BAB 9

Romance Completed 11636

“ Baguslah jadi cleaner, senang saya nak pantau setiap masa,” kata Alex, lalu memegang tangan dan pipi Mawar.

Mawar belajar di kolej swasta. Alex yang menajanya. Mengapa? Sebab Alex tetap mahu Mawar terus bekerja sebagai cleaner di syarikat. Dia tidak peduli apa orang mahu kata, yang penting hati dah suka. Zahar pula seakan sudah melupakan anak bongsunya itu yang dianggap pembawa sial dan menyebabkan kematian Cempaka. Mawar frust, tapi dia tabah. Embun pun sama, tetap membencinya. Walau apapun, Mawar sentiasa menyayangi ayah dan kakaknya itu.

“ Kita kahwin?” Alex memberi cadangan ketika Mawar sedang leka membersihkan mejanya yang sentiasa tak pernah kemas. Bersepah. Sepuluh kali dikemas, sepuluh kali juga akan bersepah semula.

“ Kahwin?”

“ Iya. Tengok ni,”

Alex mengeluarkan sesuatu dari poket blazernya. Dup dap dup dap jantung Mawar. dia membayangkan sesuatu yang bersinar dan bulat.

“ Tada…kad perakuan masuk Islam. Muhammad Alexander Leong Abdullah,”

Mawar tersipu malu. Haha,malu besar betul. Mati-mati dia ingat akan akan sebentuk cincin untuknya. Tapi dia tetap gembira. Alex sudah sah memeluk Islam setelah beberapa bulan mendalami agama suci ini.

“ Syukur Alhamdulillah. Tahniah,”

“ Mawar,”

Sekali lagi Alex mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Sebentuk cincin emas dengan taburan delima. Mawar terkedu. Kemudian dia tersenyum lebar sampai ke telinga.

Hati siapa tak sedih apabila gadis yang dicintai akan berkahwin dengan lelaki lain, tapi Imran cool dan rileks. Bunga bukan sekuntum beb! Sekarang dia sudah berkenalan dengan amoi cantik, May namanya. May pun baru lepas frust, tapi dah okey. Dapat tauke bunga. Lagi romantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience