BAB 4

Romance Completed 20112

Buntang mata gadis itu melihat sesuatu yang bersinar di tangannya, sesuatu yang baru diambilnya dari dalam pasir. Cincin emas?? Milik siapakah? Kelihatan gadis itu menggigit bibir bawahnya dengan kening yang semakin berkerut seperti gaya sedang berfikir.

Gadis itu dapat merasakan yang cincin itu memang sengaja ditanam di situ. Tetapi dengan keadaan pasir pantai dan lubang yang tidaklah sedalam mana itu, dia yakin cincin itu tidak akan bertahan lama berada di situ. Ombak akan menariknya ke dasar laut. Ah, sayangnya jika cincin secantik ini dibiarkan tenggelam di dalam laut, bisik hati gadis itu lagi. Dia bangun dan berlalu dari pantai sambil menggenggam kemas cincin tersebut.

*****

SI GADIS sedang makan malam di hotel yang terletak berhadapan dengan laut. Dia sengaja memakai cincin emas yang dijumpainya pada siang hari. Kebetulan pula cincin itu memang sesuai dengan saiz jari manisnya.

Cincin itu menarik perhatian Maihani, kakak kepada gadis itu yang turut makan malam bersama. Lalu tanpa membuang masa, Maihani terus bertanya bagaimana adiknya itu boleh memakai cincin tersebut. Pada mulanya gadis itu memberitahu bahawa dia telah membeli cincin itu tanpa pengetahuan Maihani.

Namun Maihani tidak mahu mempercayai, dia terus mendesak gadis itu supaya berterus terang. Gadis itu yang berasa hairan apabila melihat reaksi kakaknya itu kemudian menceritakan hal yang sebenar.

Air mata Maihani bergenang. Gadis itu bertambah pelik. Apa sebenarnya cerita di sebalik cincin emas ini? Mengapa Kak Maihani menangis? Fikir gadis itu. Maihani memberitahu adiknya bahawa mereka harus mencari pemilik cincin itu kembali.

Gadis itu tidak kisah jika mahu mencari pemiliknya, tetapi bagaimana? Masakan dia mahu bertanya kepada pasir tentang siapakah yang menanam cincin itu di situ? Memang tidak masuk akal. Dan malam itu berakhir dengan kebuntuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience