BAB 5

Romance Completed 20112

PADA keesokan harinya, kelihatan Nuri Haziq sedang mencapai biskut Chipsmore di sebuah kedai yang memang ada di sebelah hotel. Namun tanpa diduga terdapat tangan lain yang turut mahu mengambilnya. Nuri Haziq terkejut tatkala terpandang cincin yang berada di jari tangan tersebut. Cincin emas itu? Tidak mungkin! Pantas sahaja Nuri Haziq melepaskan biskut itu dan dia terus menoleh ke arah pemilik tangan tersebut.

Nuri Haziq terpana melihat gadis yang kini berada di hadapan matanya. Namun belum sempat dia berkata apa-apa, muncul pula satu suara yang menegur gadis itu. Sekali lagi Nuri Haziq terpana melihat pemilik suara yang baru muncul itu. Pantas sahaja Nuri Haziq memandang pemilik suara itu silih berganti dengan gadis di hadapannya.

Maihani terkejut tatkala menyedari lelaki yang berada di sebelah adiknya itu ialah Nuri Haziq. Maihani amat mengenali lelaki itu, cuma mungkin Nuri Haziq sahaja yang tidak pernah mengenali Maihani.

Dan dia faham kenapa Nuri Haziq memandang dia dan adiknya sebegitu rupa. Masakan tidak, wajah Maihani dan wajah adiknya itu saling tidak tumpah. Persis kembar walaupun hakikatnya mereka bukanlah pasangan kembar.

Maihani bersyukur kerana dia tahu bahawa Nuri Haziq itu adalah pemilik kepada cincin tersebut. Tanpa membuang masa dia terus mengajak Nuri Haziq dan adiknya ke pantai.

Kini mereka bertiga sudah duduk di pondok kecil yang berhadapan laut. Maihani tahu, pasti Nuri Haziq dan adiknya itu sedang hairan melihat tingkah lakunya. Tidak mahu membuatkan mereka terus tertanya-tanya, Maihani terus memberitahu kepada Nuri Haziq bahawa adiknya itu ialah Mahirah.

Sebab itulah Nuri Haziq amat terkejut semasa melihat wajah adiknya tadi. Mahirah pula tidak memberi sebarang reaksi. Memanglah nama dia Mahirah, sudah tertera di dalam kad pengenalannya. Apa yang perlu dia hairankan? Dia hanya menganggap kakaknya itu sekadar mahu memperkenalkannya kepada lelaki yang baru dijumpainya itu.

Manakala Nuri Haziq pula sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Benarkah gadis ini ialah Mahirah? Tapi… kenapa dia seperti tidak mengenali aku langsung? Fikiran Nuri Haziq terus diserbu persoalan. Memahami apa yang sedang tersirat di dalam fikiran Nuri Haziq, Maihani mula menceritakan peristiwa pada setahun yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience