BAB 2

Romance Completed 11636

“Bos,bunga yang bos order dari Sri Florist dah siap,” Lynette,setiausahanya mematikan lamunannya. Alex tersenyum tawar, hari ini hari jadi tunangnya, May dan dia dipaksa utuk membeli bunga disebabkan papanya. Alex bangun dari kerusi dan beredar. Lynette gila bayang. Senyuman Alex mencairkan dia. Untunglah lelaki kacak itu sudah berpunya.

Hujan semakin lebat dan Mawar masih berdiri tegak menanti reda. Dia lupa membawa payung. Beberapa orang staf yang hendak pulang,pun tiada seorang yang sudi menumpangkannya. Mawar sedar status dirinya. Pencuci lantai yang miskin dan tidak berpelajaran tinggi.

“Need a ride?” Alex menegur sambil mendekatkan payung pada Mawar.

“Eh,takpalah bos. Saya boleh tunggu hujan berhenti,”

“Hari makin petang ni. Saya boleh hantarkan kamu pulang,”

“Er…,”

“It’s okay. I won’t bite you,lagi pun saya ni vege,”

Mawar menurut. Mereka berjalan bersama di bawah satu payung menuju ke kereta mewah Alex yang di parking agak jauh. Alex mula menghidupkan enjin.

“Bos tahu ke rumah saya?”

“Awaklah tunjukkan jalan. Tapi sebelum itu saya nak ke florist,do you mind?”

Gadis itu sekadar mengangguk. Buat pertama kalinya dia menaiki kereta mewah dan berbual dengan majikannya itu.

Sri Florist. Mawar mengikuti langkah Alex menuju ke kaunter. Kedai yang menjual pelbagai jenis bunga hidup dan plastik ini tidaklah besar,namun kelihatan kemas dan menarik dengan dekorasinya.

“Encik Alex Leong ya?” seorang lelaki berambut panjang paras bahu, berkumis dan berjanggut pendek itu menegur.

“Ya,saya nak ambil bunga yang saya order dua hari lepas,”

“Sure. Tunggu sekejap ya?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience