BAB 3

Romance Completed 11636

Sempat lelaki itu mengukir senyuman menggoda buat Mawar. Tersipu dia dibuatnya. Sementara menunggu, Alex dan Mawar sama-sama membelek bunga-bunga yang ada.

“Kenapa nama awak Mawar?”tiba-tiba Alex bertanya.

“Arwah mak suka mawar,”

Sejambak bunga calla lily dan carnation berwarna putih,kuning dan pink dibawa kepada mereka. Cantik. Mawar jadi iri hati. Sepanjang bersama Farizal, tidak pernah sekali pun dia mendapat bunga mahupun hadiah lain. Belanja makan pun haram.

Entah bagaimana, kaki Mawar tersandung pada kaki pasu yang belum disusun itu. Dia jatuh terlangkup ke lantai. Mawar seperti tidak mahu bangun. Dia malu,sangat malu.

“Cik, ok tak?”lelaki bunga itu dan Alex sama-sama membantunya untuk bangun. Mawar terdiam. Dia malu. Alex menyelak rambut yang menutupi dahi Mawar. Tidak tahu mengapa, timbul satu perasaan luar biasa. Pertama kali menatap wajah itu yang selama ini dipandang sekilas. Begitu juga dengan lelaki penjual bunga itu. Sama-sama diserang perasaan yang lain daripada yang lain.

“Dahi awak tercalar sikit,”kata Alex,segera mengalihkan pandangannya.

“Sikit saje. Terima kasih bos, encik…,”

“Saya Imran,”

Imran mengesat calar di dahi Mawar yang sedikit berdarah dengan tisu. Alex pula mengambil beg sandang pekerjanya yang terjatuh.

Zahar menarik rambut Mawar yang sedang memasak di dapur, lalu dihantukkan di dinding. Mawar mengaduh kesakitan.

“Kenapa lambat betul masak? Aku dah lapar tau tak?”

“ Maafkan Mawar,kejap lagi nak siap ni,”

“Aku bagi kau masa 5 minit je,lambat siap kau aku kerjakan,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience