BAB 6

Romance Completed 20115

Imbas kembali…..

Malam itu hujan begitu lebat sambil diiringi dengan bunyi guruh yang kuat. Pada masa itu Maihani sedang duduk di ruang tamu, menuggu kepulangan si adik daripada kedai makan.

Adiknya itu sendiri yang menawarkan diri untuk keluar membeli makanan, tidak perlulah mereka memasak. Namun lima belas minit selepas Mahirah keluar, hujan mula turun dengan lebat. Sudahlah Mahirah hanya berjalan kaki sahaja, tidak pula dia membawa payung.

Yalah, manalah dia tahu yang hujan mahu turun. Langit malam yang sememangnya gelap itu telah mengaburi mata Mahirah daripada melihat awan kelabu yang seakan-akan sama warnanya dengan langit.

Rumah yang letaknya di bandar itu dihuni oleh Maihani dan Mahirah sahaja, manakala ibu dan bapa mereka tinggal di kampung. Memang sudah menjadi trend, akan ada di kalangan anak muda kampung yang berhijrah ke tempat lain demi mencari sesuap nasi. Dan itulah yang dilakukan oleh Maihani dan Mahirah.

Dalam keresahan menunggu itu, Maihani menerima panggilan telefon yang membawa berita malang kepadanya dan keluarga. Beg tangan Mahirah telah diragut dan Mahirah tidak sedarkan diri kerana kepalanya terhantuk dengan kuat di bahu jalan kerana ditolak oleh peragut yang tidak berperi kemanusiaan itu.

Serta-merta Maihani menghubungi ibu dan bapanya untuk menyampaikan berita tersebut, dan dia terus berkejar ke hospital. Lamalah Maihani dan keluarganya berkampung di hospital itu kerana Mahirah tidak juga sedarkan diri.

Namun berkat doa dan kuasa Allah s.w.t…. akhirnya Mahirah sedar. Tetapi malang terus menyusul apabila mereka mendapati Mahirah tidak dapat mengingati siapa diri dan orang-orang di sekelilingnya. Peragut itu pula langsung tidak dapat dikesan. Penjahat zaman sekarang memang licik dan bijak belaka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience