BAB 5

Romance Completed 11636

“ It is not just that, I know there’s a sadness in your eyes,”

Langkah Mawar terhenti. Air matanya yang berlinangan. Suasana turut mejadi sepi. Alex sedia mendengar luahan hati gadis yang telah mencuri hatinya.

“ Mak meninggal semasa melahirkan saya. Sejak itu ayah dan kakak bencikan saya, saya dikata pembawa sial dalam keluarga. Cuma kakak yang ayah hantar sambung belajar, jadi saya terpaksa mengumpul wang sendiri,”

Hati Alex tersentuh melihat air mata Mawar. Dia menyentuh pipi gadis itu. Mawar jadi segan. Merah padam mukanya. Dia malu bertentangan mata dengan lelaki itu.

Kaki Mawar menyepak tin kosong yang menghalang langkahnya. Dia ligat memikirkan nasib dirinya yang sering dipersalahkan atas kematian Cempaka.

“ Aduh,”

Mawar terkedu. Dia berlari ke arah lelaki yang mengaduh kesakitan, bersama tin kosong yang disepaknya tadi.

“ Alamak encik,maafkan saya,” ucap Mawar tergagap-gagap. Lelaki malang itu menoleh.

“ Awak?”

“ Encik Imran,”

Imran bangun sambil meraba belakang kepalanya. Mawar seperti mahu ketawa, tetapi ditahan sahaja.

“ Nasib baik tin kosong saje. Tak sangka dapat jumpa Mawar lagi,”

Ada taman dalam hati Imran,rasanya baru semalam bermimpi tentang gadis manis yang telah mengetuk pintu hatinya. Inilah yang dikatakan mimpi jadi kenyataan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience