BAB 8

Romance Completed 11636

“ Gila,”

“ Saya serius ni. Yang kahwin kat Siam tu memang saya bergurau, tapi kahwini awak memang serius,”

Mawar tidak tahu apa lagi yang mahu dibalaskan. Mata Imran langsung memandang wajahnya. Pipi gebu Mawar diusap lembut. Angin petang sepoi-sepoi bahasa menyamankan suasana, namun Mawar berpeluh-peluh. Dadanya berdebar. Namun dia perlu membalas ucapan Imran juga.

“ Saya sayangkan awak, tapi hati saya pada orang lain,”

Imran tersenyum, tawar. Cinta tak boleh dipaksa.

“ Tak apa, saya gembira kalau awak gembira,”

Pukul dua pagi. Mawar masih belum melelapkan mata walaupun mengantuk yang teramat. Wajah Alex dan Imran silih berganti berputar di otaknya. Dia memandang wajahnya di cermin.

“ Muka jelik macam ini pun laku ke?” Mawar bercakap sendirian. Dia terbayangkan Alex, majikannya yang baik hati dan penyayang serta romantik. Tapi kalau dia tak kaya atau kacak pun, aku tak kisah. Mawar tersengih, macam kerang busuk. Teringat pula dia akan Imran. Mr. Funny yang pelik tapi sweet. Sejak mengenali Imran, hidup Mawar sentiasa berbunga-bunga. Masakan tidak, tauke bunga. Berangan punya berangan, Mawar pun tertidur dengan air liur meleleh. Mengantuk punya fasal.

“ Awak nak berhenti kerja?” Terkebil-kebil Alex membelek surat yang baru diserahkan Mawar kepadanya. Mawar menundukkan mukanya. Pertama kali melihat wajah Alex seperti mahu marah, sebelum ini senyum lebar sahaja.

“ Saya nak sambung belajar. Takkanlah En. Alex nak orang dia cinta jadi cleaner terus?”

Barulah Alex boleh mengukir senyuman. Dia faham maksud Mawar. Cintanya tak bertepuk sebelah tangan. Hatinya girang bagaikan taman yang dipenuhi bunga-bunga segar mekar mewangi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience