BAB 1

Romance Completed 11636

Mawar memulakan rutin hariannya seperti biasa. Cecair pencuci Dettol antiseptik dituang sepenuh penutup ke dalam baldi berisi air. Mop yang tergantung di balik pintu diambil lalu dibawa keluar dari bilik janitor.

Inilah tugas Mawar seagai tukang cuci di syarikat perumahan, Indah Bersatu Holding sejak tamat persekolahan. Dia mengelap meja para karyawan, bos dan cermin tingkap. Usai itu, dia menyapu. Beg plastic sampah diikat dan digantikan dengan yang baru. Kemudian barulah dia mula mengemop lantai. Pukul lapan pagi, seorang demi seorang pekerja mula masuk, diikuti dengan big boss nya. Mawar segera menyiapkan kesemua kerja dan mengangkut peralatannya lalu beredar dengan tergopoh-gapah. Dia segan kerana mereka yang berjawatan tinggi itu pasti akan tersenyum sinis seakan mengejek kepadanya.

“Mawar!”

Terkejut beruk Mawar apabila suara lantang dan garau itu memanggil namanya. Dia tergocoh-gocoh kembali ke pejabat bosnya, Alexander Leong. Berdegup pantas jantungnya tatkala menghadap lelaki kacak berdarah Cina disebelah bapa dan India disebelah ibunya.

“Penyapu awak ni,” kata Alex,sambil menyerahkan batang penyapu itu kepada Mawar. Mawar tersengih.

“Maaf bos,” ucap Mawar. Dia beruntung mendapat majikan yang baik.

Farizal mendekati Mawar yang sedang leka membaca sebuah buku ilmiah di bawah tangga. Dia mencuit pinggang kekasihnya.

“Hai sayang,”ucap Farizal,mengukir senyuman manis, lalu duduk di sisi Mawar. Mawar meletakkan buku itu di atas begnya.

“Wah,kacak betul Rizal hari ni,”

“Rizal dapat kerja tau. Jadi drebar untuk anak Tan Sri Sallehudin,” jawab Farizal sambil merapikan tali leher dan kemejanya.

“Wow,baguslah. Tahniah sayang,” Mawar bersorak perlahan.

“Tapi Rizal nak pakai duitlah,”

Wajah ceria Mawar berubah muram. Namun tidak dipamerkan terus pada lelaki bertubuh kurus dan berkulit sederhana cerah itu. Bukan Mawar berkira dengan teman lelakinya itu itu, tetapi sudah terlalu kerap dia meminta wang.

“Rizal nak berapa?”

“RM 300?”

Mawar mengeluarkan beberapa keping not RM50 dari poket seluarnya. Duit gaji yang baru diterima diberi kepada Farizal. Laju tangan Farizal menerimanya.

“Terima kasih.OKlah, Rizal pergi dulu ya? Bye,”

“Kerja elok-elok tau,”

Farizal tidak menjawab,enjin motosikal dihidupkan dan langsung pergi.

Alex termenung jauh. Teringat pula dia akan perbualan Mawar dengan seorang lelaki di bawah tangga tempoh hari. Timbul perasaan kasihan terhadap gadis yang pendiam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience