Ijat.

" Yeahhhhhhhh!!! " jerit Ijat.

" Mama! Ape ni? Kenapa mama sokong dia? Majuklah cenggini " kata Hazreeq Izzat.

" Mengada. Dahlah, Reeq tu dah tua. Tak elok merajuk. Hodoh muka tu " kata Puan Fasihah.

" Wekkkk! Aku menang!! " kata Ijat. Hazreeq Izzat hanya menjeling kepada Ijat.

" Ni mama nak tanya Areeq ni " kata Puan Fasihah.

" Tanya apa ma? " soal Hazreeq Izzat.

" Macam mana dengan calon menantu mama? Haneez dah jumpakan dah? " soal Puan Fasihah. Ijat yang sedang minum air terus tersedak mendengar pertanyaan Puan Fasihah.

" Hah?! " Hazreeq Izzat sendiri terperanjat dengan pertanyaan Puan Fasihah.

" Oh mak kau jatuh tergolek pastu meletop! Eh " latah Haqeesh Izati.

" Oi panjangnya! " kata Ijat.

" Alongg! Janganlah buat orang terkejut tengok kan dah melatah " marah Haqeesh Izati.

" Kak Qeesh! Marah je along ni! Biar dia rasa! Marah dia kak! " kata Ijat.

" Woi! Bangang tu simpan sikit " kata Hazreeq Izzat.

" HAHAHAHAHAHAHA! " Ijat ketawa melekek lekek kerana geli hati dengan kata kata Hazreeq Izzat.

" Areeq, mama tanya ni. Dah jumpa ke belum? " soal Puan Fasihah.

" Kalau Reeq cakap dah? " soal Hazreeq Izzat.

" Ha?! " Ijat yang ketawa tadi terhenti mendengar persoalan Hazreeq Izzat.

" Kalau dah, mama suruh Reeq bawak dia datang rumah minggu depan " jawab Puan Fasihah.

" Jawapan Reeq ma, belum lagi lah ma. Dah jumpa dah yang sepadan. Tapi dia tak kenal Reeq lagi. Belum couple pun " jawab Hazreeq Izzat.

" Crush kau lah ni? " teka Ijat.

" Haah. Crush je. Tapi tengah usaha nak dapatkan dia " jawab Hazreeq Izzat.

" Ha baguslah tu. Usaha ye. Jangan putus asa. Mama terima je semua yang Reeq pilih jadi menantu mama " kata Puan Fasihah.

" Ok ma " balas Hazreeq Izzat lalu menjeling Ijat.

" Mama, Neez rasa macam ada orang bagi salam lah tadi. Jap Neez tengok eh " laju Ijat melarikan diri dari bersemuka dengan Hazreeq Izzat.

" Neez!! Ni kawan kau datang ni!! " panggil Haqeesh Izati.

" Ha tu. Kawan Neez datang. Bye ma " Ijat cepat cepat memanjat tangga menuju ke pintu utama.

" Eh Epul! Wany! " kata Ijat gembira.

" Yee kitaorang ni " jawab Epul.

" Masuklah. Kenapa datang tak bagitahu? Ishh masuk masuk " kata Ijat.

" Alah kau tu. Jangan haraplah nak bukak handphone. Handphone kau entah dah tercampak kat mana entah " kata Wany.

" AHAHAHAHAHA " sekali lagi Ijat ketawa geli hati dengan kata kata Wany.

" Haishh korang ni. Dah jomlah masuk bilik aku. Sini ada penghuni tidak dikenali " kata Ijat apabila Hazreeq Izzat duduk di ruang tamu.

" Penghuni tidak dikenali? Siap kau nanti " kata Hazreeq Izzat.

" Ade aku kisah? Wekkkk " ejek Ijat. Ijat, Wany dan Epul naik ke bilik Ijat meluangkan masa bersama. Bilik Ijat paling besar dalam rumah itu. Bilik Ijat ada beranda yang cantik dihiasi dengan sofa dan bunga bungaan kecil. Itu dihiasi oleh Wany. Mereka melepak bertiga di beranda tersebut.

*** Gangster Idola ***

" Fahmi, kenapa U tak bagitahu I yang U dah pindah? " soal Ayreena.

" Nak buat apa I bagitahu U? Penting ke? " soal Fahmi pula.

" Penting lah! I nak pindah sekali dengan U. U masuk school mana? Ouhh I tahu! U masuk sekolah swasta Tan Sri Jalil tu kan? Ormm I teringin nak masuk sana. I ikut U boleh? " kata Ayreena.

" I ikut U boleh? " Fahmi mengajuk kata kata Ayreena dengan membuat suara itik serati.

" U! Janganlah nganjing I! " marah Ayreena.

" Siapa nganjing U? Eh Reen, U dengar sini eh. I bukannya saja saja nak pindah. I harap lepas ni U jangan cari I lagi. I dah malas nak tengok muka U. Lagi satu, I nak fokus pada study. Tahun depan nak SPM. I tak nak gagal macam U! " kata Fahmi.

" Sampai hati U! I report kat my daddy! " kata Ayreena.

" Report lah. Ingat I takutlah? Dah lah. I nak balik! Tidur lagi bagus dari tengok muka U ni! Bosan tahu tak! " kata Fahmi.

" Fahmi! Fahmi! U! " panggil Ayreena. Tetapi panggilannya tidak dipedulikan. Fahmi laju memecut motornya.

" Ayreesh! Balik! " panggil Ayreena kepada Ayreesh di hujung tasik.

" Kau ni kak. Malu je. Perempuan jerit jerit tengah malam ni " kata Ayreesh.

" Eh suka hati akulah! Mulut aku ke mulut kau? " tengking Ayreena.

" Suka sangat menengking orang " kata Ayreesh.

*** Gangster Idola ***

" Izzat!!! " jerit Ijat kuat kuat.

" Izzat!! Bangunnn!! " jeritnya lagi.

" Eh kenapa ni? Kenapa? Company terbakar ke? Kenapa ni? " soal Hazreeq Izzat yang terkejut apabila dikejut dari tidur. Sebenarnya, di syarikat Hazreeq Izzat, semua stafnya memanggilnya dengan panggilan Encik Izzat. Itu yang apabila dipanggil Izzat, dia rasa seperti di pejabatnya.

" Encik Hazreeq Izzat Bin Hisyam. Tolong bangun sekarang boleh tak? " kata Ijat.

" Apahal? Kenapa? " soal Hazreeq Izzat.

" Eh, mama dah kejut kau banyak kali, kau tak bangun bangun! Ada jugak yang aku sumbat kapal terbang dalam mulut ni kang! " marah Ijat.

" Yelah. Kenapa? " soal Hazreeq Izzat.

" Kau lupa ke?!!! Harini birthday papa lah! Kan kita semua nak buat suprise kat office papa! " terang Ijat.

" Eh! Ya Allah! Aku lupa! " kata Hazreeq Izzat.

" Sekarang ni kau pergi mandi sekarang! Semua dah siap. Tengah tunggu kau je ni " arah Ijat.

" Ha ok ok. Tunggu weyh " kata Hazreeq Izzat. " Cepatlah! " balas Ijat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience