Bab 7

Romance Completed 4594

3 bulan berlalu..

Keadaan di teratak usang tempat tinggal Ikram dan Uminya tidak banyak yang berubah berbanding 15 tahun yang lalu. Masih berdinding papan dan beratapkan zink, cuma mungkin keadaannya kini lebih baik sedikit setelah beberapa kali dibaik pulih. Ikram merenung jauh ke luar jendela rumah. Masih ingat lagi dia bagaimana dia dan adik-adik terpaksa menggunakan air telaga dibelakang rumah untuk mandi dan bagaimana mereka hanya bertemankan cahaya lilin bila malam kunjung tiba. Namun Izham bersyukur, dengan sedikit pendapatan yang diperolehnya, dia mampu mengubah semua itu. Air paip dan bekalan elektrik yang diperoleh merupakan nikmat besar yang mungkin bagi sesetengah orang dianggap biasa-biasa sahaja.

” Along..” Lamunan Ikram terhenti bila terdengar laungan Umi dari dalam perut bilik. Ikram pantas berlari mendapatkan Uminya. ” Ada apa Umi?” ” Umi nak buang air kecil.” ” Umi tunggu kejap ye.”

Ikram pantas berlari pula ke dapur untuk mengambil bekas. Setelah Umi selesai membuang air kecil, Ikram mencucinya lalu dibawa semula bekas itu ke tandas untuk dibuang. Begitulah rutin harian Ikram sejak tiga bulan yang lalu. Setelah Umi disahkan lumpuh separuh badan, Ikram mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menjaga Uminya. Hanya upah memungut kelapa yang diambilnya sebagai sumber pendapatan. Mujur juga Izham banyak membantu dari segi kewangan.

Ikram kembali mendapatkan Uminya di katil. ” InsyaAllah esok Izham, Irma dan Imran balik sini Umi.” Ikram melabuhkan punggungnya di sisi Umi. ” Betulke Along?” Wajah Umi kelihatan berseri sekali. ” Betul Umi, tadi Ikram ada telefon Izham, dia cakap petang esok mereka sampai.” ” Alhamdulillah. mi rindu sangat nak jumpa anak-anak Umi.” ” Erm, dah masuk Zohor ni Umi, Umi nak solat?” Umi hanya mengangguk kepala tanda setuju. ” Umi tunggu sekejap ye, Ikram pergi ambil air.” Setelah air iambil, Ikram membantu untuk mewudhukkan Uminya. Setelah itu, dipakaikannya pula telekung lalu diangkat Umi untuk bersandar di hujung katil. ” Kita jemaah sekali ye Umi.” ” Baiklah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience