BAB 2

Romance Completed 20112

Sejujurnya memang Nuri Haziq sukar melupakan Mahirah. Bukannya Nuri Haziq tidak pernah berusaha untuk menyelamat hubungan mereka. Melalui kakak kepada Mahirah yang dihubunginya melalui telefon, Nuri Haziq pernah meminta agar menasihati Mahirah supaya kembali ke pangkuannya. Namun Nuri Haziq pula yang dinasihati oleh kakak kepada Mahirah itu supaya melupakan adiknya. Apakah semua ini? Nuri Haziq benar-benar tidak faham.

Hari ini genap setahun Nuri Haziq membawa cincin itu walau ke mana pun dia pergi, dan ini bermakna sudah genap setahun jugalah dia berpisah dengan Mahirah. Semua kenangan pahit dan manis bersama Mahirah masih terpahat kukuh di dalam ingatan Nuri Haziq, bagaikan baru semalam sahaja mereka berpisah.

Cincin itu…. apakah nasibnya? Cincin itu sudah tidak layak untuk disarungkan di jari Mahirah lagi. Sudah lama Nuri Haziq menyimpannya. Apakah yang Nuri Haziq mahu lakukan dengannya?

Hari ini… Nuri Haziq sudah bertekad untuk melepaskan semuanya. Sudah tiba masanya untuk dia mengikhlaskan Mahirah pergi dan dia tidak mahu menyimpan cincin itu lagi. Tetapi Nuri Haziq berasa tidak sanggup pula untuk membuang cincin yang amat bermakna itu.

Niat di hatinya mahu melempar cincin itu jauh-jauh ke dasar laut di hadapannya. Namun dia hanya berdiri kaku dan merenung jauh ke arah laut tersebut. Ombak kecil yang sesekali menghempas kakinya tidak dihiraukan. Tangan kanannya masih menggenggam cincin.

Mahu dilempar atau tidakkah cincin emas itu? Biarkanlah sahaja ia ditelan laut…. Ah, Nuri Haziq masih tidak sampai hati. Cincin itu merupakan simbolik cintanya kepada Mahirah.

Nuri Haziq menyimpan cincin itu selama ini bukanlah bermaksud dia mengharap kepulangan Mahirah. Nuri Haziq bukannya bodoh untuk berbuat seperti itu, dan dia bukanlah seorang yang suka merampas bermati-matian terhadap sesuatu yang bukan haknya. Mahira sudah mempunyai pilihan lain.

Sebaliknya Nuri Haziq menyimpannya selama ini kerana dia sayangkan cincin itu seumpama dia menyayangi Mahirah. Tetapi hari ini dia harus kuat membuang cincin itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience