BAB 9

Romance Completed 20112

MEREKA tidak tahu bilakah Mahirah akan mampu mengingati semua kisah silamnya. Setakat ini ingatan Mahirah sudah semakin pulih. Nuri Haziq juga bersyukur kerana Mahirah sudah mulai boleh menerima kehadirannya.

Biarlah…. andai ditakdirkan ingatan Mahirah terhadapnya tidak banyak, dia akan cuba mencipta memori-memori baru bersama Mahirah. Biarlah mereka memulakan percintaan mereka sekali lagi. Sebenarnya ini juga merupakan peluang untuk mereka memperbetulkan mana-mana kesilapan yang mungkin ada pada masa dahulu.

Sama-samalah kita berdoa agar mereka dilimpahi kebahagiaan dan sampailah mereka ke jinjang pelamin, seterusnya menjalani kehidupan bersama sepanjang hayat. Dan semoga juga perhubungan mereka itu dirahmati Allah s.w.t. dan kekal hingga ke syurga yang abadi. Amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience