BAB 8

Romance Completed 20112

CERITA yang disampaikan oleh Mahirah tamat apabila tiba-tiba sahaja terdengar suara orang mengerang. Mereka terkejut apabila melihat Mahirah sedang mencengkam kuat kepalanya. Kelam kabut mereka cuba menenangkan Mahirah.

Setelah keadaan Mahirah stabil, Maihani meminta maaf kepada Nuri Haziq dan Mahirah kerana dia telah bertindak membuat cerita sendiri semasa memutuskan hubungan mereka sebelum ini.

Sukar untuk Mahirah mempercayai cerita yang baru didengarinya itu. Benarkah Nuri Haziq ini ialah teman lelaki aku? Fikir Mahirah. Bersungguh-sungguh Nuri Haziq cuba meyakinkan Mahirah bahawa dia ialah teman lelaki Mahirah. Dan cincin emas itu sememangnya milik Mahirah.

Nuri Haziq turut meminta maaf kerana dia sudah bertindak mem‘buang’ cincin itu semalam. Namun jika bukan kerana cincin emas itu, tidak mungkin mereka akan bersatu kembali seperti saat ini.

Pada mulanya, Nuri Haziq berasa marah juga apabila mengetahui Maihani telah berbohong dan menyamar sewaktu berjumpa dengannya dahulu. Namun dia cepat-cepat tersedar bahawa semua yang telah dilakukan itu mempunyai sebab.

Dan Maihani telah menceritakan sebabnya tadi. Lagipun perkara itu sudah lama berlalu. Tidak perlulah dipanjang-panjangkan lagi kisahnya. Apa yang penting buat waktu ini ialah, Mahirah. Dia harus membantu memulihkan ingatan Mahirah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience