BAB 7

Romance Completed 20112

Sejak peristiwa itu, Maihanilah yang sebenarnya membalas pesanan-pesanan ringkas daripada Nuri Haziq yang dihantar kepada telefon bimbit Mahirah.

Ramai anak muda zaman sekarang yang mempunyai lebih daripada sebuah telefon bimbit, begitu jugalah dengan Mahirah. Mujurlah pada malam kejadian itu, Mahirah meninggalkan telefon bimbit yang selalu digunakannya untuk berhubung dengan Nuri Haziq itu di rumah.

Bukanlah niat Maihani untuk mengambil alih kedudukan Mahirah sebagai teman wanita Nuri Haziq. Tetapi dia tidak sampai hati untuk memberitahu Nuri Haziq akan keadaan kesihatan adiknya itu. Sebab itulah dia menyamar menjadi Mahirah sambil memikirkan jalan penyelesaiannya.

Entah bilalah ingatan Mahirah akan kembali. Setelah berbincang dengan keluarga, mereka membuat keputusan untuk memutuskan hubungan Nuri Haziq dan Mahirah. Kali ini, buat kali pertama Maihani meniru penampilan

Mahirah dan berjumpa dengan Nuri Haziq untuk memutuskan pertalian itu. Cincin emas yang ditanggalkan sewaktu Mahirah tidak sedarkan diri itu dipulangkan kepada Nuri Haziq. Mujurlah Nuri Haziq hanya tahu bahawa Mahirah mempunyai seorang kakak, tetapi tidak pernah bersemuka dengannya. Jadi mudahlah Maihani mahu menyamar.

Beberapa bulan selepas itu, ingatan Mahirah tidak juga kembali. Maihani dan keluarganya mula sedar, mungkin jika Nuri Haziq berada di samping Mahirah, ingatan Mahirah boleh kembali dengan cepat.

Sudah tentu banyak kenangan manis yang boleh digunakan oleh Nuri Haziq untuk memulihkan ingatan Mahirah. Namun nasi sudah menjadi bubur. Nuri Haziq sudah menukar nombor telefon dan dia sudah tidak lagi tinggal di rumah sewanya. Barangkali dia mahu berhijrah membawa hatinya yang lara. Dan Maihani gagal menjejaki Nuri Haziq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience