Bab 9

Romance Completed 4594

Di tanah perkuburan…

Setelah selesai upacara membaca talkin, hadirin yang hadir beransur-ansur pulang. Tidak kurang juga yang masih mahu berada di tanah perkuburan itu, seolah-olah bagai ada sesuatu yang menarik perhatian mereka. Malah pelbagai versi cerita yang dibahaskan serta menjadi topik perbualan.

” Jah, kau tak bau ke apa yang aku bau tadi ?” Soal Mak Som. ” Aku pun bau jugak Som, wangi sangat. Aku tak pernah bau sewangi tu, Som.” Jawab Mak Jah. ” MasyaAllah, memang Tuhan tu maha besar.” ” Syukur Som kalau aku dapat anak macam tu, sejuk hati aku.” ” Betultu Jah. Aku kenal sangat dengan arwah. Arwah semasa hayatnya memang sangat sayang akan ibunya. Semua yang dia buat adalah untuk ibunya, untuk adik-adiknya. Dah banyak sangat dia berkorban untuk keluarga dia, sampai-sampai dia sendiri sakit kena kanser otak.” ” Aku kagum Som, anak soleh macam tu. Aku pernah dengar dulu dia sanggup dukung ibunya sampai satu batu lebih untuk ke hospital. Kalau anak aku si Meon tu, jangan haraplah, suruh pergi kedai pun tak larat.” Bebel Mak jah. ” Oklah Jah, dah sampai rumah aku ni. Malam ni jumpa lagi dekat masjid, majlis tahlil.”

Di pusara Ikram…

Tiga beradik, Izham, Irma dan Imran masih berteleku di sisi pusara Along mereka. Mata masing-masing masih memerah dek air mata yang merembes keluar tanpa henti. Di sisi tangan masing-masing, surah Yasin digenggam erat lalu dilagukan mereka secara serentak. Keadaan cuaca yang elok, bayu yang bertiup manja dan ranting yang terbuai-buai seolah-olah merelakan pemergian Ikram.

” Along, semoga engkau damai di sana.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience