Bab 5

Romance Completed 4594

” Along kan dah cakap dengan Umi semalam, jangan pergi kerja dekat rumah Mak Som, tapi Umi degil jugak. Dah pengsan macam ni sapa yang susah? Anak Umi jugak yang susah .” Bebel Ikram sambil menatang dulang berisi bubur ke arah katil. Umi hanya mengukirkan senyuman singkat.

” Bangun Umi, makan bubur ni. Along masak untuk Umi.” ” Jangan risaulah Along. Umi demam sikit ja ni. Esok sembuhlah tu.”

Selesai bersolat Subuh, Ikram terus menyarung Uniform kilangnya. Setelah bersiap ala kadar, seperti biasa Ikram akan menuju ke dapur untuk bersarapan. Selepas bersarapan, Ikram akan menunggu Leman datang mengambilnya untuk sama-sama ke kilang. Namun Ikram terkejut bila mendapati keadaan dapur yang kosong, tidak seperti kebiasaan apabila sarapan sudah tersedia. Hanya satu yang bermain di fikirannya kini, Umi !

Ikram pantas berlari menuju ke bilik Umi. Sampai di bilik Umi, kelihatan Umi sedang terbaring di atas katil. Kain selimut tebal elok membungkus dirinya. Segera Ikram meletakkan telapak tangannya ke atas dahi Umi. Ya Allah, panasnya bukan panas yang biasa. Ikram cemas seketika. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Puas dipanggil Uminya bertalu-talu, namun mata Umi masih erat dipejam.

Akhirnya Ikram nekad. Tubuh Umi dicempungnya lalu dibawa turun dari rumah. Walaupun berat, tetap digagahinya juga. Demi Umi yang disayangi, Ikram rela.

” Sabar Umi, Along bawa Umi pergi hospital. Umi sabar ye.”

Setelah berhempas pulas mendukung Umi sejauh lebih satu batu menyusuri denai kampung, akhirnya mereka tiba di jalan utama. Mujur ketika itu banyak teksi yang lalu lalang di jalan tersebut. Ikram terus menahan sebuah teksi menuju ke hospital yang terletak di pekan Sungai Petani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience