BAB 7

Romance Completed 11636

“She’s…,”

“OK,I tak paksa you. Tapi I happy bila you happy,”

Mata Alex asyik memerhatikan gerak-geri Mawar yang sedang tekun membancuh kopi dan teh di dapur. Seronok mendengar gadis itu menyanyi perlahan lagu yang dia pun tidak tahu. Hari ini dia nekad mahu meluahkan perasaan terhadap Mawar kerana sudah mendapat restu dari kedua orang tuanya.

“ Mawar,” Mawar menoleh. Dia senyum memandang bosnya.

“ Saya dah tak boleh simpan lagi…,”

“ Apa dia?”

“ Saya dah jatuh cinta pada awak, Bunga Mawar,”

Mawar terdiam. Dia menjarakkan sedikit tubuhnya dari Alex. Suasana jadi sunyi secara tiba-tiba walaupun agak bising tadi dengan suara pekerja-pekerja lain.

“ Bos bergurau ke?”

“ Saya serius,”

Mawar memandang Alex. Langsung tidak berkelip matanya. Alex pula tersenyum memanjang,bagaikan baru menang loteri.

Imran mencuit hidung Mawar yang sejak tadi termenung. Mawar menarik muka masam. Gelabah Imran jadinya.

“ Senyumlah,” usik Imran. Mawar tergelak apabila Imran membuat mimik muka yang melucukan. Susah hendak terus bermasam muka. Imran sangat menyukai senyuman itu. Manis dan menawan.

“ Awak ni kelakarlah,” kata Mawar.

“ Jom kita kahwin. Kita kahwin kat Siam,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience