BAB 10

Romance Completed 11636

“ Jangan lupa datang tau,” pesan Alex dan Mawar serentak kepada Imran dan May sambil menyerahkan kad jemputan berwarna putih, dihiasi corak bunga mawar warna merah. Mereka berdua mengangguk.

“ Lepas ni kita kahwin ya Imran,” cadang May. Tersedak Imran dibuatnya.

“ Oh mestilah,” jawab Imran, lalu memeluk pinggang teman wanitanya. Lega hati Mawar, Imran sudah menemui cinta barunya. Sekurang-kurangnya rasa bersalahnya hilang selepas menolak cinta lelaki itu. Alex pun begitu. May pun bahagia, dan paling best, dia tak lagi dimarahi oleh papa dan mamanya sebab memutuskan pertunangan. Mereka berempat rancak berbual mengenai perkahwinan Mawar dan Alex yang bakal berlangsung tidak lama lagi sambil menikmati hidangan petang.

Mawar kelihatan anggun dengan persalinan kurung moden serba krim dengan solekan ringkas. Keanggunannya terserlah dengan dihiasi beberapa kuntum mawar merah disisipkan dirambutnya. Alex gila bayang. Cantik sungguh bakal isterinya. Tidak sabar rasanya mahu mengadap tok kadi nanti.

“ You’re lovely,” puji Datin Ann Mary sambil mengucup dahi Mawar, yang dalam beberapa minit akan menjadi menantunya.

“ Tapi sedihlah ayah taknak walikan Mawar…,” sayu suara Mawar. Perlahan-lahan mutiara jernih mengalir, membasahi pipi gebunya.

“ Syhh…it’s okay my dear. Ayah tak ada,tapi mommy dan daddy kan ada,” pujuk Datin Ann Mary. Mawar mengangguk. Dia redha dibuang dengan ahli keluarga kandungnya sendiri. Tidak mengapalah. Mawar akan tetap mendoakan kesejahteraan ayah dan kakaknya itu.

“ Hai pengantin, cepatlah. Ada orang dah tak sabar tu nak berbini,” Datuk Ronald tiba-tiba masuk ke dalam bilik. Mawar ceria semula. Ini hari bahagianya. Dia tak boleh bersedih lagi. Dia pun bangun, diiringi ibu dan bapa Alex ke ruang tamu.

Setahun berlalu. Mawar semakin bahagia. Tiada lagi kesedihan yang melanda sejak bernikah dengan Alex. Alex pun sentiasa menceriakan hidupnya. Lelaki itu seorang lelaki yang sangat baik. Beruntung Mawar mendapa suami seperti itu.

“ Sayang ke mana tadi dengan mommy?” Tegur Alex sambil menghulur secawan kopi. Mawar memalingkan muka, berhadapan dengan Alex. Serius sangat mukanya. Alex jadi cuak.

“ Scan perut,”

“ Ada apa?”

“ Ada baby lah. Haha,”

Alex menarik hidung Mawar, kemudian memeluk isterinya. Erat, macam tak mahu lepas. Mawar membalasnya.

Nampak tak kaitan aku sekarang ni? Apapun, intipatinya adalah aku dah menemukan cinta hati, suri hidupku dan ibu kepada bakal zuriatku kelak. Syukur semuanya dipermudahkan, cepat atau lambat Allah tetap mendengar dan memperkenankan doa hambanya cuma mungkin dalam cara yang tidak disangka-sangkakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience