BAB 1

Romance Completed 20112

NURI HAZIQ sedang merenung sebentuk cincin yang berada ditangannya. Cincin itu merupakan cincin emas bertatahkan berlian. Ia bukanlah cincin murah, harganya mencecah ribuan ringgit. Tipulah jika ada yang mengatakan cincin itu tidak cantik.

Ya… cincin itu sangat cantik hinggakan teman wanitanya, Mahirah melonjak gembira sewaktu Nuri Haziq menghadiahkan cincin itu. Mereka sudah merancang untuk berumah tangga. Tidak perlu bertunang, mereka mahu terus mengadakan majlis perkahwinan. Namun…. hasrat itu tidak kesampaian… kini cincin itu sudah kembali ke tangan si pemberinya.

Air jernih mula bergenang di kelopak mata Nuri Haziq. Saat ini Nuri Haziq terlalu merindui Mahirah. Kalaulah sekarang ini Mahirah berada di sisi Nuri Haziq, sudah tentu Nuri Haziq tidak akan melepaskan gadis itu pergi. Tetapi Nuri Haziq sedar, dia tidak punya kuasa untuk menahan semua yang berlaku.

Ahh, untuk apa aku mengingati Mahirah lagi? Barangkali sekarang ini dia sedang gembira dan bahagia bersama kekasih barunya, fikir Nuri Haziq. Cincin itu digenggamnya erat sebagai cara melepaskan geram hingga menimbulkan bekas berbentuk bulat di tapak tangannya.

Luka di hati Nuri Haziq bagai dihiris kembali tatkala terbayang peristiwa Mahirah memulangkan cincin itu. Sampai sungguh hati Mahirah memperlakukan Nuri Haziq begitu. Nuri Haziq juga berasa sungguh terkejut.

Masakan tidak, tiba-tiba sahaja Mahirah berkata dia sudah berjumpa dengan lelaki lain yang lebih sesuai untuk dijadikan pasangannya. Bila masakah Mahirah menjalin hubungan dengan lelaki itu?

Nuri Haziq tidak berjaya mencari jawapannya kerana selama ini dia tidak pernah perasan akan perubahan yang mungkin wujud pada Mahirah. Segala-galanya indah pada pandangan matanya sehinggalah Mahirah berkata begitu. Dunia Nuri Haziq menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience