BAB 6

Romance Completed 11636

Ketika Mawar cuba untuk membantu Imran untuk bangun, matanya terpandang sepasang kekasih yang sedang bergurau senda di kedai seberang jalan. Mawar kenal sangat dengan lelaki yang berpimpin tangan dengan seorang wanita cantik dan seksi itu.

“ Farizal curang…,”

“ Mawar ok ke?”

Mawar mengangguk. Hatinya terluka,tetapi dia tidak mahu menangis hanya kerana dipermainkan lelaki kerana menerima ujian yang lebih menyakitkan daripada itu. Imran mengutip bunga yang jatuh dari trolinya, lalu diberikan pada gadis itu. Bunga mawar berwarna merah. Mawar tersenyum.

Alex memerhatikan May yang sedang menikmati pasta di hadapannya bersama candle light mewah. Dia mahu mengatakan sesuatu, tetapi terasa berat. Mulutnya bagaikan digam kuat.

“I know what are you trying to say,” May terlebih dahulu berbicara. Dia meletakkan sudu dan garpu secara bersilang. Alex mengerutkan dahinya.

“ You do?”

“ You don’t love me and you’re in love with someone else,”

“I minta maaf,”

May senyum lalu memegang tangan tunangnya dengan erat. Tidak berkelip mata Alex melihat kesungguhan wanita pilihan papa dan mamanya itu. Ada garis sendu di wajahnya.

“Don’t say that. It’s fine,Alex. We are not meant to be together,” tutur May,penuh dengan keikhlasan. Dia tahu Alex tidak pernah menyambut cintanya walaupun May menyimpan perasaan sejak dibangku sekolah lagi. May pernah berasa gembira apabila kedua pihak lelaki dan perempuan mahu menjodohkan mereka, tetapi kini tidak lagi. Tiada guna mereka tetap berkahwin jika hati Alex dimilikki orang lain.

“Thank you May,” ucap Alex lalu mencium tangan May beberapa kali. Dia lega, meskipun rasa bersalah yang teramat kerana melukai hatinya.

“Now tell me,who’s that lucky girl?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience